Tips Jaga Anak Kecil Yang Dalam Fasa Aktif, Ibu 'Biarkan' Sahaja Anak Bermain & Sepahkan Rumah

Lelahnya seorang ibu dalam Islam mungkin tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Beberapa tips keibubapaan dapat membantu mengurangkannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melalui kehidupan kini memberikan cabaran dari pelbagai sudut. Bagi yang bekerja, dari siang hingga ke malam anda berada di luar rumah mencari rezeki. Namun lelahnya seorang ibu dalam Islam pastinya akan diganti dengan ganjaran lebih indah.

Mengurus dan membesarkan anak yang masih kecil bukanlah perkara mudah. Ketika proses perkembangan, mereka akan melalui fasa ‘meneroka dunia’ hingga kadang-kadang boleh menguji kesabaran ibu ayah.

Lelahnya seorang ibu dalam Islam, tips berguna buat ibu muda

Memandangkan ramai pasangan suami isteri mendirikan rumah tangga ketika usia muda, pastinya kehadiran cahaya mata memerlukan anda bersiap sedia ilmu keibubapaan.

Hal ini kerana jika tidak, kehadiran anak dalam hubungan akan dianggap sebagai beban hingga ada suami isteri dihimpit tekanan dan akhirnya membuat keputusan untuk berhenti di tengah jalan.

Kebanyakan isteri pada hari ini memiliki kerjaya dan turut keluar mencari rezeki bagi membantu meringankan suami. Pastinya ia memerlukan beberapa cara yang betul dalam seimbangkan jadual seharian anda bagi mengelakkan tekanan dan terkejar-kejar.

Lebih-lebih lagi jika dikurniakan anak dengan jarak dekat. Kaum ibulah kena bijak dalam menguruskan mereka. Lelahnya seorang ibu dalam Islam boleh dikurangkan jika anda ‘hadam’ beberapa tips penting  ini.

Cara mendidik anak agar dengar kata 

Jom ikuti cerita Puan Basyirah di laman Facebooknya. Memang menarik dan sesuai untuk kita cuba di rumah dengan anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: FB Basyirah Ahmad

***

Saya memang sangat adore dengan adik yang sorang ni. Pasangan muda. Dua-dua bekerja. Orang kita, suka cari rumah jauh-jauh dari tempat keja. Dia pun sama.

Maksudnya, tipikal family macam kita. Balik kerja penat. Kemudian, kelam kabut tangan macam sotong uruskan rumahtangga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi saya sangat terkesan dengan anak-anaknya. Jarak umur anak-anaknya boleh dikira agak dekat. Semua hero boboiboy kuasa 3, kata orang. Yang sulung baru nak masuk 3 tahun.

Selalu kalau yang ada anak kecil, memang susah nak buat kerja. Yang sana meraung, yang sebelah sini pulak buat orkestra lepas kena usik.

Belum campur dengan rumah bersepah dengan mainan, dengan bantal tilam penuh peta yang bersidai depan TV dan kain baju macam gunung. Seram!

Tapi, dia ini tenang sahaja. Balik rumah boleh bantai masak 3-4 menu. Siap bergulai bagai. Rumah kemas tersusun. Lantai rumah tu kira boleh buat golek-goleklah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak pun sangat jarang cranky. Tak adalah 24 jam asyik bergayut kat kaki dan buat muka kucing comel untuk minta perhatian.

Satu hari, saya saja bertanya sekadar nak sembang-sembang. Minta petua tips jaga anak kecil. Saya kongsikan petuanya di sini.

Harap-harap boleh membantu mak-mak di luar sana yang kadang-kadang kejung rambut juga bergelut dengan urusan anak dan rumah tangga.

Tips untuk elakkan ibu lelah mengurus anak

1. Mak jangan terjebak sekali bila anak mengamuk

Kita paling kelam-kabut kalau anak tantrum. Nak-nak lagi kalau dah sampai guling-guling hentak kaki dengan menangis volume tinggi. Emosi kita pun macam melayang sekali.

Cara mendidik anak ketika tantrum adalah dengan buat tidak tahu saja. Bila dah penat dan tekak pun dah sakit, masa itu tahu lah mereka akan diam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nanti bila dah ok, baru dia cakap dengan anak. Bila time tu jugak nak pujuk, memang tak jalan. Silap-silap boleh buat ibu lelah mengurus anak kerana perbuatan memujuk hanya sia-sia

Jangan pukul anak. Bila dia dah tenang nanti, barulah ibu peluk dia kuat kuat. 

2. Jaga masa tidur untuk elak anak meragam tak tentu pasal

Masuk waktu maghrib saja, biasakan anak-anak dengan khidmat diri (mandi, pakai baju tidur). Kalau keluar, seboleh-bolehnya balik sebelum Maghrib supaya tak kacau jadual.

Lagi satu, bila kita arahkan anak kecil masuk tidur, jangan pulak ibu ayah duduk depan TV layan drama.

Temankanlah anak-anak tidur. Bercerita sekejap. Jangan lupa cium anak-anak. Masa inilah nak tunjuk yang kita sayang dan hargai mereka.

3. Bagi anak main selagi tidak mendatangkan bahaya

Luka sikit-sikit itu bak kata dia, perkara biasa. Tambah-tambah anak lelaki. Masa main, biar saja rumah berkecah. Mak jangan sibuk nak marah-marah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi masa sampai pukul berapa boleh main. Lepas main, ajar anak-anak kemas mainan masing-masing. Kalau anak yang besar sudah terbiasa buat, senang. Nanti dia yang tolong bising dekat adik-adik.

Boleh buat cabaran, siapa siap kemas dulu, dia menang. Budak-budak kan memang suka berlumba. Dah siap kemas, puji. Jangan sibuk mengeluh anak simpan mainan tak ikut nombor siri!

4. Action first dari membebel

Hati kena kental. Kalau salah, rotan saja sekali. Tapi, kena sakit sampai menangis. Kalau tak menangis, anak akan pendam. Jadi, anak akan berdendam dengan ibu ayah.

Lepas rotan, biar anak rileks dulu. Ambil segelas air baca al-Fatihah atau mana-mana surah bagi anak tenang. Dan, masa itu juga main dengan dia. Bagi dia makan. Selepas itu, slow talk.

Masa ini, kita beritahu anak apa yang dia buat itu salah. Dan jangan ulangi. Jadi, anak akan ingat sampai bila-bila.

Esok-esok, kalau kita jeling sikit pun, anak sudah faham yang ibu ayahnya marah kalau buat perkara itu. Tapi, jangan sikit-sikit nak pukul. Nanti jadi kebal pula.

5. Mak kena tahu cara jadi “tok bomoh”

Akan ada masa bila anak-anak menangis dan kita tidak tahu puncanya. Kadang-kadang, pukul 3-4 pagi terjaga. Pujuk tak kena, tukar pampers pun tak jadi juga. Perut pun elok, tak ada kembung segala.

Kalau macam ini, biasanya dia akan ambil bawang putih. Jadi tok bomoh kejap. Yang ini simple. Potong saja bawang putih, terus calit pada semua sendi anak-anak.

Maklumlah, kita berkongsi bumi ini dengan mahkluk lain. Kadang-kadang, nak juga mahluk lain menyakat. Sapu-sapu sikit, bacakan ayat Kursi, Insyaa Allah yang menyakat tadi tahu la dia nak lari.

Pesan si ibu dengan rendah diri

“Tapi kak, kami pun masih belajar ilmu parenting. Jadi, kami pun masih bereksperimen mengikut cara orang tua dulu-dulu. Yang baik kami ikut, tak baik kami letak tepi.”

Jadi mak bapak ini, mana ada yang sempurna. Kalau tengok anak orang tu buat perangai sikit, rumah pulak berkecah macam baru lepas perang, jangan cepat-cepat jatuh hukum.

Kita tak tahu, mungkin dia sudah struggle setengah mati nak jadi ibu bapa mithali!

***

Menarik bukan perkongsian Puan Basyirah tentang tips jaga anak kecil ini? Bolehlah ibu ayah meniru gayanya dan melihat sendiri keberkesanannya!

Cara mendidik anak menurut islam

Dalam menjalani kehidupan seharian dengan anak kecil, ada kalanya boleh memberikan cabaran tersendiri. Untuk menjadi ibu ayah tenang, ikuti beberapa cara mendidik anak menurut Islam iaitu:

1. Tidak memukul bahagian muka

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, cara mendidik anak yang pertama adalah ibu ayah tidak dibenarkan untuk memukul di bahagian muka.

Riwayat daripada Abu Hurairah anh, Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبِ الْوَجْهَ

Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu bergaduh maka hendaklah dia menjauhi (dari memukul) muka- Riwayat Muslim (2612)

Bukan itu sahaja, mendidik anak dalam Islam juga perlu dengan kelembutan. Ibu ayah tidak boleh menyebat anak melebihi 10 kali.

2. Mendidik anak dalam Islam: Solat dan pisahkan tempat tidur

Rasulullah SAW bersabda:

مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Maksudnya: Perintahkanlah anak-anak kalian untuk mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika mereka tidak mahu melaksanakannya) ketika mereka berumur sepuluh tahun. Dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka.

Hadis riwayat Abu Daud: (490)

3. Berikan nama dan panggilan yang baik

Sunnah memberi nama anak adalah pada hari ke-7. Sebagai ibu bapa, perlulah memilih nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil pada hari Kiamat kelak.

4. Akui kesilapan anak dan ajarkan tanggungjawab

Mendidik anak dalam Islam memerlukan ibu ayah mengajar anak untuk mengakui kesalahan. Hal ini supaya anak dapat tahu dengan membuat kesalahan adalah salah satu proses mereka belajar.

5. Utamakan keluarga

Mengurus anak itu tidak mudah, namun sebaiknya anda dan pasangan sepakat memberikan yang terbaik untuk keluarga.

Salah satu kaedah mendidik anak dalam Islam yang dinyatakan salafus soleh:

لَاعِبُوهُمْ سَبْعًا وَأَدِّبُوهُمْ سَبْعًا وَصَادِقُوهُمْ سَبْعًا، ثُمَّ اتْرُكُوا لَهُم الحَبْلَ عَلَى الغَارِبِ

Maksudnya: Bermainlah dengan mereka selama tujuh tahun yang pertama, didiklah mereka pada tujuh tahun yang kedua, dan bersahabatlah dengan mereka pada tujuh tahun yang ketiga. Kemudian tinggalkan bagi mereka tali pada puncak bukit.

6. Tidak mengeluh dengan perangai anak

Allah mengetahui akan setiap lelahnya seorang ibu dalam Islam kerana mengurus anak itu tidak mudah.

Namun elakkan terlalu mengeluh dengan perangai anak yang menguji kesabaran.Setiap anak mempunyai perangai yang berbeza-beza.

Mengurus baby mungkin lebih mudah. Namun seiring pertambahan usia, anak sudah boleh berjalan dan meneroka dunia. 

Jika anda berasa marah dengan kelakuan si kecil, tukarkannya menjadi doa. Dari dalam hati, berdoalah agar anak menjadi seorang yang baik dan berjaya dunia akhirat.

Cara mendidik anak yang keras kepala

Anak berusia dua hingga lima tahun sedang melalui begitu banyak perubahan dan perkembangan. Disebabkan inilah mereka cenderung bertindak sesuka hati hingga kadang-kadang menguji kesabaran ibu ayah.

Menurut ahli psikologi klinikal dan penganalisis tingkah laku, Dr Christine Raches, ia adalah perkara yang biasa dan tidak bermakna ada sesuatu tidak kena dengan cara anda mendidik mereka.

Ada beberapa cara mendidik anak yang keras kepala yang boleh anda ikuti:

  • Jangan terlalu menurut kehendak anak. Tetapkan had dan batas sekiranya anak meminta sesuatu dari anda
  • Elakkan perkataan ‘jangan’. Menurut kajian oleh Indiana University Health, perkataan tidak atau jangan boleh membuatkan anak menjadi lebih sukar. Gantikan perkaraan ini dengan sesuatu lebih positif
  • Jangan terlalu menghukum, lebihkan pujian
  • Cara mendidik anak yang keras kepala: Libatkan mereka ketika membuat sesuatu keputusan
  • Pastikan persekitaran rumah yang bersih dan selesa. Hal ini kerana jika anda dan suami ada masalah rumah tangga, ibu boleh menjejaskan kelakuan kanak-kanak untuk menjadi lebih nakal
  • Banyakkan dari hati ke hati. Ibu ayah hendaklah menjadi pendengar setia. Mungkin ada sesuatu yang anak pendam hingga membuatkan mereka memberontak dan menjadi keras kepala.

Cara mendidik anak dalam islam sesuai umur

Cara mendidik anak dalam Islam boleh dilihat melalui cara dan panduan yang ditunjukkan oleh Rasulullah. 

#1. Umur anak-anak 0-6 tahun

Pada masa ini, Rasulullah S.A.W menyuruh ibu ayah untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas.

Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak.

Cara sabar menghadapi anak yang pelbagai ragam adalah dengan tenangkan diri terlebih dahulu. Banyakkan beristighfar dan jaga perkataan yang keluar dari mulut anda.

#2. Umur anak-anak 7-14 tahun

Cara mendidik anak dalam islam adalah dengan menanamkan nilai disiplin dan tanggungjawab dalam diri mereka.

#3. Umur anak-anak 15- 21 tahun

Cara mendidik anak perempuan atau lelaki pada fasa ini adalah dengan menjadi kawan kepada mereka.

Ibu ayah perlu mendekatkan diri dengan mereka, dengarkan setiap cerita yang diluahkan. Jika ada salah, anda perlu menegur dan memberikan pilihan bagi menyelesaikannya.

Dalam fasa remaja ini juga mereka penuh sikap memberontak. Justeru temanilah anak kemana sahaja mereka pergi. Kenali setiap rakan sebaya yang mereka dekati agar tidak memberikan pengaruh kurang baik.

#4. Umur anak 21 tahun dan ke atas

Cara mendidik anak perempuan atau lelaki ketika fasa ini adalah masa ibu ayah untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak dengan memberi kebebasan dalam membuat keputusan mereka sendiri.

Cata mendidik dalam Islam sesuai umur ini adalah dengan  hanya pantau, nasihat dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.

Adalah normal jika ibu lelah mengurus anak. Namun jika anda melalui kehidupan sebagai ibu bapa yang betul, ia sebenarnya sesuatu yang indah kerana anak hanya menjadi kecil sekejap sahaja.

Apabila dewasa, mereka akan membawa diri masing-masing. Dengan ajaran dan didikan yang betul menjadi panduan agar tidak tersalah pilih jalan. Mudah-mudahan lelahnya seorang ibu dalam Islam akan hilang apabila mereka menjadi anak berjaya dunia akhirat.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Pernah Jaga Anak Tanpa Bantuan Isteri Tak? Ini Cara Mudah Eratkan Hubungan Ayah & Anak!

Baca juga:  Ibu Ayah Lakukan 8 Perkara Ini Jika Mahu Bayi Anda Membesar Dengan Bijak!

Baca juga:  Kanak-Kanak Pergi Daycare Lebih Mahir Daripada Kanak-Kanak Duduk Rumah