Ubat Gigi Kanak Kanak, Sesuai Bagi Usia 3 Tahun Ke Atas - Tak Perlu Guna Ubat Gigi Tanpa Florida Lagi Ya!

Ibu ayah tahu tak yang ubat gigi perlu ditukar mengikut usia si manja? Bukan sekadar tukar berus gigi sahaja ya!

Menginjak usia 3 tahun, keperluan si manja juga turut berubah seiring usia bukan sahaja dari segi pemakanan, malah dari segi kesihatan dan produk penjagaan diri. Misalnya, untuk membantu mencegah kerosakan gigi kanak-kanak, pakar mengesyorkan agar kanak-kanak menggunakan ubat gigi fluorida (atau jumlah berukuran sebiji beras) untuk kanak-kanak berumur kurang dari 3 tahun dan jumlah ubat gigi fluorida berukuran kacang untuk kanak-kanak 3 hingga 6 tahun.

Walaupun penggunaan fluorida harus dielakkan jika boleh, ianya selamat bagi anak untuk menelan ubat gigi fluorida berukuran kacang ini. Pada usia ini, memberus gigi harus selalu menjadi usaha ibu ayah untuk mendidik anak agar pandai meludah sendiri, khususnya selepas aktiviti memberus gigi ya.

Memilih Ubat Gigi Kanak-Kanak Yang Terbaik di Pasaran

  • Fluorida

Fluorida sangat penting untuk kesihatan gigi. Pakar mengesyorkan menggunakan ubat gigi dengan fluorida untuk mengelakkan rongga dan kerosakan gigi.

Walau bagaimanapun, adalah  penting untuk memantau kanak-kanak menggunakan ubat gigi fluorida ya. Ini kerana tertelan terlalu banyak fluorida boleh menyebabkan keadaan kesihatan yang disebut fluorosis.

  • Perisa

Ramai kanak-kanak tidak menyukai rasa pudina dan menganggapnya terlalu ‘pedas’. Membeli ubat gigi untuk anak dengan berperisa buah-buahan membantu proses memberus gigi anak menjadi satu sesi yang menggembirakan. Matlamat utamanya adalah agar anak menggosok gigi dua kali sehari

  • Kandungan tidak abrasif

Walaupun ubat gigi menghilangkan noda dan kotoran dari gigi, ia juga menghilangkan enamel. Fungsi utama enamel adalah melindungi gigi dari kerosakan. Ia menutupi setiap gigi dan melindungi lapisan gigi dalam dari suhu, plak, dan asid yang melampau.

Namun, setelah enamel hancur, ia tidak boleh diganti. Doktor gigi mengesyorkan mengelakkan produk pergigian yang mengandungi bahan seperti:

  1. Silikat
  2. Aluminium oksida terhidrat
  3. Kalsium karbonat
  4. Magnesium karbonat
  5. Gel silika dehidrasi

8 Ubat Gigi Kanak-Kanak Terbaik Untuk 3 Tahun Ke Atas

Ubat Gigi Kanak-Kanak Terbaik Untuk 3 Tahun Ke Atas
Pepsodent Kids Strawberry
Ubat Gigi Kanak-kanak Khas Terbaik Untuk Gigi Susu 
Beli di Shopee
Colgate Kids 0% Artificial Toothpaste
Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Tanpa Bahan Tiruan
Beli di Shopee
Buds Children's Toothpaste with Fluoride
Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Organik 
Beli di Shopee
Darlie Bunny Kids
Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Gred Makanan
Beli di Shopee
Oral-B Frozen Kids Toothpaste
Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Tanpa Gula
Beli di Shopee
Glister Kids
Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Antikaviti
Beli di Shopee
Pigeon Children's Toothgel
Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Khas Dengan Fluroida dan Xylitol
Beli di Shopee
Sunstar Gum Kids
Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Dengan 4x Perlindungan Gigi Sihat
Beli di Shopee

Pepsodent Kids Strawberry

Ubat Gigi Kanak-kanak Khas Terbaik Untuk Gigi Susu 

Jaga kebersihan dan kesihatan gigi si kecil dengan menggunakan Pepsodent Kids Toothpaste Sweet Strawberry. Ubat gigi ini bukan sahaja mempunyai rasa enak stawberi, malah memang dirumus khas untuk melindungi dan menjaga gigi susu anak kecil anda supaya kuat dan sihat!

Apa yang kami suka?

  • Mengandungi fluorida, protein dan kalsium
  • Mencegah gigi berlubang
  • Menghilangkan plak
  • Didatangkan dengan rasa strawberi yang disukai oleh kanak-kanak
  • Selamat untuk kanak-kanak

Colgate Kids 0% Artificial Toothpaste

Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Tanpa Bahan Tiruan

 

Colgate Kids khas untuk anak 3-5 Tahun ini mempunyai 0% perisa tiruan, pengawet, pemanis dan warna! Dicipta di Amerika Syarikat, Colgate Kids Free From Toothpaste mempunyai rasa strawberi semula jadi dan mempunyai kadar flourida yang sesuai dengan usia.

Ia membantu melindungi gigi anak daripada masalah kaviti dan menguatkan enamel gigi yang lebih lembut. Rasa yang menyeronokkan akan memudahkan si manja bersemangat untuk memberus gigi, membantu kanak-kanak melangkah ke senyuman sihat!

Apa yang kami suka?

  • 0% perisa tiruan, pengawet, pemanis dan warna
  • Rasa semula jadi yang mesra kanak-kanak
  • Tahap flourida yang sesuai dengan usia
  • Membantu melindungi anak dari kaviti
  • Menguatkan gigi gigi kekal 

Buds Children’s Toothpaste with Fluoride – Peppermint

Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Organik 

Ubat Gigi Organik Buds ini bebas bahan pengawet dan diformulasikan menggunakan bahan-bahan asal semula jadi dan bahan aktif tumbuhan untuk membersihkan dan melindungi gigi kanak-kanak dengan berkesan.

Tekstur ringan, produk ini diformulasikan menggunakan kombinasi pembersih yang dihasilkan secara semula jadi, jus daun Aloe Vera dan Silica untuk membersihkan gigi dengan sangat lembut.

Jus daun Aloe Vera juga menenangkan gusi dan berfungsi secara sinergis dengan Asid Phytic yang berasal dari biji dan Xylitol yang berasal dari tumbuhan untuk memberikan pertahanan yang kuat terhadap rongga gigi.

Apa yang kami suka?

  • 100% organik
  • Bebas bahan pengawet
  • Diformulasikan menggunakan bahan semula jadi
  • Rasa semula jadi yang berasal dari buah-buahan
  • Ubat gigi yang sangat light
  • Menenangkan gusi dan berfungsi secara sinergis dengan Asid Phytic, Fluoride dan Xylitol 

Darlie Bunny Kids – Apple

Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Gred Makanan

Ubat gigi berinspirasikan watak arnab comel menjadikan sesi memberus gigi sebuah pengalaman yang menyeronokkan untuk anak-anak. Rasa epal, ubat gigi ini juga diperkaya dengan kalsium dan fluorida, menjadikan anak bernafas nyaman dan segar!

Tambahan lagi, 80% kandungan bahannya adalah dari gred makanan ya, dan boleh mengurangkan rasa tidak selesa memberus dengan tahap buih rendah.

Sememangnya pilihan yang terbaik untuk melawan kaviti dengan tahap flourida yang sesuai untuk kanak-kanak.

Apa yang kami suka?

  • Menggunakan bahan gred makanan
  • Perisa epal yang enak
  • Menguatkan gigi dengan kalsium
  • Melawan kaviti dengan fluorida
  • Mengurangkan kerengsaan dengan tahap busa yang rendah
  • Tidak ditambah gula

Oral-B Frozen Kids

Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Tanpa Gula

 

Menampilkan watak Frozen dan rasa ringan yang direka khas untuk anak-anak, ubat gigi Oral-B Kids membantu kanak-kanak lebih gemar memberus gigi. Sugar Shield melindungi daripada asid yang dihasilkan daripada gula untuk membantu mencegah rongga.

Dicipta dari kepakaran doktor gigi untuk mulut yang sihat dan gigi yang kuat dengan memberus gigi  secara kerap. Kalau anak sukakan watak Frozen, ini pasti pilihan yang tepat!

Apa yang kami suka?

  • Dihasilkan dengan kepakaran doktor gigi untuk mulut sihat dan gigi kuat 
  • Membantu mencegah rongga dan membantu ibu bapa mengajar tabiat sihat
  • Melindungi gigi dari asid dan gula dari makanan seharian
  • Rasa ringan yang direka khas untuk kanak-kanak
  • Ubat gigi fluorida – bebas gula

Glister Kids

Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Antikaviti

Ubat gigi kanak-kanak dari jenama Glister ini berfluorida anti-kaviti sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas. Dengan tekstur gel berperisa strawberi ini mendorong kanak-kanak memberus gigi, manakala formulanya membantu menguat dan melindungi gigi dengan mencegah kaviti dan melindungi enamel.

Jika anda mencari ubat gigi untuk anak yang boleh menjadikan gigi sihat dan tidak mudah rosak, cubalah Glister Kids ini!

Apa yang kami suka?

  • Dihasilkan dengan formula REMINACT
  • Menjalankan pembersihan lembut yang selamat untuk enamel
  • Mengandungi fluorida
  • Membantu mengembalikan mineral semula jadi ke dalam enamel untuk membantu menjadikan gigi lebih kuat dan lebih tahan terhadap kerosakan
  • Membersih dengan selamat dan menyeluruh
  • Membantu menguat dan melindungi gigi kanak-kanak
  • Menentang kaviti

Pigeon Children’s Toothgel

Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Khas Dengan Fluroida dan Xylitol

Uniknya, Pigeon Children’s Toothgel ini dihasilkan bersama dengan Dr Rashid Tahir, Presiden Persatuan Pergigian Pediatrik Singapura. Ia diformulasi khas dengan Fluroida dan Xylitol serta mengandungi bahan gred makanan yang selamat untuk kanak-kanak.

Jangan khuatir kerana ia mengandungi 1,000ppm fluorida seperti yang disyorkan oleh pakar pergigian, jadi selamat untuk melindungi gigi bayi berusia dari 1 tahun dan ke atas.

Apa yang kami suka?

  • Menggunakan bahan gred makanan
  • Bebas daripada pewarna dan SLS
  • Mengandungi 1,000ppm fluorida
  • Diformulasi dengan buih ringan menjadikannya mudah dibilas
  • Sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun dan ke atas

Sunstar Gum Kids

Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik Dengan 4x Perlindungan Gigi Sihat

Sunstar Gum Kids, jenama penjagaan mulut No. 1 di Jepun ini menghasilkan tiga variasi ubat gigi kanak-kanak yang berbeza. Dengan gabungan bahan unik seperti isomalt dan flourida membantu meningkatkan semula mineral gigi 4x lebih cepat untuk memberikan perlindungan tambahan menjadikan gigi kanak-kanak lebih kuat. 

Apa yang kami suka?

  • Perisa pelbagai
  • Jenama yang dipercayai
  • Melindungi gigi 4x ganda berbanding ubat gigi lain
  • Boleh pilih mengikut usia kanak-kanak
  • Mematuhi standard bahan kandungan yang dibenarkan

 

Perbandingan Harga Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik

Jenama Berat/Isipadu Harga (RM) Harga Per Gram
Pepsodent Kids Strawberry 50g   RM3.77 RM0.08
Colgate Kids 0% Artificial Toothpaste 80g RM22.78 RM0.28
Buds Children’s Toothpaste with Fluoride – Peppermint 50g RM36.30 RM0.72
Darlie Bunny Kids – Apple 40g  RM3.30 RM0.08
Oral-B Frozen Kids 92g RM8.69 RM0.09
Glister Kids 85g RM14.90 RM0.18
Pigeon Children’s Toothgel 45g RM15.42 RM 0.08
Sunstar Gum Kids 70g RM16.10 RM0.23

Oleh itu, pastikan parents membuat pilihan ubat gigi untuk anak anda yang tepat supaya dapat mencegah kerosakan gigi dan membantu melindungi gigi manja agar tumbuh dan kekal dengan sihat dan kuat. Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

Baca juga: Ketahui Jenis Pam Susu Elektrik Terbaik Untuk Menyusu Dengan Menjawab Kuiz Ini

Baca juga: Bukan Semua Produk Selamat untuk Si Kecil! Ini 6 Produk Penghalau Nyamuk Bebas DEET yang Terbaik untuk Kanak-kanak

Penulis

Noorhidayah