Ketika mengandung rata-rata wanita memang akan alami peningkatan berat badan. Ada yang terlalu ketara kenaikannya hingga buat mereka rasa stres. Jom baca tips kurus yang dikongsikan wanita ini.
Pelbagai cara dilakukan, tetapi berat badan tetap tidak turun. Sebenarnya, kena bersedia semasa sebelum mengandung lagi. Jadi masa berpantang sudah dilakukan tips kurus yang dikongsikan.
Jangan stres ibu. Bukan anda seorang saja alami peningkatan berat badan, hampir kesemua ibu mengandung alaminya. Jadi apabila berpantang, berusahalah untuk turunkan semula.
Tips kurus lepas bersalin
Ibu kepada dua anak ini, Sahira Lim, berkongsi tipsnya yang berjaya kurus selepas bersalin dari 83 kg kepada 43 kg dalam masa 44 hari berpantang.
Ini antara amalan yang ibu ini lakukan ketika berpantang. Katanya ia juga boleh diamalkan oleh wanita yang bersalin cara caesar.
Katanya, untuk anda kembali ramping, perut kemas, pinggang ramping dan dalamaman sihat. Anaknya juga bebas kuning malah beliau langsung tidak sembelit. Luka pun sembuh dengan elok dalam tempoh 44 hari berpantang.
Katanya, terpulang kepada individu sama ada mahu cuba cara ini atau sebaliknya, kerana cara ini berkesan untuknya dan belum tentu ia berkesan pada orang lain, tetapi bolehlah jika mahu cuba.
Beliau berkata sepanjang tempoh anda berpantang, lakukanlah perkara penting yang akan memberi kesan jangka panjang seumur hidup anda.
Boleh kurus lepas bersalin dengan syarat makan makanan berkhasiat
Ini antara tips yang beliau kongsikan:
- Ikat rambut dan sanggul tinggi-tinggi ketat biar naik atas kepala
- Berpilis dan berparam pada dahi dan badan untuk buang segala kekotoran dalaman dan mengelakkan anda pening , migrain dan paling teruk meroyan
- Sila jauhkan diri anda dari kipas dan aircond selama 44 hari ( minimumkan )
- Memakai baju panas dan stokin tebal sampai ke betis
- Sila minum air kopi sekali sehari
- Air kosong 1 gelas sehari (ikut keperluan badan masing-masing) ini memang amalan wanita ini
- Balance minum air akar traditional ini untuk memastikan segala darah kotor, apa-apa yang tertinggal terutama darah bantal keluar dengan mudah dan memastikan dalaman kembali sihat semula
- Makan makanan rebus dan bakar sahaja. Minyak itu tidak elok untuk rahim, Miss ‘V’ dan badan kita yang sedang kembang disebabkan urat-urat yang putus selepas bersalin.
- Lebihkan minum sunquick/buah limau sunkist dan elakkan makan semua buahan lain. Sunquick sahaja untuk mempercepatkan proses penyembuhan
- Bagi yang sembelit ambillah ubat cair najis
- Jauhkan diri anda dari suami dan elakkan perasaan horny kerana itu akan menyebabkan sistem badan jadi tidak terkawal dan potensi untuk meroyan dan bentan itu tinggi
- Amalkan ikan haruan hidup , pegaga , untuk memperkemaskan lagi kedudukan rahim anda dan luka yang dipotong sewaktu anda di dalam bersalin
- Elakkan makan makanan sejuk dan lauk pauk yang berat. Untuk mengelakkan badan naik secara mendadak dan akan susah kurus
- Makan nasi 2 kali sahaja jangan tambah, lebihkan lauk digalakkan
- Balance makan biskut cracker kosong jangan ada tambahan gula
- Jauhkan diri anda dari terkena angin luar ( berjalan di dalam rumah sahaja ) hal ini utk memastikan badan anda tidak dimasuki oleh angin (bahasa kampungnya) disebabkan bulu roma yang sedang terbuka luas selepas bersalin.
- Elakkan melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan tenaga perut supaya perut anda tidak akan menggeleber dan tidak tegang sampai bila-bila.
- Banyakkan rehat dan bertungku pada bahagian badan yang lain kecuali di bahagian jahitan sahaja
Perbuatan yang mungkin boleh datangkan bentan
Menurut wanita ini, beliau juga elakkan juga perbuatan yang mengundang bentan, sakit-sakit badan, badan masuk angin. Ia termasuklah:
- Jangan menyapu / vacuum
- Jangan basuh pinggan
- Jangan sidai baju
- Jangan angkat bath tub anak
- Jangan kemas rumah
- Jangan langgar pantang makan minum
- Jauhkan diri anda dari suami selama tempoh 44 hari yang wajib ini
- Jangan dukung anak kecil atau kucing
- Jangan tidur dalam keadaan leher dan rambut terdedah dengan angin atau aircond dengan sengaja.
- Berbengkung selepas setahun bersalin
- Amalkan jamu selepas kuning anak turun sahaja
- Amalkan herba kayu untuk mendapatkan perut yang tegang kemas dan badan yang lebih menarik selepas bersalin
Jika anda berminat untuk kurangkan berat badan selepas bersalin, anda boleh mencuba rawatan di London Weight Management secara percuma. Rawatan ini membantu membakar lemak degil dan menghilangkan selulit. Jangan lepaskan peluang anda, isi borang ini sekarang!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 9 trik kurus dan kurangkan berat badan yang pelik tapi berkesan!
Baca juga: Buat penat diet dan bersenam kalau anda tak EAT CLEAN, berat takkan turun!