Risau Kena Serah Diri Sebab Overdue? Cuba 5 Tips Untuk CEPAT BERSALIN Ini!

undefined

Bila overdue, mesti ibu hamil risau kena serah diri ke hospital kan? Kali ini kami kongsikan tips untuk cepat bersalin untuk ibu hamil yang memerlukan.

Bila kandungan sudah overdue memang ibu-ibu hamil akan automatik jadi risau. Satu mungkin risau di induce, yang dikatakan akan menimbulkan sakit kontraksi yang teramat. Jadi kali ini kami kongsikan tips untuk cepat bersalin.

Atau ada kemungkinan perlu lalui pembedahan kerana ada komplikasi lain akibat overdue seperti bayi sudah termakan najis ketika dalam kandungan.

Mulalah ibu fikir macam-macam, termasuklah tips untuk cepat bersalin jika kandungan sudah menghampiri atau melebihi tempoh masa yang ditetapkan.

Tips untuk cepat bersalin, cubalah!

Tidak salah untuk kita ikhtiar pelbagai cara jika ia terbukti membantu untuk cepat bersalin. Jadi kali ini kami kongsikan tips untuk cepat bersalin pada ibu-ibu di luar sana yang risau:

#1. Banyakkan jalan kaki

Tips untuk cepat bersalin

Kredit: nakita.id

Si ibu disarankan untuk memperbanyakkan senaman ringan seperti berjalan kaki atau naik turun tangga. Ini akan membantu untuk mengembangkan serviks anda dan menyebabkan bayi turun lebih jauh ke dalam saluran kelahiran.

Berjalan atau naik turun tangga ketika di hujung kehamilan amat penting untuk mengembangkan dan melembutkan serviks. Ada juga ibu yang cuba basuh bilik air untuk cepatkan bukaan.

Apabila membasuh bilik air anda perlu mencangkung dan sebagainya jadi ia memang amat membantu mengembangkan serviks dan membuka jalan untuk bayi keluar.

Ada juga yang mempraktikkan ketuk ketampi untuk mempercepatkan bukaan jalan kelahiran bayi.

#2. Amalkan Evening Primrose Oil (EPO)

EPO merupakan antara tips yang dapat membantu untuk melembutkan serviks anda. Si ibu boleh pilih samada untuk memasukkannya ke vagina atau menyapu EPO ke vagina si ibu. Terdapat beberapa bukti yang telah mengesahkan bahawa kaedah ini berkesan.

Ibu boleh cuba kaedah ini, kerana ada ibu yang overdue mengalami bukaan selepas menggunakan cara ini. 

#3. Makan makanan pedas

Tips untuk cepat bersalin

Kredit: klikdokter

Walaupun amalan memakan makanan pedas ini tidak disarankan oleh sesetengah pendapat namun begitu untuk keadaan ini si ibu disarankan untuk memakan makanan pedas.

Hal ini kerana, makanan yang pedas akan menyebabkan badan anda melepaskan prostaglandin sepanjang proses penghadamannya. Oleh itu, hormon-hormon ini boleh menyebabkan pengecutan dalam rahim.

Apabila dinding rahim mengecut, ia akan memberi isyarat bahawa bayi perlu dikeluarkan dan pelembutan serviks akan berlaku untuk percepatkan bukaan untuk kelahiran.

#4. Rangsangan puting payudara

Ini adalah antara kaedah yang dapat membantu rahim anda mengecut dan akan mempercepatkan proses bersalin. Si ibu boleh menggunakan pam payudara untuk ransangan yang lebih kuat ataupun boleh minta bantuan pasangan untuk memainkan peranannya.

Puting payudara juga boleh dirangsang dengan ibu sendiri menggentel puting berkenaan. Rangsangan pada puting payudara akan melembutkan serviks dan mempercepatkan bukaan untuk kelahiran.

#5. Buat hubungan intim dengan suami

Tips untuk cepat bersalin

Kredit: datekehamilan

Hubungan intim telah terbukti dapat membantu mempercepatkan proses kelahiran melalui beberapa caranya yang berkesan. Antaranya adalah:

  • Hubungan intim dipercayai membantu meransang rahim ke dalam pengecutan
  • Hubungan intim akan membebaskan oxytocin
  • Air mani yang dikeluarkan melalui hubungan intim dapat membantu melembutkan serviks si ibu dengan kandungan kepekatan prostaglandinnya yang tinggi

Tidak perlu lakukan hubungan intim yang kasar atau yang boleh menyakitkan si ibu. Cukup sekadar untuk anda rangsang rahim ke dalam pengecutan.

Suami perlu bekerjasama membantu isteri ketika saat genting ini iaitu lakukan hubungan intim sekerap mungkin untuk merangsang dan melembutkan serviks bagi mempercepatkan bukaan jalan kelahiran bayi.

Isteri juga tidak boleh berputus asa. Anda perlu lakukan walaupun dengan perut yang memboyot pasti buat anda rasa tidak selesa untuk mengadakan hubungan intim bersama suami.

Ada yang malu dengan keadaan diri kerana merasakan diri seakan ‘ikan paus’. Tetapi tahukan anda, sebenarnya wanita mengandung kelihatan sangat seksi di mata suaminya ketika di ranjang? Jadi anda patut gunakan peluang keemasan ini untum merangsang pembukaan jalan kelahiran bayi anda.

Jadi ibu, jangan bertangguh jika tarikh kelahiran bayi anda sudah semakin hampir atau sudah overduecuba praktikkan tips untuk cepat bersalin yang kami kongsikan ini. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: pantangplus

Baca juga: Tarikh Bersalin Makin Hampir? Ini Tanda-Tanda Bersalin Yang Akan Dialami

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!