Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 7 Bulan

Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 7 Bulan

Milestone kanak-kanak 7 bulan lebih banyak dan semuanya akan buat ibu bapa lebih excited. Jom tengok apa perkembangan bayi yang sudah masuk usia 7 bulan!

Anak sudah masuk usia 7 bulan? Nampaknya, sudah separuh daripada masa setahun anak anda itu makin membesar. Nak tahu apa milestone kanak-kanak 7 bulan? Jom semak panduan lengkap yang kami bagi ini. 

Perkembangan Fizikal
milestone kanak-kanak 7 bulan

Kredit: huffingtonpost.com

Sepanjang berusia 7 bulan, bayi anda akan mula meneroka kawasan sekelilingnya. Setiap perkembangan bayi berbeza-beza.

Ada yang sudah bijak merangkak ketika berusia 7 bulan. Ada milestone kanak-kanak 7 bulan yang mampu bergolek, menjelajah, merayap, berguling, merangkak atau menggabungkan semua gerakan di atas.

Bayi usia 7 bulan juga akan berusaha untuk merampas objek yang mereka tak boleh capai. Comel, kan? Selain itu, bayi anda juga sudah boleh menyokong berat badan mereka dengan kaki.

Jadi, mereka akan suka meloncat-loncat. Si manja anda itu juga mungkin sudah boleh duduk tanpa sokongan (kalau dia masih tak boleh pun, jangan risau!). Pasti dia akan cuba duduk ketika berbaring dengan menolak tangannya. 

Bayi berusia 7 bulan sudah semakin bijak untuk menggunakan tangan mereka! Nanti mereka akan faham apa fungsi jari ibu dan jari hantu untuk memegang objek. 

Anda pasti excited nak tengok anak memasuki milestone kanak-kanak 7 bulan ini. Kemahiran motor mereka semakin membangun. Mereka mampu memberi barang permainan dengan tangan mereka.

milestone kanak-kanak 7 bulan

Kredit: Eumom

Mereka boleh sengaja menjatuhkan permainan dan mengutipnya kembali. Mereka juga akan pandai memegang sudu dan cawan. 

Milestone kanak-kanak 7 bulan menunjukkan bayi akan bijak menepuk tangan ketika ini. Mereka akan rasa seronok menepuk-nepuk tangan mereka!

Kebanyakan bayi akan mula tumbuh gigi ketika berusia 7 bulan. Jadi ibu bapa jangan risau apabila bayi anda asyik meragam. Cuba pujuk mereka perlahan-lahan.

Beri mereka baju yang sejuk atau permainan teething untuk mereka gigit.  Biasanya, gigi di bahagian bawah yang tumbuh dulu. Tapi ada juga yang masih belum tumbuh gigi, jadi jangan risau berlebihan, okay?

Perkembangan Kognitif
milestone kanak-kanak 7 bulan

Kredit: Tales of Beauty for Ashes

Anda akan dapat melihat milestone kanak-kanak 7 bulan yang unik ini. Memori bayi anda semakin meningkat. Sekarang, dia boleh membezakan antara orang yang dia kenal dan orang yang dia tak kenal.

Dia takkan “berkenan” untuk rapat dengan orang yang dia tak kenal. Konsep objek boleh hilang juga semakin menarik perhatian mereka. 

Mereka akan sedar yang objek/individu boleh hilang dari pandangan, tapi ia tak bermaksud barang tersebut tak wujud. Sebab itu si manja anda semakin suka main ba-cak!

Oleh sebab otak mereka semakin berkembang, mereka akan semakin suka melihat objek-objek tertentu. Mereka mampu menyusun dan mengumpulkan objek simple melalui saiz dan bentuk. 

Dia juga suka akan perbuatan berulang. Sebab itu bayi usia 7 bulan tidak akan penat mendengar sesetengah lagu kanak-kanak atau irama muzik yang berulang, lebih-lebih lagi lagu yang rancak.

Oleh sebab si manja anda ini sudah tahu tentang individu dan objek, mereka akan mengamuk atau menangis jika anda mengambil barang permainan mereka.

Perkembangan Pertuturan Dan Bahasa
milestone kanak-kanak 7 bulan

Kredit: girlaboutcolumbus.com

Bayi anda akan cuba bercakap dengan anda melalui bunyi yang sengaja dia buat, gerak tangan atau kaki dan ekpresi muka. Anda akan selalu dengar dia merengek, terkekeh-kekeh ketawa dan membuat suara aneh. 

Anak anda itu juga mungkin sudah mampu menggoyangkan tangan seperti bye bye atau memberi blow kisses

Ketika berusia 7 bulan, sesetengah bayi akan mengulang sebarang bunyi yang mereka dengar. Contohnya anda akan dengar mereka “membebel” dengan bunyi seperti “ba-ba-ba” atau “da-da-da”. Tak lama lagi mungkin mereka akan sebut “mama” atau “dada”. Excited, kan!

Perkembangan Sosial Dan Emosi
milestone kanak-kanak 7 bulan

Kredit: martychiropracticandwellness.com

Salah satu kerisauan yang selalu ibu bapa rasa ketika milestone kanak-kanak 7 bulan adalah bayi anda seakan tak mahu lekang dari anda. Mereka akan menangis apabila nampak anda akan meninggalkan mereka.

Mereka juga akan semakin gelisah setiap malam apabila mereka tak dapat mencari anda. Bunyi macam melecehkan, betul tak? Tapi jangan risau. Ini cuma satu fasa yang akan berlalu juga kelak. 

Sabar, okay? Lama-lama nanti mereka akan kembali normal. Sekarang ini, mereka tengah menyesuaikan diri dengan benda yang mereka nampak. 

Kalau anda cuba nak beri mereka pada mana-mana rakan untuk didukung, mereka mungkin menolak. Jadi beri mereka masa untuk mengenali rakan anda itu. Biar mereka selesa dengan sendiri.

Kesihatan dan Nutrisi
milestone kanak-kanak 7 bulan

Kredit: verywell.com

Oleh sebab si manja anda itu sudah mula makan makanan pepejal, apa kata anda perkenalkan makanan seperti mashed fruit/vegetable pula pada mereka. Tak payah buat makanan puri lagi.

Ini supaya ia membantu bayi anda mengenali tekstur makanan yang baru dan cara-cara untuk mengunyah.

Seperti biasa, cuba perkenalkan makanan baru satu per satu. Beri mereka makanan tersebut dan tunggu reaksi balas selama beberapa hari untuk melihat alahan seperti cirit-birit, muntah, ruam atau bersin.

Dan kerana bayi anda mungkin sudah pandai mencekam, anda boleh membiarkan mereka menyuap diri sendiri dengan sudu, dan minum air dari cawan sippy cup dengan sendiri.

Mereka memang akan buat sepah, tapi anda kena bersabar. Ini sebahagian daripada proses belajar. 

Tips Berguna Untuk Ibu Bapa
milestone kanak-kanak 7 bulan

Kredit: Forks and Kisses – blogger

  • Anda boleh sediakan kusyen untuk menyokong anak yang sudah pandai duduk. 
  • Untuk menggalakkan mereka bergerak, cuba letak alat permainan jauh dari mereka. Anda akan tengok mereka berusaha nak capai permainan tersebut!
  • Untuk mengelak adegan anak menangis apabila anda ingin meninggalkan mereka, cuba rancang jadual perjalanan anda. Kata goodbye cepat-cepat, atau keluar apabila bayi sudah tidur, atau suruh pengasuh anda alihkan perhatian mereka. 
  • Apabila anak sudah banyak bergerak, sudah tiba masanya anda memastikan rumah anda childproofing. Lindungi semua plug elektrik atau objek-objek tajam. Pasang pagar di tangga.
  • Nyanyi lagu yang rancak untuk meningkatkan kemahiran memori dan mendengar mereka. 
  • Jangan lupa untuk bersembang dengan anak anda!
  • Cuba beli mainan yang ada pelbagai bentuk. Mereka sekarang sudah bijak membezakan bentuk permainan. Jadi biar mereka belajar.
  • Jangan paksa atau bantu mereka jika mereka tak dapat nak buat sebarang tugasan yang anda cuba beri. Mereka akan berdikari dan paksaan anda akan menyukarkan mereka.

Tapi anda kena ingat satu perkara. Apa yang ditulis di sini sekadar sebuah panduan lengkap. Semua bayi melalui milestone kanak-kanak 7 bulan dan perkembangan yang berbeza-beza.

Mereka akan mencapai setiap perkembangan mengikut kemampuan mereka sendiri. Malah, bayi pramatang mungkin akan sedikit lambat mencapai milestone berbanding bayi biasa.

Walaubagaimanapun, jika anda mengesyaki si manja melalui masalah tumbesaran, cuba cakap dengan doktor pakar. 

 

 

Kredit gambar: Frosted Productions

Baca juga:

Panduan Lengkap: Tumbesaran Dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 6 Bulan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner