4 Sifat Toksik Dalam Hubungan Suami Isteri Yang Mesti Dijauhi

Pasangan mana mahu hubungan yang dibina berakhir dengan perpisahan namun ada yang sanggup terus bertahan meskipun sedar ikatan toksik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan mana mahu hubungan suami isteri yang dibina berakhir dengan perpisahan namun ada juga yang sanggup terus bertahan meskipun sedar ikatan itu tidak sihat atau pun toksik.

Situasi ini terjadi apabila tiada persefahaman, rasa hormat selain tiada lagi kepercayaan terhadap pasangan yang membuatkan hubungan hambar dan sering berlaku pertengkaran.

Lebih teruk, sifat toksik ini boleh membuatkan pasangan mengalami gangguan mental seperti kemurungan, keresahan dan sebagainya.

Berhadapan dengan situasi ini memang boleh menyebabkan emosi terganggu selagi tidak mencari jalan keluar atau penyelesaian terbaik.

Berkongsi di Instagram, Dr. Redza Zainol berkata empat sifat toksik ini sangat beracun dalam hubungan suami isteri yang perlu dijauhi dan dielakkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Pasangan yang sengaja jauhkan kita dari kawan dan keluarga sendiri.

Kita tak boleh balik jenguk mak ayah sendiri. Tak bagi kita telefon keluarga sendiri. Tak bagi adik-beradik datang melawat kita. Pasangan begini dia cuba kuasai semua aspek kehidupan kita. Pada mereka “pasanganku hanya milik aku seorang”.

2. Pasangan yang akan sentiasa mengkritik setiap tindakan kita.

Dia tak pernah rasa gembira dengan diri atau kejayan kita. Dia akan memanipulasi setiap keadaan dan buatkan pasangan rasa hilang semua keyakinan diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Dia mengugut pasangan

“Aku akan tinggalkan kau kalau kau tak ikut suruhan aku.”

“Aku akan tinggalkan kau kalau badan jadi gemuk.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara ini adalah cara paling lama digunakan lelaki supaya isteri tak tinggalkan mereka. Pasangan begini hidup dalam situasi pemangsa dan mangsa. Setiap kali berkomunikasi ia bukan atas sebab cinta tapi sebab ketakutan yang amat. Si isteri bertanya pada suami nak minum air atau tak bukan sebab nak berikan keselesaan pada suami, tapi sebab tak mahu suami jadi berang dan agresif secara tiba-tiba.

4. Dia buat pasangan jadi terperangkap

Telefon, kad bank, kereta, duit, passport semuanya dikawal. Mereka ini akan kawal setiap pergerakan pasangan, Mereka akan sentiasa berkata pasangannya tak mampu hidup seorang diri dan perlukan dirinya. Si isteri/suami akan rasa seperti sesak nafas kerana seluruh hidupnya dikawal dan rasa dunia mereka dah tak ada harapan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dapatkan Khidmat Kaunseling

Jika anda atau pasangan anda benar-benar tidak boleh menghentikan tingkah laku sebegini, ini bermakna bahawa terdapat sedikit masalah atau perkara yang tidak normal berlaku dalam perhubungan anda.

Apa yang perlu dilakukan adalah dengan pergi mendapatkan perkhidmatan kaunseling atau terapi pasangan daripada kaunselor yang bertauliah.

Ini adalah langkah yang boleh anda lakukan jika perkahwinan toksik benar-benar tidak dapat dihentikan dan memberi kesan negatif terhadap kehidupan anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Guna Teknik ‘Burger’ Untuk Berbincang Dengan Pasangan? Tak Tahu Kan? Jom Baca!

Baca juga : 6 cara perhubungan berubah bila pasangan curang di belakang kita

Baca juga : 10 Tabiat Yang Ada Pada Pasangan Paling Bahagia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi