9 trend keibubapaan paling menarik yang anda boleh cuba tahun 2019 ini!

9 trend ibubapa yang kami sediakan ini sungguh menarik dan rugi kalau anda tak cuba sepanjang tahun 2018 ini. Jom tengok apakah trend ibubapa sekarang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah ibu bapa laman popular Pinterest telahpun mengumumkan ramalan trend ibubapa terkini untuk tahun ini? Pinterest kini mempunyai 175 juta pengguna dan adalah antara laman web terbesar yang memberi inspirasi dan idea kepada pengguna mereka.

Kami di theAsianparent enggan ketinggalan juga! Jadi di bawah kami telah menyelitkan hasil carian kepada 9 trend ibubapa paling popular dan paling menarik untuk anda cuba.

Jom tengok apakah ia!

10 trend ibubapa paling menarik untuk dicuba pada tahun 2019

#1 Selimut dengan pemberat

Trend ibubapa 2018 : Selimut dengan pemberat, Sumber gambar: Pinterest

Produk inovatif ini dikatakan boleh membantu anak tidur dengan lebih nyenyak dan menenangkan kanak-kanak yang senang terkejut ketika tidur.

Fungsinya sama seperti bantal kecil yang diisi dengan kacang hijau supaya ia lebih berat. Patutlah selimut ini telah menarik perhatian ibu dan bapa di seluruh dunia!

Jika anda ingin cuba jahit sendiri selimut ini, ikutlah tutorial ini. Tetapi ibu bapa jangan lupa ya, selimut hanya boleh digunakan untuk kanak-kanak saja dan tidak selamat untuk bayi kecil.

#2 Bilik bayi yang bertema moden

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Trend ibubapa 2018 : Bilik anak yang bertema moden, Sumber gambar: Pinterest

Ibu bapa kini tidak lagi menghias bilik anak cara lama dengan menggunakan warna merah jambu dan biru muda untuk anak lelaki atau anak perempuan.

Ibu bapa yang mengambil inspirasi dari Pinterest kini menghala ke tema yang lebih moden dan lebih suka menggunakan warna-warna lembut, warna monokrom dan pastel.

Ingin tips untuk menghiaskan bilik anak cara moden, baca di sini untuk memudahkan kerja anda menghias bilik baru mereka.

#3 Rantai teething untuk ibu dan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Trend ibubapa 2018 : Rantai teething untuk ibu, Sumber gambar: Pinterest

Cantik, mengikut fesyen terkini dan juga boleh membantu anak yang tumbuh gigi!

Rantai ini aksesori yang telah menjadi popular di pertengahan tahun 2017 dan diramalkan akan menjadi lebih popular di tahun 2018 juga. 

Jika anda ingin membuat rantai teething anda sendiri, anda bolehlah ikut tutorial senang ini.

#4 Baby shower bertema sprinkle

Trend ibubapa 2018 : Tema sprinkles kembali lagi. Sumber gambar: Pinterest

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tema sprinkles sebenarnya lama sudah ada. Tetapi kini ia telah dipopularkan semula oleh Pinterest dan sering digunakan sebagai perhiasan semasa melakukan majlis baby shower. 

Anda ingin cuba lakukan yang sama tetapi dengan cara DIY? Layari di sini untuk melihat cara Martha Stewart membuatnya!

#5 Mainan kayu

Trend ibubapa 2018 : Mainan mesra alam yang tahan lama! Sumber gambar: Pinterest

Kembali ke mainan “old school” dan “vintage” bukan hanya semata-mata ikut trend. Mainan kayu juga tahan lebih lama!

Kanak-kanak tidak hanya seronok bermain dengan mainan kayu, ia juga mesra alam dan mengurangkan penggunaan plastik.

Anda boleh beli beberapa mainan kayu di sini!

#6 Pakaian mesra alam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Trend ibubapa 2018 : Pakaian yang mesra alam. Sumber gambar: Pinterest

Kini ibu bapa lebih banyak memilih barangan dan pakaian mesra alam. Ibu bapa zaman sekarang lebih tahu tentang cara untuk mengurangkan pembaziran.

Malah ramai yang sudah bertukar kepada cloth diaper! Ibu bapa boleh mengenali jenama-jenama pakaian untuk anak yang fashion dan mesra alam di sini.

#7 Penggunaan pom-pom sebagai deco

Trend ibubapa 2018 : Pom-pom berwarna-warni untuk dijadikan deco. Sumber gambar: Pinterest

Ramai ibu bapa telah menggunakan pom-pom sebagai deco untuk bilik anak, majlis hari jadi anak, majlis baby shower dll.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perhiasan yang senang dibuat dan murah di beli di kedai-kedai seperti Kaison, maka tidak hairanlah mengapa ramai ibu bapa menggunakannya.

Berwarna-warni dan cantik, pom-pom boleh meriahkan bilik yang nampak boring.

#8 Lukisan dinding mudah tanggal

Trend ibubapa 2018 : Lukisan dinding mudah tanggal telah menarik ramai perhatian ibu bapa di tahun 2017. Sumber gambar: Pinterest

Cantik bukan? Lukisan yang tidak kekal dan boleh ditukar pada bila-bila masa – patutlah ia telah menarik perhatian ramai ibu bapa di tahun 2017. Ia pasti juga akan menjadi trend popular tahun ini.

Anda boleh membeli pelbagai pelekat dinding disini.

#9 Hack baru dan apps untuk pasangan bakal menjadi ibu bapa

Trend ibubapa 2018 : Ibu bapa dalam zaman teknologi moden semua ingin maklumat dengan cepat. Sumber gambar: Pinterest

Dengan zaman teknologi sekarang, ibu bapa lebih suka menimba ilmu tentang keibubapaan dari laman web.

Mereka akan cari cara yang paling efisien untuk melakukan sesuatu tugas dan mereka mahu jawapannya dengan cepat. Contohnya: “Apa ibu bapa perlu kaukan apabila anak demam?”

Kini semakin ramai komuniti keibubapaan di mana ibu bapa boleh berkumpul, berbincang masalah mengenai anak dan berkongsi pengalaman serta petua penting.

Selain itu, ibu bapa hari ini mempunyai app seperti theAsianparent Community yang membolehkan mereka berkongsi tips dan petua terus dari komuniti ibu bapa yang berpengalaman.

 

 

 

Sumber: Pinterest

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

Senarai Semak Bayi Baru Lahir, 10 Barang Baby Ini Wajib Dibeli Ibu Ayah Sebelum Anak Lahir

Penulis

Rosanna Chio