Ramai yang makin mementingkan kesihatan kulit. Berbanding penggunaan kosmetik, kulit sihat menjadi keutamaan. Banyak tips kulit glowing dikongsikan. Cara paling mudah anda perlu kurangkan makanan bergula. Kami kongsikan beberapa cara mendapatkan kulit sihat.
Isi Kandungan
Makan Makanan Yang Lebih Vitamin C
Nutrisi yang tepat sangat penting untuk kesihatan kulit dan tubuh secara keseluruhan. Pastikan anda ikut tips kulit glowing ini. Ia kaya antioksidan yang boleh melambatkan penuaan kulit. Vitamin C juga diperlukan untuk penghasilan kolagen. Vitamin C dapat membantu mengurangkan hiperpigmentasi dan bintik hitam membuatkan kulit cerah dan sekata.
Minum Air Secukupnya
Air memiliki beberapa manfaat penting bagi kulit menjaga kelembapan, mengelakkan kekeringan dan mengurangkan garis-garis halus.
Kurangkan Mengambil Makanan Bergula
Pilih makanan yang rendah gula. Elak makanan yang tinggi gula tambahan dan banyakkan pengambilan buah-buahan segar dan sayuran untuk mendapatkan gula semulajadi yang lebih sihat.
Hindari Minuman Bersoda
Hindari minuman bersoda yang diketahui tinggi kandungan gulanya. Makan gula berlebihan menyebabkan jerawat dan kulit kusam.
Pakai Sheet Mask
Sheet mask biasanya mengandung berbagai bahan aktif yang dapat memberikan lebih kelembapan, nutrisi dan manfaat lain untuk kulit anda. Ia juga membantu mengunci kelembapan dan mencegah kulit kusam yang memberikan penampilan kulit lebih segar dan bercahaya.
Pemilihan Toner Sangat Penting!
Pemilihan toner merupakan langkah penting dalam perawatan kulit Anda. Pilih tonery yang membantu menyeimbangkan pH kulit setelah proses pembersihan. Toner dapat membantu membuang sisa-sisa kotoran atau sisa kosmetik yang mungkin wujud setelah proses pembersihan. Toner mengandungi bahan yang menenangkan dan mengatasi masalah kulit tertentu seperti kemerahan, jerawat, atau tanda-tanda penuaan.
Utamakan Produk Yang Mempunyai Glycolic Acid
Glycolic acid membantu menghilangkan sel-sel kulit mati secara lembut dan rata menjadikan kulit nampak lebih cerah dan glowing. Ia juga merangsang penghasilan kolagen dalam kulit. Namun harus diingat, produk yang mempunyai glycolic acid membuat kulit lebih sensitif terhadap matahari.
Wajib Cari Produk Yang Mempunyai Ejen Pencerah
Pilih produk yang mengandungi agen pencerah atau brightening agents vitamin C, arbutin, asid Alpha Hydroxy, asid azelaic yang efektif dalam mengurangkan hiperpigmentasi dan jerawat.
Exfoliate Kulit Anda
Exfoliate kulit anda seminggu sekali untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dan merangsang pertumbuhan sel kulit baru. Gunakan produk yang lebut dan tidak merosakkan kulit anda.
Wajib Pakai Pelindung Matahari, Sunblock
Sinar UV boleh merosakkan kulit anda dan menyebabkan penuaan lebih cepat. Pastikan anda pilih sunblock yang bersesuaian dengan kulit dengan SPF sekurang-kurangnya 30.
Medical News Today
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Penjagaan Kulit Bayi: Tip Untuk Ibu Baharu
Baca juga: Seeloknya Tukar Pencuci Muka Organik Ketika Hamil, Ini Pilihan Yang Terbaik Dan Selamat
Baca juga: Kulit Kusam dan Berjerawat? Ini Produk Skin Care Buat Ibu Hamil Yang Selamat Untuk Kandungan Anda!