Batuk adalah tindak balas badan untuk membersihkan tekak dan saluran pernafasan jika benda asing, mikrob, perengsa, cecair atau lendir tersekat. Walau bagaimanapun, jika masalah batuk kian serius dan berterusan, ia boleh menjadi tanda keadaan perubatan yang lebih rumit dan memerlukan ubat batuk untuk ibu mengandung sebagai rawatan.
Malah wanita mengandung lebih terdedah untuk mengalami jangkitan virus pernafasan seperti batuk terutamanya ketika musim sejuk tetapi bolehkah pengambilan ubat batuk untuk ibu mengandung?
Ada ibu yang mengalami masalah batuk berpanjangan yang menyebabkan ibu tidak tahan lagi menanggungnya.
Isi Kandungan
Pemilihan Ubat Batuk Terbaik Di Farmasi Untuk Ibu Hamil
Sesetengah teh, remedi di rumah dan produk over-the-counter (OTC) boleh membantu ibu mengawal gejala batuk namun ada sesetengah kes boleh menyebabkan bahaya dan berisiko kepada bayi.
Perlu diingatkan bahawa wanita hamil disarankan untuk tidak mengambil sebarang ubat pada usia 12 minggu kehamilan pertama.
Jadi bakal ibu disarankan berjumpa doktor atau mendapatkan pandangan ahli farmasi terlebih dahulu apabila mengalami batuk berterusan atau wujud gejala penyakit pernafasan, supaya rawatan dan ubat batuk untuk ibu mengandung yang selamat diambil dapat diberikan.
Pengambilan ubatan berikut dianggap selamat untuk wanita hamil:
1. Acetaminophen
Paracetamol yang boleh diambil dengan selamat 2 kali sehari untuk sakit tekak dan sakit kepala akibat selesema dan batuk.
2. Antihistamin
Ubat ini boleh melegakan simptom hidung berair dan gatal tekak. Antihistamin generasi pertama seperti chlorpheniramine dan cetirizine boleh diambil dalam dos yang ditetapkan bagi wanita hamil.
Manakala antihistamin jenis baru seperti fexofenadine tidak disarankan pengambilannya kerana kurang sokongan kajian untuk keberkesanan serta kesesuaiannya.
3. Decongestant
Ubat decongestant sesuai untuk melegakan batuk yang disebabkan oleh hingus yang mengalir ke belakang tekak (post-nasal drip),melegakan selsema dan hidung tersumbat.
4. Expectorant
Ubat batuk expectorant bertindak dengan meningkatkan kelembapan dalam saluran pernafasan dan memulihkan penyingkiran kahak secara semula jadi. Dengan pengambilan dos standard, ubat ini secara amnya dianggap selamat untuk digunakan semasa kehamilan.
Pastikan anda menyemak label dan elakkan ubat yang mengandungi propilena glikol yang mungkin berbahaya kepada janin.
5. Mucolytic
Jenis ubat batuk kategori ini adalah untuk batuk berkahak. Batuk yang bermula jauh dari dalam paru-paru kerana mukus (kahak) yang tebal. Ubat batuk cair kahak ini akan memutuskan jaringan mukus agar menjadi lebih longgar dan mudah untuk keluar apabila batuk.
6. Lozenge
Untuk menghilangkan kegatalan tekak yang menyebabkan batuk.
7. Antibiotik
Mungkin perlu diambil jika mengalami batuk disertai kahak berwarna kuning atau kehijauan, berdehit, demam berterusan dan sakit badan. Pengambilan antibiotik perlu mendapat preskripsi doktor agar ia bersesuaian dengan keadaan diri anda.
Banyak antibiotik dilarang ambil semasa kehamilan kerana risiko kecacatan kelahiran tinggi. Jika tidak pasti mengenai ubat batuk sesuai untuk ibu mengandung, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
Elakkan daripada mengambil sebarang ubat yang tidak dapat dipastikan keselamatan pengambilannya, okay?
8 Ubat Batuk Untuk Ibu Mengandung Terbaik Yang Selamat
Breacol
Terbaik Mudah Didapati Di Farmasi
|
Beli di Shopee |
Mucolix Syrup
Terbaik Untuk Cairkan Kahak
|
Beli di Shopee |
Himalaya Koflet Lozenges
Terbaik Jenis Lozenges
|
Beli di Shopee |
Rhinathiol Syrup
Ubat Batuk Terbaik Jenis Antihistamine
|
Beli di Shopee |
Cap Ibu Dan Anak
Ubat Batuk Herba Paling Digemari Rakyat Malaysia
|
Beli di Shopee |
African Sea Coconut Cough Mixture
Ubat Batuk Terbaik Paling Disyorkan Dalam Setiap Rumah
|
Beli di Shopee |
Herbion Cough Relief Syrup
Ubat Batuk Untuk Ibu Mengandung Terbaik Boleh Diguna Seisi Keluarga
|
Beli di Shopee |
VITAHERB Cold And Cough Syrup
Ubat Batuk Terbaik Untuk Ibu Mengandung Terbaik Dengan Sijil Halal
|
Beli di Shopee |
Breacol
Ubat Batuk Untuk Ibu Mengandung Terbaik Mudah Didapati Di Farmasi
Breacol ialah ubat batuk yang mudah dijumpai dekat farmasi, tidak memerlukan preskripsi doktor untuk beli ubat ini. Bahan aktif dalam Breacol ialah guaifenesin yang akan cairkan kahak supaya senang untuk dikeluarkan.
Ubat batuk Breacol adalah antara yang paling selamat berbanding ubat batuk lain untuk diambil waktu mengandung.
Apa yang kami suka:
- Meredakan gangguan dan keperitan kerongkong
- Mencairkan dan mengeluarkan kahak
- Melegakan batuk
Mucolix Syrup
Ubat Batuk Untuk Ibu Mengandung Terbaik Untuk Cairkan Kahak
Mucolix ialah ubat batuk berbentuk sirap dengan kandungan bromhexine yang membantu mencairkan dan memudahkan pengeluaran kahak tebal dalam saluran pernafasan. Selamat digunakan ketika hamil, tiada bukti yang mengaitkan bromhexine dengan kecatatan bayi atau risiko lain.
Apa yang kami suka:
- Melegakan batuk berkahak seperti batuk berkahak yang teruk atau berlebihan (kahak/lendir pekat yang melekat kuat di dinding tekak).
- Mudah didapati di farmasi dan sering dicadangkan oleh ahli farmasi.
Himalaya Koflet Lozenges
Ubat Batuk Untuk Ibu Mengandung Terbaik Jenis Lozenges
Lozenges merupakan sediaan berbentuk gula-gula yang mengandungi ubat berperisa manis yang berfungsi untuk memberi kelegaan dan keselesaan ke atas iritasi rongga tekak. Tiada laporan menyatakan lozenges tidak sesuai digunakan semasa mengandung atau semasa menyusukan bayi.
Himalaya Koflet Lozenges bermanfaat dalam kedua-dua jenis batuk produktif dan juga berfungsi sebagai ubat batuk kering. Tindakan antitussive periferal lozenge Koflet mengurangkan kerengsaan mukosa bronkial manakala kandungan anti-radang Koflet lozenge mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan atas, terutamanya di pharynx dan laring.
Apa yang kami suka:
- Mempunyai sifat binaan anti-alergi, antimikrob dan ketahanan imun yang memberikan kelegaan daripada batuk etiologi yang berbeza-beza
- Mudah digunakan
- Lebih berkesan berbanding lozenges jenama lain
Rhinathiol Syrup
Ubat Batuk Untuk Ibu Mengandung Terbaik Jenis Antihistamine
Ubat batuk Rhinathiol Syrup sememangnya terkenal untuk merawat masalah batuk dengan kahak. Ia berkesan untuk mencair dan menghilangkan kahak bagi melegakan saluran pernafasan pada ibu hamil yang mengalaminya dengan kesukaran untuk mengeluarkan kahak.
Rhinatiol adalah sejenis mucolytic, ejen mucoregulatory yang mana mengurangkan penghasilan lendir, mencairkannya dan mengeluarkannya sekaligus menggalakkan penyembuhan.
Apa yang kami suka:
- Bantu melegakan saluran pernafasan
- Mencairkan kahak
- Mengurangkan penghasilan lendir
- Untuk pesakit diabetik, sirap ini mengandungi sukrosa, masukkan 6g sukrosa dalam diet harian untuk dewasa, 3.5g sukrosa untuk kanak-kanak
Cap Ibu Dan Anak
Ubat Batuk Untuk Ibu Mengandung Herba Paling Digemari Rakyat Malaysia
Ubat batuk tradisional ini adalah jenis sirap yang pekat, berwarna coklat gelap dengan rasa manis dan aroma badam. Ia secara tradisionalnya digunakan untuk melegakan sakit tekak dan batuk, mengurangkan kahak dan panas badan.
Ia sememangnya satu jenis ubat batuk yang sangat popular di kalangan masyarakat kita kerana ia mempunyai ramuan yang terbaik sepanjang zaman. Ia dirumus dengan kebaikan madu dan 14 herba semula jadi.
Apa yang kami suka:
- Jenama popular dari dulu lagi
- Melegakan batuk
- Mengurangkan kahak
- Melegakan sakit tekak
- Mengurangkan suhu panas badan
- Diperakui KKM
African Sea Coconut Cough Mixture
Ubat Batuk Terbaik Untuk Ibu Mengandung Paling Disyorkan Dalam Setiap Rumah
Ubat batuk jenis herbal semula jadi ini mempunyai rasa gabungan, satu remedi batuk yang cukup berkesan berikutan pelbagai faktor seperti demam atau sakit tekak. Ia juga dapat membantu melegakan radang tekak, mencairkan kahak dan mempercepat kelegaan masalah batuk.
Apa yang kami suka:
- Ia juga selamat untuk bayi bawah 1 tahun
- Melegakan radang tekak
- Mencairkan kahak
- Mempercepat proses penyembuhan
Herbion Cough Relief Syrup
Ubat Batuk Untuk Ibu Mengandung Terbaik Boleh Diguna Seisi Keluarga
Dapat melegakan batuk dengan pantas, sirap ini mengandungi kuasa Ekstrak Daun Ivy yang mengurangkan lendir, kahak dan melegakan batuk.
Juga dapat melegakan sakit tekak dengan formula berasaskan alam semula jadi melegakan kerengsaan tekak, sering dialami akibat batuk yang berlebihan.
Apa yang kami suka:
- Formula tanpa gula iaitu campuran lanjutan tanpa gula kami dimaniskan dengan Stevia, pemanis semula jadi rendah kalori untuk rasa yang sedap.
- Sesuai untuk seisi keluarga kerana mengandungi campuran bebas alkohol dan bukan sedatif yang selamat dan berkesan untuk orang dewasa dan kanak-kanak 2 tahun ke atas.
VITAHERB Cold And Cough Syrup
Ubat Batuk Terbaik Untuk Ibu Mengandung Terbaik Dengan Sijil Halal
Digunakan secara tradisional untuk melegakan selsema, batuk, sakit tekak, kerengsaan tekak dan mengurangkan kahak sesuai untuk diambil ibu hamil. Bahkan ubat batuk ini lulus KKM dan mempunyai logo halal daripada Jakim.
Apa yang kami suka:
-
Mengendurkan kahak yang pekat.
-
Melegakan batuk yang merengsa
-
Mengurangkan keterukan batuk
-
Memudahkan pernafasan
-
Bebas alkohol / Tidak mengantuk
Perbandingan Harga Ubat Batuk Terbaik Selamat Untuk Ibu Hamil
Jenama | Kuantiti | Harga (RM) |
Breacol | 60 ml | RM9.90 |
Mucolix Syrup | 50 ml | RM4.90 |
Himalaya Koflet Lozenges | 10 biji | RM7.89 |
Rhinathiol Syrup | 125 ml | RM14.88 |
Cap Ibu Dan Anak | 75ml | RM10.50 |
African Sea Coconut Cough Mixture | 177 ml | RM9.50 |
Herbion Cough Relief Syrup | 120 ml | RM13.99 |
VITAHERB Cold And Cough Syrup | 120 ml | RM15.70 |
Punca Batuk
Pelbagai punca yang menyebabkan batuk seperti penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza, jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis), alahan, asma, tabiat merokok dan penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD).
Batuk juga terjadi disebabkan terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja, asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD), rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome), dan tekanan.
Bagi ibu hamil, batuk adalah disebabkan oleh perubahan hormon dan tahap imuniti yang rendah,
Meskipun ibu merasa penat kerana batuk, batuk ketika hamil tidak memudaratkan bayi kerana ia bukan simptom berbahaya, bahkan bayi dalam kandungan juga tidak merasakannya.
Batuk yang kuat dan berulang tidak menyebabkan pengecutan rahim atau plasenta berubah tempat, tetapi ia menimbulkan ketidakselesaan dan sakit pada otot perut.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada dijangkiti selsema atau batuk semasa hamil dan merawatnya sebaik sahaja anda mendapatnya kerana beberapa punca batuk boleh membahayakan bayi, contohnya penyakit seperti asma, bronkitis atau radang paru-paru.
Petua Legakan Batuk Secara Semula Jadi
Selain daripada mengambil ubat batuk, batuk juga boleh dihilangkan dengan sumber semula jadi. Kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan pun memang dah ada dalam dapur anda.
1. Madu asli
Tak perlu dinafikan lagi bahawa madu asli mempunyai banyak khasiatnya termasuklah melegakan batuk. Madu boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan semula jadi lain seperti perahan limau nipis dan jus lemon.
Kombinasi madu asli, perahan jus lemon dan air suam menghasilkan ramuan mujarab untuk mengurangkan batuk. Madu mampu menenangkan manakala jus lemon boleh membantu daripada berlakunya kesesakan pada rongga.
2. Air kosong
Salah satu cara semula jadi yang paling mudah adalah meminum air kosong dengan banyak. Batuk yang berlarutan mampu menyebabkan sakit tekak. Jadi, amat penting untuk anda mengekalkan kelembapan tekak dengan meminum air masak. Air masak juga mampu mencairkan kahak dan mengelakkan dehidrasi yang boleh mengundang penyakit lain.
3. Halia
Halia mempunyai pelbagai khasiatnya termasuklah membantu membuang kahak dan melegakan serta mengurangkan pedih pada tekak. Keberkesanan halia terbukti apabila dijadikan teh halia dan diminum secara panas atau suam.
Campurkan pudina segar untuk bantu menghilangkan gatal pada kerongkong. Nak membuat teh halia yang menyelerakan untuk diminum sangatlah mudah. Anda hanya perlu rendam halia dan beberapa helai daun pudina dalam segelas air panas.
Campurkan sedikit madu untuk menaikkan rasanya dan minum teh ini dua gelas sehari.
4. Asam jawa
Asam jawa tidak asing lagi dalam masakan Melayu tetapi tahukah anda asam jawa juga mempunyai khasiat yang mampu melegakan tekak anda?
Nak buat air asam jawa pun sangat senang. Anda hanya perlu campurkan dua sudu asam jawa dengan air suam dan kacau hingga sebati. Jangan lupa tapiskan air asam jawa untuk buang biji dan seratnya.
Walaupun masam, air asam jawa mampu menyamankan tekak dan menyejukkan badan. Minum dua kali sehari untuk kesan yang optimum.
5. Bawang putih
Bawang putih bukan hanya untuk menaikkan rasa dalam masakan tetapi boleh juga menghilangkan batuk. Bawang putih sebenarnya salah satu petua tradisional yang berkesan dan amat mudah. Caranya ialah membakar satu labu bawang putih di atas dapur gas selama 15 minit.
Jangan buang kulitnya dan pastikan ianya tidak terbakar sehingga hangit atau rentung. Selepas 15 minit, buangkan kulitnya dan makan begitu sahaja. Kalau tak berselera makan bawang putih, jangan risau sebab ada cara alternatif yang anda boleh lakukan.
Tumbukkan bawang putih yang dah dibakar tadi dan gaul bersama minyak zaitun atau minyak kelapa dara. Kemudian, sapukan ramuan ini pada leher sekerap mungkin.
Semoga artikel ini bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Batuk Tak Henti? Ini 7 Jenis Batuk Yang Bahaya Pada Anak-Anak!
Baca juga: Anak Kerap Batuk & Lambat Sembuh, Doktor Saran Ibu Beri Minum Air Kembang Semangkuk
Baca juga: Cara Hilangkan Batuk Bayi Dengan Cepat & Berkesan, Hanya Guna Bahan Dari Dapur!