7 tips menjaga kebersihan payudara untuk ibu menyusu demi mengelak jangkitan

undefined

Setiap ibu menyusu perlu tahu langkah-langkah kebersihan payudara untuk kebaikkan diri dan anak mereka.

Sebagai ibu menyusu, menjaga kebersihan payudara sendiri adalah penting untuk kesihatan ibu dan anak supaya anak tidak mudah mendapat jangkitan.

Disebabkan cabaran seperti mastitis atau susu ibu yang terlampau banyak serta payudara ibu yang meleleh sendiri, ibu haruslah sentisa memastikan kawasan payudara dan puting bersih sebelum menyusukan anak. 

Sebenarnya, payudara anda pandai membersihkan diri. Tugas kelenjar montgomery, iaitu benjol-benjol di sekeliling puting yang menyerupai jerawat itu ialah untuk merembeskan minyak semula jadi yang membersih dan melincirkan puting dan areola.

ibu menyusu, payudara ibu menyusu, tips menjaga kebersihan payudara, menjaga kebersihan payudara, kebersihan payudara, kebersihan payudara ibu menyusu, cara menjaga kebersihan payudara

Kredit” National Breast Cancer Foundation

Menurut pakar, bahan berminyak ini mempunyai ciri-ciri antibiotik yang boleh melindungi puting dari jangkitan atau pertumbuhan mikroorganisma. Oleh itu, ibu tidak wajib mencuci puting susu sendiri sebelum dan selepas menyusu.

Namun, ini tidak bermakna ibu langsung tidak perlu menjaga kebersihan payudara sendiri.

Apabila ibu tidak membersihkan diri dengan betul, ini boleh meningkatkan risiko jangkitan kepada bayi mereka. Kesan jangkitan termasuklah:

Bagaimana pula kalau puting ibu luka dan sakit? Jika kebersihan payudara tidak dipentingkan, ibu itu boleh mendapat jangkitan seperti mastitis. Kuman juga senang masuk ke dalam badan melalui luka pada puting.

7 tips menjaga kebersihan payudara 

Mari kita baca tentang kesilapan yang selalu lakukan oleh ibu menyusu, serta cara yang betul untuk menjaga kebersihan payudara. 

1. Jangan guna sabun dan losyen berwangi atau beralkohol

ibu menyusu, payudara ibu menyusu, tips menjaga kebersihan payudara, menjaga kebersihan payudara, kebersihan payudara, kebersihan payudara ibu menyusu, cara menjaga kebersihan payudara

Ibu tidak perlu mencuci payudara dan puting mereka sebelum dan selepas menyusukan anak. Sebaliknya, bilas dengan air suam dan lap dengan tuala yang lembut selepas beberapa sesi penyusuan.

Ibu boleh mencuci dengan lebih teliti ketika mandi. Ibu-ibu juga boleh cuci bahagian puting dengan tuala dan air suam jika terdapat sebarang bahan berminyak dan sisa-sisa susu kering yang menyekat saluran susu. 

Jangan guna gel sabun mandi, sabun dan losyen yang berwangi. Ataupun guna tisu basah yang mengandungi alkohol.

Produk-produk seperti ini hanya akan menyebabkan kulit puting menjadi kering dan senang luka. Pilihlah sabun bebas pewangi.

2. Elak pakaian ketat 

Payudara ibu akan mengalami perubahan dramatik selepas mengandung. Anda tidak akan muat untuk memakai dalam seluar dan bra lama.

Elak dari memakai pakaian yang terlalu ketat kerana ini hanya akan menyebabkan kulit sukar bernafas. Selain itu, bra yang terlalu ketat juga boleh menyekat kelenjar mama dan menyebabkan ibu menyusu berasa tidak selesa.

Pilihan yang lebih baik ialah untuk memakai bra yang dibuat dari kain kapas yang tidak terlalu ketat. Ini akan membantu pengaliran udara yang lebih baik dan ibu juga akan rasa lebih selesa.

3. Kerap tukar nursing pad anda

ibu menyusu, payudara ibu menyusu, tips menjaga kebersihan payudara, menjaga kebersihan payudara, kebersihan payudara, kebersihan payudara ibu menyusu, cara menjaga kebersihan payudara

Hampir setiap ibu menyusu akan memerlukan nursing pad. Nursing pad selalu diletakkan di antara payudara dan nursing bra untuk menyerap lelehan susu badan. 

Tujuannya ialah untuk menghalang susu ibu dari terkena baju, apabila ibu tidak bersama dengan bayinya.

Nursing pads perlu ditukar dengan kerap, selepas beberapa sesi penyusuan untuk mengelakkan perkembangan bakteria. Jangan lupa suhu badan yang hangat, nursing pad yang basah serta gula dari susu ibu adalah tempat yang sesuai untuk pertumbuhan bakteria dan yis.

4. Tak salah kalau tukar nursing bra setiap hari 

Berapa kerap bra perlu dicuci bergantung kepada jenis bra itu dan juga cuaca yang dialami hari itu. Tetapi nursing bra perlu dicuci lebih kerap kerana mungkin mempunyai kesan susu badan.

Ini menyebabkan nursing bra cepat kotor dan menggalakkan pertumbuhan bakteria. Jika susu ibu selalu bocor, ibu itu mungkin perlu tukar bra 2 – 3 kali sehari. 

5. Basuh payudara anda selepas bersenam

ibu menyusu, payudara ibu menyusu, tips menjaga kebersihan payudara, menjaga kebersihan payudara, kebersihan payudara, kebersihan payudara ibu menyusu, cara menjaga kebersihan payudara

Sesetegah bayi tidak suka rasa puting yang masin dan basah dengan peluh. Jadi jika ibu tidak mahu penyusuan bayi terganggu, mandilah dulu atau sekurang-kurangnya lap dengan kain basah yang bersih sebelum menyusu.

Ini akan mengurangkan risiko akan mendapat jangkitan. 

6. Pastikan tangan anda bersih 

Tangan yang bersih juga memainkan peranan yang penting. Pastikan ibu-ibu cuci tangan dengan baik sebelum menyusu atau mengepam susu. Ramai ibu suka menggunakan tangan untuk memberi sokongan kepada payudara semasa menyusu. 

Tangan yang kotor hanya akan menyebarkan bakteria ke baju, payudara dan puting. Akhirnya bayi sendiri yang terjangkit.

7. Cuci pam payudara selepas menggunakannya

ibu menyusu, payudara ibu menyusu, tips menjaga kebersihan payudara, menjaga kebersihan payudara, kebersihan payudara, kebersihan payudara ibu menyusu, cara menjaga kebersihan payudara

Ibu-ibu bukan hanya perlu menjaga kebersihan payudara, tetapi pam payudara juga.

Apabila mencuci pam payudara jangan guna span atau berus yang digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk biasa. Jangan lupa untuk mensterilkan pam itu sebelum menggunakannya.

Pam payudara akan menjadi kotor jika ada baki susu di dalamnya dan bakteria yang ada pada pam itu boleh berpindah ke payudara ibu, tanpa disedari.

Kami berharap artikel ini akan banyak membantu ibu-ibu menjaga kebersihan payudara mereka. Kongsilah pengetahuan ini bersama ibu-ibu menyusu lain!

 

 

 

 

 

Sumber: RomperVery Well FamilyMonitor 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Kisah lelaki bertukar jadi wanita (transgender) pertama di dunia yang berjaya menyusu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!