Menjelang hari raya kali ini, pasti kita tidak sabar untuk balik kampung dan beraya bersama keluarga, terutamanya buat pengantin baru. Ha, ini tips pengantin baru untuk yang baru mendirikan rumah tangga jika anda masih keliru, sama ada beraya rumah suami atau isteri dulu.
Apabila pasangan diijabkabulkan, ada yang mengatakan kehidupan mereka kini bukan sahaja terikat antara satu sama lain, malah dengan keluarga pasangan masing-masing.
Jadi, kenalah saling bertolak ansur dan faham perasaan pasangan tentang tanggungjawab kepada keluarga juga kan?
Tips Pengantin Baru Balik Beraya Kali Pertama
Bagi sesiapa yang pertama kali akan merayakan Hari Raya Adilfitri bersama, mungkin akan timbul sedikit kegusaran, “Nak raya rumah keluarga suami ke, atau isteri dulu?”.
Tambahan lagi, ada suami yang terus menganggap keluarga yang perlu diutamakan dulu kerana dia ketua keluarga dan isteri perlu melebihkan keluarga suami.
Tanggapan ini salah ya, sebenarnya isteri berkahwin dengan suami jadi dia perlu patuh arahan suami. Jadi, kalau apa yang dilakukan hanya di bawah kata-kata suami, bukan kerana dia wajib melebihkan keluarga mertuanya.
Bagi bab ibu bapa pula, kedua-dua ibu bapa suami dan isteri adalah sama taraf dan tidak boleh dibezakan untuk dilebihkan layan salah satunya.
Utamakan Raya Pertama di Rumah Isteri
Kalau anda masih keliru nak balik rumah siapa tahun ini, ada perkongsian menarik dari Pak Utih untuk anda. Berikut nasihatnya:
Pasangan Pengantin Baru: Nak Raya Rumah Sapa Pertama Kali Ini? Perkara ini biasanya menjadi pertelingkahan di antara pasangan yang baru berkahwin. Isteri akan menggunakan hujahnya tersendiri dan si suami pula menggukakan kuasanya sebagai ketua keluarga yang mesti dipatuhi.
Ada teknik tip untuk anda berdua membuat keputusan. 1. ” Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya”. Al Qashash:27 Kalaulah ingin merujuk ayat di atas, pengantin lelaki kena berkorban tinggal bersama ayah mertua dan membantunya selama 8 tahun. Tetapi dengan keadaan sekarang, perkara ini tidak mungkin boleh berlaku. Namun kita boleh ikuti konsepnya. Iaitu dalam tempoh 8 tahun, sang suami utamakan rumah mertuanya dahulu. Dalam kes pulang beraya ke kampong, elok utamakan rumah isterinya. 2. Orang perempuan banyak menggunakan emosi dan perasaannya dalam setiap urusannya. Sedangkan lelaki hanya fokus mindanya kepada sesuatu tugasan. Dia boleh abaikan emosi dan perasaannya. Oleh itu, isterilah yang lebih terkesan menyambut hari raya pertama. Apa lagi dengan status dia sebagai seorang isteri. Jiwanya pasti menggelabah untuk pertama kalinya menyambut raya di rumah orang lain. 1001 macam dalam fikiran yang menghantuinya. Oleh itu raya pertama di rumah isteri. 3. Jika isteri ini telah ada bilik tidur khas di rumahnya dan suaminya pula tiada bilik khas untuk di rumahnya. Ini akan menyebabkan isteri tidak selesa jika terpaksa berkongsi bilik persalinan dengan ipar-iparnya. Oleh itu, elok raya pertama di rumah isteri. Tetapi jika suaminya memang ada bilik khas, sila rujuk tip 1 dan 2 di atas. 4. Tetapi kalau sepanjang Ramadhan, pasangan ini tinggal di rumah isterinya, maka eloklah susun strategi untuk berhari raya pertama di rumah kampung suaminya. 5. Jika suami adalah anak tunggal, dinasihatkan buat rancangan untuk berpuasa 2-3 hari awal di rumah kampung isteri. Kemudian berhari raya pertama di rumah suami. Sebab kehadiran anak tunggal dengan isterinya ini memberi kesan positif bertambah sayang ibu mertua kepada anak menantunya. Selamat berbincang.
Semoga bermanfaat, dan jangan lupa untuk amalkan sistem giliran untuk lebih muafakat ya!
Saya bakal naik flight dengan bayi berusia 2 bulan, ada nasihat untuk saya?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: ohbulan
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtip-travel-ketika-balik-kampung/