Tradisi untuk bayi kerabat diRaja
Selama ini, kita hanya tengok gambar-gambar kerabat diRaja seperti Princess Diana, Putera William, Harry dan Putera George yang disiarkan di media atau televisyen saja.
Tapi kita tak tahu dengan jelas pun apa yang terjadi dalam hidup seseorang kerabat diRaja.
Ha… sekarang tak lagi! Kami di theAsianparent akan mendedahkan 9 tradisi kerabat diRaja tersebut untuk bacaan anda.
Rupanya ada banyak benda yang perlu digalas oleh kerabat diRaja ini!
1. Beranak di rumah
Mengikut tradisi, semua bayi kerabat diRaja akan dilahirkan di rumah, dalam mana-mana tempat tinggal diRaja.
Permaisuri Elizabeth II dilahirkan di rumah peribadi keluarganya di London. Beliau juga melahirkan Putera Charles di Istana Buckingham.
Puteri Diana saja yang jadi orang pertama memecah rekod tradisi ini. Beliau melahirkan Putera William dan Putera Harry di St Mary’s.
Sama juga macam Duchess Kate. Tapi, Kate baru-baru ini mengatakan dia mungkin akan bersalin di rumah untuk anak ke-3.
2. Bapa tak boleh masuk bilik bersalin
Menurut sejarah, bakal bapa keturunan kerabat diRaja tak dibenarkan masuk ke dalam bilik bersalin.
Ketika Permaisuri ingin melahirkan Putera Charles, suaminya duduk di Istana bermain squash.
Tapi, Putera Charles antara kerabat diRaja pertama yang memecah rekod menemani Puteri Diana dalam bilik bersalin.
Sama juga seperti Putera William yang menemani Kate untuk kedua-dua anaknya.
3. Kena ada saksi dari pegawai istana
Sejak awal tahun 1900-an, pegawai kerajaan harus menjadi saksi jika bayi kerabat diRaja akan dilahirkan.
Ia untuk memastikan taraf sah dan keselamatan bayi.
Namun sekarang, tradisi itu telah dihapuskan. Pegawai kerajaan hanya perlu menyampaikan berita kelahiran ini pada pegawai lain.
4. Buat pengumuman tentang kelahiran
Mengikut tradisi, pengumuman tentang kelahiran akan ditulis dengan tangan. Tapi kini ia telah ditaip oleh doktor selepas ibu selamat bersalin.
Pengumuman itu akan dipamerkan di atas satu easel yang kemudiannya ditayang di depan Istana untuk umum.
Namun, nama bayi diRaja tersebut tidak akan ditulis.
5. Melaungkan berita gembira
Untuk penduduk yang tak boleh membaca dan menulis, berita gembira ini akan disampaikan dengan laungan dari pelaung bandar.
Jadi, pelaung ini akan menjerit untuk menyampaikan berita.
6. Memberi penghormatan pada bayi diRaja
Ada hampir 62 tembakan peluru di Tower of London dan 41 tembakan di Green Park, berhampiran Istana Buckingham untuk menghormati kelahiran bayi diRaja ini.
7. Tak boleh tahu jantina anak!
Semua jantina bayi kerabat diRaja tidak boleh diketahui oleh masyarakat semasa ibu hamil. Malah, ibu bapa kerabat diRaja pun tak tahu apa jantina anak mereka, sehinggalah dilahirkan!
8. Memilih nama dan nama keluarga
Setiap anak diRaja akan mempunyai hampir 3 hingga 4 nama. Contohnya, nama penuh Putera George adalah George Alexander Lewis.
Manakala untuk nama keluarga, bayi kerabat diRaja akan membawa nama “rumah” atau dinasti miliknya.
Contoh untuk Putera William, beliau membawa nama “Wales”. Manakala anaknya pula membawa nama “Cambridge”.
9. Dapat hadiah istimewa dan jumpa peminat
Semua bayi kerabat diRaja akan menerima hadiah istimewa dari pelbagai negara.
Pada tahun 2013, kerajaan New Zealand telah menghadiahkan Putera George selendang yang dibuat dari benang merino.
Malah, bayi ini juga dapat berjumpa antara individu terkenal seperti Presiden AS – Michelle dan Barack Obama!
Special sungguh kan? Jom kongsi rahsia tradisi bayi kerabat diRaja ini untuk bacaan ibu bapa lain.
Sumber rujukan: Yahoo!
Kredit gambar: Goodtoknow
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comteknik-besar-anak-dari-putera-william/