5 Makanan Yang Bagus Masa Musim Jerabu, Dapat Melegakan Mata Kering & Sakit Tekak!

Ini tips pemakanan sihat yang boleh melegakan sakit tekak dan mata kering semasa musim jerebu yang sedang melanda rakyat Malaysia, semoga ia dapat membantu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjenguk di luar jendela kelihatan asap kabus semakin tebal malah pandangan mata juga kian kabur hingga membuatkan mata berair dan pedih. Apatah lagi tekak mula rasa tak selesa dek kerana jerebu yang makin teruk. Sampaikan sekolah juga diumum tutup! Bagi mengurangkan gejala tersebut, ibu boleh amalkan tips pemakanan sihat untuk seisi keluarga dalam entri kali ini. 

Sementara itu, beberapa kawasan juga mencatatkan udara yang tidak sihat apabila bacaan indeks pencemaran udara (IPU) mencecah 200. Malah di Sarawak telah berada di paras bahaya kerana bacaan IPU melebihi 367. Ia menjadikan Sarawak sebagai lokasi yang terjejas teruk setakat ini.

Kesan jerebu ini juga menyebabkan sekolah ditutup, kegiatan riadah tergendala dan aktiviti luar perlu dihadkan buat masa ini hingga keadaan pulih kembali.

Bagi mengekang gejala yang tidak sihat berlaku pada keluarga anda sebaiknya amalkan tips pemakanan sihat ini supaya seluruh keluarga tidak terganggu dengan udara yang tidak selamat itu. Berikut adalah senarai makanan yang boleh diamalkan semasa musim jerebu ini. 

5 Tips Pemakanan Sihat Semasa Musim Jerebu 

#1. Chrysanthemum Tea

Chrysanthemum telah lama digunakan bagi merawat masalah mata seperti mata sakit, mata kering dan penglihatan kabur.

Cara-cara menggunakannya: Letakkan beberapa keping bunga kekwa dalam cawan dan tuangkan air panas. Biarkan ia selama 20 minit sebelum diminum. 

#2. Kulat putih

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kulat putih dipercayai dapat melawan jangkitan dan keradangan dalam badan serta memperbaiki sistem kekebalan tubuh. Dalam perubatan Cina, ia biasanya digunakan untuk melegakan batuk kering yang dikaitkan dengan jerebu.

Cara-cara menggunakannya: Rendam kulat putih selama 20 minit. Kemudian reneh dalam masa 15 minit sebelum diminum. Anda boleh tambah gula batu untuk rasa yang menarik.

#3. Asian pir

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Asian pir dikenali untuk membersihkan haba dalam badan dan paru-paru, mengurangkan kekeringan mata, hidung dan tekak.

Cara-cara menggunakannya: Cara yang lebih mudah adalah makan seperti biasa tapi anda juga boleh meletakkan beberapa biji pir dalam mangkuk dan didihkan seketika. Nak rasa lebih sedap tambah gula batu dan stim selama 15 minit hingga pir lembut.

#4. Kacang hijau

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kacang hijau bagus untuk melegakan panas badan yang boleh menyebabkan mata sakit, tekak kering dan batuk.

Cara-cara menggunakannya: Ambil nisbah satu cawan kacang hijau hingga 8 cawan air. Rendam dalam air selama 3 hingga 4 jam, masak sehingga mendidih dan reneh selama 45 minit. Anda boleh tambah gula batu untuk rasa manis.

#5. Buah berangan

Dengan sifat pelepasan haba dan berkhasiat, buah berangan dapat menenangkan mata kering dan tekak serta mengurangkan gejala batuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara-cara menggunakannya: Makan seperti biasa dengan potongan kecil atau boleh rebuskannya terlebih dahulu untuk rasa yang lebih enak. 

**********

Dengan keadaan jerebu yang semakin teruk sekarang, diharap semua ibu bapa menghadkan aktiviti luar bersama anak-anak sehingga keadaan kembali pulih dan berdoa semoga persekitaran kita kembali sihat seperti selalu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Asia One 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.commakanan-untuk-tambah-susu-badan