Ramai yang percaya nama itu merupakan doa, jadi adalah afdhal untuk memberikan nama yang baik untuk anak-anak. Bagi ibu bapa yang percaya akan sifat anak berdasarkan nama, apa kata cari idea nama bayi mengikut nama tokoh wanita islam yang mengispirasi yang akan kami senaraikan.
Siapa tahu, dengan memberi nama mengikut para ilmuan Islam wanita, maka si kecil pun akan membesar menjadi seorang ilmuan hebat pula! Malah, impian ibu bapa juga untuk mempunyai anak-anak yang patuh dengan agama.
Pilihan Nama Bayi Perempuan Mengikut Tokoh Wanita Islam Mengispirasi
1. Aisya
Umum mengetahui yang Aisya merupakan salah satu wanita muslim yang dikenali kerana kebijakannya. Aisya merupakan tukang syair, ahli fiqih dan juga menguasai ilmu kedoktoran yang diperolehi dari pelbagai sumber ahli perubatan.
Selain itu, Aisya adalah wanita yang mendalami politik dan pernah menentang kekhalifahan Utsman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib. Malah selepas beliau berhenti dari dunia politik, Aisha masih tetap melanjutkan perjuangan dalam menyebarkan agama Islam.
2. Al Shifa
Nama asalnya adalah Layla, namun oleh kerana beliau memiliki kepakaran dalam bidang perubatan maka digelar Al Shifa. Beliau merupakan seorang wanita yang bijak pandai malah dihormati oleh masyarakat sekelilingnya.
Al Shifa memiliki kelebihan semasa zamannya, dia boleh menulis dan membaca di mana pada masa itu hanya segelintir wanita yang mempunyai kebolehan tersebut. Malah isteri Rasullullah SAW, Hafsah binti Umar juga belajar ilmu tersebut dari beliau.
3. Prof. Bina Shaheen Siddiqui
Menurut laman web tirto.id, Bina merupakan seorang ilmuwan islam wanita yang memiliki gelaran PhD dari Universiti Karachi Pakistan. Dia memiliki 12 paten untuk konstitusi anti kanser dan pestisida biologi.
Malah, Prof. Bina juga sudah menulis 250 jurnal tentang kajiannya dan merupakan salah satu pendiri Third World Organization for Women in Science.
4. Duhtar-i ibn Mukla Shirazi
Beliau merupakan seorang guru kaligrafi yang cukup terkenal pada masanya, yaitu sekitar abad ke-10 masehi. Seni kaligrafi karya Duhtar-i memiliki sentuhan khas yang diwariskan secara turun temurun.
5. Fatima
Dia adalah salah seorang kaligrafer yang mendapat kesempatan langka, yaitu menuliskan banyak buku dengan gaya tulisannya yang unik bagi Khalifah dan putranya Malik Hakem II. Buku tulisannya merupakan buku sains, malah seni!
6. Prof. Ilham Al Qaradawi
lham merupakan seorang profesor fizik dari Universitas Qatar. Beberapa waktu lalu beliau mengabdikan diri untuk mempelajari fizik di negaranya dan berjaya membangukan slow positron beam pertama di Timur Tengah! Hebat!
7. Mariyam “Al-Astrolabiya” al-Ijliya
Kata “Al-astrolabiya” merupakan nama jolokan yang diberikan oleh para ilmuwan Eropah kepada Mariyam atas jasanya dalam bidang astronomi. Orang-orang mengenal Mariyam melalui karyanya yang luar biasa, Astrolabe.
8. Muzna
Beliau merupakan salah seorang jurutulis Khalifah al-Amir an-Nasir li-Dinillah dan Abdurrahman III. Namun, sayangnya tak ada satu pun dari karya-karya dia yang masih bertahan hingga hari ini.
9. Prof. Nesreen Ghaddar
Beliau merupakan profesor teknik mesin di American University of Beirut, yang berfokus pada teknologi energi terbaru.
Nesreen juga memiliki gelar PhD dari MIT, malah pada pada 1984 ia mendapat penghargaan kajian terbaik dalam bidang termofisika dari American Institute of Aeronautics and Astronautics.
10. Prof. Rabia Hussain
Rabia merupakan ilmuan dalam bidang Bacteriology & Immunology yang mengkaji tentang kekebalan tubuh dan kaitannya dengan alahan. Ini telah membuatnya dikenalpasti sebagai profesor penting dalam bidang imunologi.
11. Rufaida Al-Aslamia
Beliau merupakan seorang ahli perubatan pertama dalam dunia Islam di mana dia belajar tentang kedoktoran menerusi ayahnya, Sa’ad Al-Aslamy yang merupakan seorang doktor di Madinah.
Melalui bimbingan, Rufida berjaya menjadi seorang perawat walaupun tidak diberi kepercayaan untuk melakukan pembedahan, malah menurunkan didikan kepada wanita lain.
12. Dr. Sameera Moussa
Sameera terkenal sebagai ibu teknologi atom dari Mesir, antara yang awal dalam nuklear fizik di Mesir. Dia memiliki gelaran doktor dalam bidang radiasi atom untuk penggunaan medik, serta ia juga menyelenggarakan konferensi bertajuk Atom untuk Perdamaian.
13. Sutayta al-Mahamali
Beliau merupakan seorang ahli matematik. Kecerdasannya dalam bidang ini bahkan dipuji oleh banyak ulama pada zamannya, seperti Ibnu al-Jauzi, Ibnu al-Khatib Baghdadi, dan Ibnu Katsir.
14. Zainab
Pada abad ke-14 masih sedikit sekali wanita muslim yang pergi ke sekolah dan memiliki pengetahuan dalam bidang sastera dan ilmu pengetahuan. Zainab adalah seorang yang terkenal pandai dan memiliki keunggulan pada masa tersebut.
Zainab merupakan wanita yang punya pemahaman yang dalam tentang hadis dan beliau juga guru di sekolah hanbali di Damaskus. Beberapa murid dia adalah al-Tirmidzi, al-Tahawi, Sahih Bukhari, dan Shahih Muslim.
15. Zaynab Shahda
Selain dalam bidang keilmuan, beliau juga berprestasi dalam bidang seni kaligrafi yang merupakan salah satu seni paling bergengsi dalam dunia Islam.
Zaynab merupakan seorang khattat, yaitu seseorang yang berbakat dalam kaligrafi. Untuk menjadi seorang khattat, dia harus memahami Al-Quran dan memiliki kualifikasi tertentu.
Wah, hebat sungguh para wanita ini. Ada nama yang memikat hati anda?
Boleh cadangkan buku untuk anak saya yang berusia 1 tahun?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Finna Prima Handayani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comayah-ajar-anak-perempuan-berjaya/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!