Ibu bapa selalu menharapkan tisu basah antibakteria untuk membasmi kuman, tapi kini pakar mengatakan ini sebenarnya tidak mencukupi!
Dr. Clare Lanyon, seorang saintis bioperubatan dari Northumbria University, UK, mengatakan tisu basah antibakteria hanya menghilangkan kuman dari permukaan selama 20 minit.
Menurutnya lagi, ibu bapa hanya membazirkan wang apabila membeli tisu basah antibakteria atau ubat semburan antibakteria, kerana bakteria biasa dan kulat boleh tumbuh kembali jika satu sel tunggal ditinggalkan.
Jadi apakah alternatif yang lebih baik dari tisu basah antibakteria?
Lanyon berkata kajian mendapati sabun adalah alternatif yang lebih berkesan apabila ingin membasmi kuman kerana ia mempunyai unsur-unsur yang boleh memecahkan sel.
Lanyon memberitahu The Telegraph bahawa keputusan eksperimen menunjukan kuman telah tumbuh semula dalam masa kurang dari 12 jam selepas permukaan dapur dibersihkan dengan tisu basah antibakteria.
Mereka mengenalpasti beberapa kuman ini sebagai bakteria yang berbahaya dan boleh menyebabkan keracunan makanan!
Adalah sangat penting untuk membersihkan pemukaan dapur dengan betul selepas mengendalikan daging mentah. Ini mengurangkan risiko penyebaran “organisma asing” yang berbahaya.
Untuk melakukan ini, ibu-ibu perlu menggosok kawasan tersebut dengan sabun dan air.
Rumah anda tidak akan bebas kuman 100%
Kebanyakkan kuman yang ada di rumah jenis yang tidak memudaratkan. Ada juga kuman yang berfaedah dan boleh membantu menguatkan sistem imun dan kesihatan mental kita!
Jadi ibu-ibu tidak perlu membazirkan masa untuk memastikan rumah bebas kuman 100%, kerana ia adalah kerja yang mustahil. Tanpa disedari ibu-ibu, rumah yang terlalu bersih mungkin punca mengapa anak selalu sakit.
Lebih baik memberi fokus kepada pembersihan selepas menyediakan makanan kerana risiko keracunan adalah tinggi. Lanyon juga menasihatkan ibu bapa supaya tidak membazirkan wang membeli tisu basah antibakteria ataupun produk antibakteria lain untuk mencuci rumah.
Sabun dan air sudah mencukupi.
Lanyon berkata, eksperimen itu bukan untuk mengatakan tisu basah antibakteria tak berguna langsung. Ia cukup bagus apabila ingin membasmi kuman dari kulit tapi ia tidak cukup bagus apabila digunakan untuk membersihkan rumah
Jangan hanya bergantung pada tisu antibakteria sahaja
Pada tahun 2016, FDA mengumumkan mereka tidak mempunyai bukti saintifik kukuh produk antibakteria boleh mencegah penyakit.
Penggunaan jangka panjang produk ini juga menimbulkan persoalan mengenai kesan negatif mereka terhadap kesihatan.
Bahan seperti triclosan yang terdapat dalam produk antibakteria juga perlu dikaji dengan lebih teliti jerana kesan jangka panjangnya tidak diketahui.
Oleh itu, jangan hanya mengharapkan tisu antibakteria untuk membasi kuman. Sabun dan air lebih berkesan.
Sumber: Medical Daily
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Cabaran 52 minggu untuk membersihkan rumah!