Bagi anda yang baru bergelar ibu ayah, setiap hari mungkin memberikan pengalaman dan ilmu baru dalam proses membesarkan si manja. Namun tahukah anda tentang titik refleksologi bagi memberikan ketenangan kepada bayi?
Rata-rata mengakui bahawa apabila bayi mengalami rasa tidak selesa, dia cenderung untuk meragam sehingga sukar tidur malam bagi menyatakan rasa tersebut.
Titik refleksologi pada kaki bayi
Selalunya masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh bayi adalah seperti sembelit, selesema, demam mahupun sakit perut.
Meskipun rawatan serta ubat-ubatan telah disyorkan oleh pihak hospital, ibu ayah sebenarnya boleh melakukan rawatan penambahan di rumah sebagai rutin dan dalam pada masa sama mengeratkan hubungan bersama si manja.
Terdapat beberapa petua untuk membantu bayi kekal tenang iaitu melalui sentuhan kaki. Bagi ibu ayah yang tidak tahu, refleksologi berfungsi dengan cara menekan beberapa titik tertentu pada tapak kaki.
Cara ini paling sesuai untuk diamalkan bagi menghentikan tangisan bayi sekiranya di manja jatuh sakit.
#1. Kepala/ gigi
Untuk menangani masalah kesihatan bayi yang melibatkan kepala dan gigi, hujung jari-jemari kaki hendaklah diurut lembut.
Ia sebenarnya dapat memberikan manfaat begitu besar dalam proses perkembangan si manja termasuklah minda mereka. Sekiranya ibu mendapatibayi acap kali menggigit ibu jari kaki, ia bermakna mereka dalam fasa pertumbuhan gigi susu.
#2. Sinus
Titik di setiap jari kaki mewakili kesakitan sinus atau kesakitan serta alahan yang melibatkan saluran pernafasan seperti hidung, telinga dan tekak.
Sekiranya bayi selesema tanpa henti, mengalami masalah hidung berair sangat teruk atau kesukaran bernafas kerana lendir, cuba gosok jari kaki untuk mengurangkan simptom ini.
Berikan sedikit tekanan pada bahagian pusat kaki supaya bayi rasa lebih selesa. Walaupun teknik ini tidak mengubati sepenuhnya, ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah sukar bernafas dan hidung berair.
#3. Dada
Bahagian telapak kaki yang menyentuh tanah menghubungkan bahagian dada. Kesesakan dada si manja berkemungkinan besar disebabkan oleh berlaku jangkitan atau selesema.
Jika bayi menunjukkan simptom seperti tercungap-cungap, ibu ayah boleh cuba urut di bahagian bawah leher jari kaki. Urutan ini dapat merawat selesema, batuk kronik dan kesesakan dada akibat pengumpulan kahak.
Bukan itu sahaja, ibu juga boleh mengurut secara bulatan pada bahagian dada untuk memberikan keselesaan bayi yang batuk buat sementara batuk. Namun jika anda mendapati masalah berlanjutan, segeralah untuk membawanya berjumpa doktor.
#4. Solar plexus
Plexus solar adalah saraf yang tersembunyi di antara perut dan paru-paru. Untuk pengetahuan anda, saraf ini bersambung dengan titik di tengah kaki seperti di dalam gambar.
Menurut pakar kesihatan, sebarang ketidakselesaan yang berkaitan dengan kegelisahan, kekejangan, sesak dan masalah pernafasan berkait rapat dengan kawasan solar plex dan urutan ringan dapat membantu bayi anda.
Caranya adalah dengan mengurut bahagian tengah kaki dengan sedikit tekanan supaya si manja rasa lebih selesa dan tidak meragam.
#5. Abdomen atas
Mengurut di kawasan ini dapat melegakan si manja daripada masalah pencernaan seperti sembelit, pedih ulu hati dan senak. Namun hal yang paling penting adalah anda perlulah memastikan teknik semasa urutan tidak terlalu kuat. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan bayi rasa lebih sakit dan sensitif.
#6. Abdomen bawah
Abdomen bawah pula dapat membantu masalah seperti kembung dan sembelit. Urutan ini juga boleh melegakan ketidakselesaan bayi daripada sembelit.
Untuk merangsang usus besar, cubalah menggosok kawasan bawah tunggal untuk memberi kelegaan pada bayi Kesannya, bayi akan mudah buang angin dalam masa yang singkat.
#7. Bahagian pinggul
Sebenarnya, bahagian tumit kaki dikaitkan dengan pelvis, pinggul dan perut. Bayi yang sedang membesar biasanya akan mengalami kesakitan dan ketegangan di bahagian pinggul. Gosok di bahagian ini secara lembut amat berkesan untuk melegakan ketidakselesaan yang dialami oleh si manja.
Sumber: Mommy Hana Baby Care, Byrara Kids
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.commanfaat-surah-al-mulk