Perlukah Anak Ambil Kelas Tuisyen? Ini Panduan Lengkap Untuk Ibu Bapa

Penting bagi ibu bapa memahami sama ada anak memerlukan tuisyen atau lebih selesa belajar sendiri sebelum membuat keputusan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah mungkin tertanya-tanya, perlukah anak mengambil kelas tuisyen? Dengan kurikulum yang semakin mencabar dan tuntutan akademik yang tinggi, tuisyen mungkin membantu namun penting juga pertimbangkan tahap kesediaan anak.

Apa Itu Kelas Tuisyen dan Kenapa Semakin Menjadi Pilihan Ramai?

Kelas tuisyen adalah sesi pembelajaran tambahan yang dijalankan di luar waktu sekolah, sama ada secara bersemuka atau dalam talian.

Ia menjadi pilihan ramai ibu bapa yang mahu membantu anak mereka mencapai prestasi akademik yang lebih tinggi atau untuk menutup jurang dalam pemahaman subjek tertentu.

Permintaan juga meningkat disebabkan oleh:

  • Persaingan Akademik yang Tinggi: Ramai pelajar berusaha untuk mendapatkan keputusan cemerlang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.
  • Penekanan Kepada Kecemerlangan Akademik: Ibu bapa semakin memberi fokus pada pendidikan sebagai asas kejayaan.
  • Pembelajaran Terarah dan Fokus: Dalam kelas tuisyen, anak-anak dapat belajar dalam kumpulan kecil atau secara individu membolehkan mereka mendapat perhatian lebih.

Kelebihan Mengambil Kelas Tuisyen

Bagi anak yang memerlukan sokongan tambahan, kelas tambahan ini boleh membantu dengan cara:

1. Memahami Subjek yang Sukar

Tuisyen membantu anak lebih memahami subjek yang mereka rasa sukar seperti matematik atau sains.

2. Meningkatkan Keyakinan Diri

Anak-anak akan lebih yakin apabila dapat menguasai topik yang mencabar dengan bantuan tambahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Latihan Berterusan

Kelas tambahan sering menyediakan latihan tambahan yang membantu anak lebih bersedia menghadapi peperiksaan terutamanya subjek matematik dan sains yang memerlukan Latihan berulang.

4. Mudah Bertanya Soalan

Keresahan di bilik darjah semakin biasa di mana pelajar tertekan apabila ditanya oleh guru, terutama kerana bimbang diejek rakan.

Kajian mendapati 88% pengguna setuju sesi dengan tutor dalam talian membantu mengurangkan tekanan peperiksaan kerana mereka mempunyai mentor berkelayakan.

Kekurangan Kelas Tuisyen Yang Perlu Dipertimbangkan

Namun begitu, tuisyen juga mempunyai cabaran dan risiko tertentu, antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Tekanan Akademik Berlebihan: Terlalu banyak tuisyen boleh menyebabkan anak berasa terbeban dan hilang minat terhadap pembelajaran.
  • Kos Yang Tinggi: Tuisyen memerlukan pelaburan kewangan yang besar lebih-lebih lagi jika berseorangan.
  • Kurang Masa Untuk Aktiviti Sosial dan Riadah: Anak mungkin kehilangan masa berharga untuk berehat dan bersosial jika jadual belajar terlalu padat.

Faktor Untuk Menentukan Anak Perlu Mengambil Kelas Tuisyen

Tidak semua anak memerlukan tuisyen dan keputusan ini perlu dibuat berdasarkan keperluan individu anak.

Berikut adalah panduan untuk menentukan sama ada anak anda perlu tuisyen:

1. Kecenderungan Akademik Anak

Jika anak menunjukkan minat tinggi terhadap pelajaran atau memerlukan sokongan dalam subjek tertentu,  mungkin ini merupakan pelaburan terbaik ibu ayah untuk anak.

2. Prestasi Sekolah

Jika prestasi anak menurun dalam subjek tertentu, menghantar anak ke kelas tambahan boleh membantu menutup jurang pembelajaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Jenis Pembelajaran Anak

Ada anak yang belajar lebih baik dalam suasana tenang atau dengan pendekatan personal berbanding dengan belajar di dalam kelas biasa.

Memilih Tuisyen Terbaik Untuk Anak Anda

Memilih kelas tuisyen yang sesuai adalah langkah penting. Berikut adalah beberapa tips yang boleh dijadikan panduan:

  • Periksa Latar Belakang Guru: Pastikan guru berkelayakan dan mempunyai pengalaman dalam subjek yang diajar.
  • Saiz Kelas: Untuk perhatian lebih kepada anak, pilih kelas yang mempunyai bilangan pelajar kecil.
  • Lokasi dan Jadual: Pertimbangkan lokasi kelas dan waktu supaya tidak mengganggu rutin harian anak.
  • Bajet Keluarga: Sesuaikan kos dengan bajet keluarga untuk memastikan tidak terbeban.

Cara Pembelajaran Lain

Jika tuisyen bukan pilihan terbaik, terdapat beberapa alternatif lain yang boleh dipertimbangkan:

1. Belajar Sendiri dengan Bimbingan Ibu Bapa

Ibu bapa boleh meluangkan masa membantu anak mengulang kaji pelajaran di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Penggunaan Aplikasi Pembelajaran Dalam Talian

Aplikasi seperti Google Classroom, Khan Academy, dan Tutor.com menawarkan sumber pembelajaran yang berkualiti secara percuma atau kos rendah.

3. Pembelajaran Berkumpulan Bersama Rakan

Anak-anak boleh belajar bersama rakan dalam kumpulan belajar untuk membincangkan subjek yang sukar.

Tuisyen bukanlah keperluan untuk setiap anak. Keputusan untuk menghantar anak ke kelas tuisyen harus berdasarkan keperluan dan minat individu anak.

Yang paling penting, anak dapat seimbangkan antara pelajaran, rehat dan aktiviti luar supaya mereka dapat membesar dengan baik.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pendidikan Awal Kanak-Kanak Usia Bayi, Ketahui Apa Yang Perlu Anda Ajar Anak Sejak Bayi

Baca juga: Cara Belajar Anak Lelaki & Perempuan Tak Sama, Tapi Dua-Dua Boleh Berjaya Dalam Hidup

Baca juga: Trend Menghantar Anak Seawal 4 Tahun Ke Tuisyen

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah