Jika anda seorang peminat durian, berita ini mungkin akan kedengaran pelik dan kelakar bagi anda. Penggemar buah durian menganggap bau durian sebagai sesuatu yang menarik, tetapi lain pula jadinya sekiranya anda tidak biasa dengan si raja buah ini!
Bau Buah Durian Disangka Kebocoron Gas, Seluruh Perpustakaan Dikerah Keluar
Sebuah kolej di Australia telah bertindak mengosongkan perpustakaannya apabila mengesyaki terdapat kebocoran gas di sana.
Perpustakaan di Universiti Canberra itu telah meminta seramai 600 kakitangan dan pelajar kampus untuk keluar serta merta apabila terdapat pengumuman ada bau misteri yang berlegar di bangunan tersebut.
Pasukan bomba telah melakukan pemantauan dan mendapati punca bau itu adalah dari buah durian yang diletakkan di bolong udara siling aras dua bangunan berkenaan!
Tambah melucukan, akaun Facebook perpustakaan berkenaan telah membuat posting pembukaan semula setelah selesainya misteri insiden tersebut,
“Kini dibuka! Terima kasih kepada semua kerana berpindah dengan cepat dan selamat – kira-kira 550 orang berjaya meninggalkan bangunan dalam 6 minit. Kebocoran gas itu rupa-rupanya sebahagian dari buah durian yang telah dialihkan.”
Wah sampai begitu sekali ya!
Buat pengetahuan anda, buah durian mempunyai bau yang sangat kuat menyebabkan ia tidak dibenarkan di lapangan terbang, hotel, pusat membeli-belah dan pengangkutan awam di beberapa buah negara!
Bagi rakyat Malaysia, khususnya peminat buah durian, perkara ini tentunya sesuatu yang pelik bukan?
5 Petua Menghilangkan Bau Durian
Bau buah durian yang kuat mungkin okay bagi anda, tapi tidak kepada orang yang tidak berapa sukakannya. Tambahan lagi sekiranya bau durian itu ada di dalam sejuk atau dalam kereta sehingga menyebabkan orang lain tidak selesa.
Jom tengok 5 petua hilangkan bau durian yang anda boleh cuba!
#1 Gunakan Kopi
Bau biji kopi sememangnya harum dan boleh menghilangkan pelbagai bau tidak menyenangkan termasuklah bau durian!
Letakkan bijik kopi di dalam balang kecil atau bancuh segelas kopi dan letakkan di meja dapur atau ruang makan.
#2 Tangkai Durian
Semasa travel, bau durian mungkin menyebabkan perjalanan anda tidak selesa dengan bau durian yang berlegar dalam kereta. Kalau terlalu lama, risau pula bau durian melekat di fabrik kerusi kereta pula kan?
Satu tips yang anda boleh cuba adalah patahkan tangkai durian dan belah sedikit di bahagian tengah. Selitkan tangkai pada jejaring hawa dingin di dalam kereta seperti anda meletakkan pewangi kereta.
#3 Pangsa Durian
Lepas makan durian, bau durian mungkin melekat pada tangan. Jika tiada sabun, mungkin ini akan menyebabkan anda sukar untuk menghilangkan bau durian tersebut.
Selepas makan durian, jangan buang pangsanya. Simpan satu untuk digunakan apabila selesai sesi makan durian dengan membasuh tangan dari air yang diletakkan dalam pangsa tersebut.
#4 Air Rendaman Timun
Selain menggunakan pangsa durian, alternatif lain mencuci tangan untuk menghilangkan bau durian adalah dengan menggunakan timun! Basuh tangan anda dengan air rendaman hirisan timun bagi memudarkan bau durian di tangan anda.
#5 Kumur Dengan Cecair Pencuci Mulut
Bau durian bukan sahaja melekat pada tangan, tetapi juga boleh menyebabkan mulut kita berbau durian pula! Tentunya keadaan ini tidak selesa apabila kita hendak berbual dengan orang lain bukan?
Satu cara untuk menghapuskan bau mulut selepas makan durian ialah dengan kumur mulut menggunakan cecair pencuci mulut. Ulang cara ini tiga kali atau lebih jika perlu. Kemudian ambil segelas minuman berperisa limau dan minum untuk kesegaran.
Selamat mencuba!
Kandungan 17 minggu, bolehkah saya makan durian?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: berita.mediacorp.sg
Baca juga: