Toilet training anak bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan dan dijayakan oleh ibu bapa di luar sana. Anak kecil ini, apa yang mereka mahu lakukan, mereka akan buat.
Mereka masih berada di dalam fasa tidak tahu jikalau sesuatu perkara itu salah atau tidak untuk diperbuat. Jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu mencuba yang terbaik untuk mencorakkan kehidupan mereka.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Toilet training anak seawal usia
- Mula bawa anak ke tandas setiap 15 – 30 minit
- Ajukan soalan-soalan berkaitan buang air kepada anak-anak
- Sediakan potty toilet dan panties yang comel untuk anak
Toilet training anak seawal usia 2 tahun
Seorang pengguna Facebook iaitu Rosmaizati Rashid baru-baru ini telah berkongsikan tips-tips berguna untuk ibu bapa di luar sana lakukan jika ingin mula ‘potty training‘ anak di awal usia. Setakat hantaran tersebut ditulis, beliau telah berjaya bebas pampers selama satu minggu.
Potty training Raanaafia at 2 years 3 months 5 days. Permulaannya, perlukan introduction iaitu proses pengenalan kepada anak-anak mengenai kencing dan berak.
Potty training dengan bawa anak ke tandas setiap 15 atau 30 minit
Seterusnya, ibu ayah sekalian perlu ketahui bahawa support dari suami adalah sangat penting!
Masa toilet training anak, sentiasa tanya soalan pada anak dan elakkan marah
Sediakan potty toilet yang sesuai dan comel untuk anak
Dan seterusnya, ibu ayah bagilah ‘hadiah’ potty toilet yang comel-comel sikit untuk anak. Barulah dia suka dan senang untuk guna.
Lepas itu, boleh cuba untuk pakaian panties yang comel, bagi anak pilih karakter kegemaran mereka untuk dipakai. Warna biar bercampur, pink, oren, putih, biru, merah, ungu dan banyak lagi.
“Kenapa tak pakai potty pants je?? Sebab function dia lebih kurang pampers. So anak kite tak dapat rasa air kencing mengalir time dorang tkucil. Bila pakai panties je, dia dapat rasa dan through accident, lesson are learnt.”
Oh ya, untuk tips terakhir yang dikongsikan, ibu ini memberitahu untuk tidak menutup pintu tandas dengan rapat. Ini untuk memudahkan ibu bapa angkut anak kalau masa ’emergency’ nak guna tandas.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Ajar Anak Berkasih Sayang Sejak Kecil, Elak Bergaduh
Baca juga: Dah Tiba Masa Ajar Anak Potty Training? Ini Apa yang Anda Patut Buat & Elakkan
Baca juga: Latih Anak Komunikasi Penyingkiran Untuk Bantu Dia ‘Potty Training’ Lebih Pantas!