Kini pesakit Covid-19 kanak-kanak dan dewasa yang diklasifikasikan kategori 1 dan 2 tidak perlu dimasukkan ke hospital atau pusat kuarantin sebaliknya mereka akan diberikan arahan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah sahaja.
Jadi ibu bapa harus menjaga anak yang dijangkiti Covid-19 di rumah dan rawat simptom yang dialami oleh anak dengan ubat batuk Covid di rumah yang bersesuaian dengan umur mereka.
Sesi persekolahan dan pusat jagaan kanak-kanak sudah beroperasi seperti biasa, dan semestinya kanak-kanak akan bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Ini boleh menyebabkan berlakunya jangkitan virus Covid-19 dan juga batuk selesema biasa di kalangan kanak-kanak.
Justeru, kami nasihatkan anda untuk sentiasa mempunyai bekalan ubat yang berkaitan dengan simptom Covid-19 seperti demam (paling penting), selesema dan batuk di rumah sebagai persediaan awal.
Ini adalah supaya anda tidak panik jika anak anda tiba-tiba demam pada tengah malam dan dapat turunkan suhu badan mereka dengan segera, sebelum ke klinik.
Sebelum itu, ketahui dahulu tanda-tanda anak dijangkiti Covid-19 kerana mengetahui simptom Covid pada bayi dan anak kecil boleh membantu dengan diagnosis dan rawatan awal.
Isi Kandungan
Tanda Covid
Kebanyakan bayi dan kanak-kanak yang menghidap Covid-19 akan mengalami simptom ringan yang serupa dengan selesema atau selesema yang teruk. Ada juga yang tidak mempunyai gejala sama sekali.
Beberapa gejala yang paling biasa pada bayi dan kanak-kanak termasuk:
- Batuk
- Demam
- Sakit kepala
- Sesak nafas
- Cirit birit
- Muntah
- Kelesuan
- Hilang deria rasa/bau
Bayi yang mengalami gejala yang lebih serius biasanya terjadi dalam masa seminggu selepas gejala ringan muncul. Gejala yang teruk mungkin termasuk:
- Batuk dan selesema berterusan melebihi 7 hari
- Nafas laju atau sukar bernafas
- Kurang aktif
- Tiada selera makan/menyusu
- Sakit dada dan sakit perut
- Hujung jari tangan dan kaki menjadi sejuk
- Tanda-tanda kurang hidrasi seperti kurang kencing atau bibir kering
- Perubahan pada status mental seperti kurang tahap sedar dan kekeliruan
- Sawan
- Demam yang berterusan
- Gejala loya, muntah, atau cirit-birit yang semakin teruk atau berterusan
- Sesak nafas yang teruk yang boleh menyebabkan kanak-kanak tercungap-cungap
- Tanda oksigen rendah, seperti bibir atau lidah biru, kuku putih, atau degupan jantung yang cepat
- Ketepuan oksigen rendah sebanyak 92% atau kurang
- Kegagalan organ yang teruk
Keterukan gejala ini mungkin berkembang dengan cepat, jadi pemantauan rapi adalah sangat penting.
Apa Perlu Buat Jika Bayi Positif Covid
1) Memantau bayi
Memandangkan bayi dan kanak-kanak kecil tidak dapat menyatakan gejala mereka secara lisan, ibu bapa dan penjaga harus mencari cara lain untuk menilai kesihatan mereka, seperti mengambil suhu badan dan memantau pernafasan mereka.
2) Bila perlu berjumpa doktor
Sehingga kini, tiada ubat untuk merawat Covid-19 dan semua rawatan pada masa ini adalah untuk mengawal simptom. Bagi bayi dan kanak-kanak yang mengalami simptom ringan hingga sederhana, penyakit ini biasanya sembuh dalam masa beberapa minggu.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menghubungi doktor jika bayi mengalami sebarang gejala Covid dan doktor boleh memberi nasihat tentang gejala yang perlu dipantau.
Jika bayi sakit teruk atau doktor tidak menjawab telefon, segera pergi ke hospital. Pakai pelitup muka dan jauhkan bayi daripada pesakit lain.
10 Ubat Untuk Covid Di Rumah Yang Anda Perlu Sediakan Untuk Anak Yang Disahkan Positif
Ibu bapa perlu bersedia untuk mengawal dan merawat simptom Covid-19 yang dialami oleh anak-anak seperti demam, selesema dan batuk semasa tempoh kuarantin di rumah.
Namun demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi bayi dan anak kecil di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.
Memandangkan ubat batuk dan selsema mudah diperolehi di farmasi, kedai menjual produk kesihatan mahupun kedai-kedai runcit, ibu bapa dinasihatkan agar tidak sewenang-wenangnya memberi ubat-ubatan ini kepada bayi, terutamanya yang berusia bawah 2 tahun kerana sistem tubuh mereka amat sensitif.
Jika anda tidak pasti ubat apa yang perlu dibeli untuk anak berusia 2 tahun ke atas, jom lihat senarai ubat penting yang berkesan dan terbaik untuk kanak-kanak.
Vitaherb Cold And Cough Kids Syrup
Ubat Batuk Covid Untuk Batuk Dan Common Cold
|
Beli di Shopee |
Rhinathiol Children Dissolves and Clear Phlegm
Ubat Untuk Covid Bantu Kurangkan Dan Cairkan Kahak
|
Beli di Shopee |
Uphamol 250MG (Orange) Syrup
Ubat Untuk Covid Di Rumah Untuk Redakan Demam
|
Beli di Shopee |
Adezio Syrup
Ubat Untuk Covid Di Rumah Untuk Rawat Selesema Dan Alahan
|
Beli di Lazada |
Oral Rehydration Salt ORS plus Orange Flavoured
Ubat Untuk Covid Di Rumah Elak Dehidrasi
|
Beli di Lazada |
Smecta Orange Vanilla Powder
Ubat Untuk Covid Di Rumah Untuk Hentikan Cirit-Birit
|
Beli di Shopee |
Strepsils for Children
Ubat Untuk Covid Di Rumah Bantu Legakan Sakit Tekak
|
Beli di Lazada |
Vitaherb Berrycol Syrup Black Elderberry Extract
Ubat Untuk Covid Di Rumah Bantu Kuatkan Imuniti Badan
|
Beli di Shopee |
Beacolytic Syrup
Ubat Untuk Covid Di Rumah Untuk Batuk Berkahak
|
Beli di Shopee |
Axol Liquid Chesty Cough Thick Phlegm Syrup
Ubat Untuk Covid Di Rumah Tidak Menyebabkan Mengantuk
|
Beli di Shopee |
Vitaherb Cold And Cough Kids Syrup
Ubat Batuk Covid Untuk Batuk Dan Common Cold
Ubat batuk sirap keluaran Vitaherb ini secara asasnya sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang sedang mempunyai masalah batuk dan selesema biasa (common cold).
Selain itu, formulasi dengan ekstrak daun Ivy yang digunakan dalam ubat ini juga boleh digunakan untuk mengurangkan kahak, sakit tekak dan rasa iritasi pada tekak.
Kami berpendapat, ubat ini wajib ada di setiap rumah kerana ia boleh bantu melegakan pelbagai simptom jangkitan Covid-19.
Apa yang kami suka:
- Mempunyai rasa dan bau seperti minuman herba, serta tanpa alkohol.
- Tidak menyebabkan rasa mengantuk, jadi sesuai untuk anak-anak makan sebelum ke sekolah.
- Sesuai untuk kanak-kanak seawal 2 tahun – 12 tahun dan mempunyai sijil Halal JAKIM.
Rhinathiol Children Dissolves and Clear Phlegm
Ubat Untuk Covid Bantu Kurangkan Dan Cairkan Kahak
Ubat Rhinathiol kanak-kanak ini amat biasa di kalangan ibu bapa kerana ianya ubat yang paling mudah didapati di farmasi dan berkesan.
Datang dalam bentuk sirap berperisa raspberry dan cherry, anda perlu berikan ubat 2 kali sehari kepada anak anda mengikut dos yang disarankan.
Apabila anak mengambil ubat ini, kahak akan mula cair, dan seterusnya akan mudah untuk dikeluarkan ketika batuk.
Apa yang kami suka:
- Menggunakan formula yang tidak membuatkan anak-anak mengantuk.
- Direka khas untuk bantu kanak-kanak yang tidak pandai untuk batuk dan keluarkan kahak.
- Sesuai untuk kanak-kanak seawal 2 tahun, dan berperisa buah-buahan yang menarik untuk kanak-kanak.
Uphamol 250MG (Orange) Syrup
Ubat Untuk Covid Di Rumah Untuk Redakan Demam
Demam adalah simptom yang paling biasa dialami oleh pesakit Covid-19, jadi semestinya ubat demam wajib disimpan di setiap rumah.
Setiap 5ml sirap ini mengandungi 250mg acetaminophen (paracetamol). Ianya juga bebas daripada alkohol dan aspirin.
Ubat demam ini selamat diambil 3 hingga 4 kali sehari, mengikut dos yang ditetapkan bagi setiap peringkat umur.
Apa yang kami suka:
- Ubat ini juga berkesan untuk tahan sakit dan kurangkan rasa tidak selesa semasa gigi baru hendak tumbuh.
- Datang dengan perisa oren yang disukai oleh kanak-kanak.
- Boleh dibeli terus di kaunter farmasi, kedai atau secara atas talian tanpa preskripsi doktor.
Adezio Syrup
Ubat Untuk Covid Di Rumah Untuk Rawat Selesema Dan Alahan
Ubat Adezio ini berkesan dan selamat digunakan untuk merawat selesema dan alahan biasa yang dialami oleh kanak-kanak.
Setiap 1ml sirap mengandungi 1mg Cetirizine HCl. Ubat ini perlu diambil hanya sekali setiap hari, sebaik-baiknya pada waktu malam.
Dos bagi setiap orang adalah berbeza mengikut umur dan berat badan. Jadi, pastikan anda semak dahulu arahan pada kotak atau hubungi doktor untuk dapatkan kepastian.
Apa yang kami suka:
- Tidak mengandungi alkohol dan gula tambahan.
- Sangat sesuai untuk melegakan masalah alahan pada persekitaran dan makanan.
- Boleh diberikan kepada bayi seawal 6 bulan, atas arahan doktor.
Oral Rehydration Salt ORS plus Orange Flavoured
Ubat Untuk Covid Di Rumah Elak Dehidrasi
Cirit-birit merupakan salah satu simptom jangkitan Covid-19 yang boleh berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa. Jika tidak ditangani segera, kekurangan air dan garam dalam badan boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi.
Dengan bantuan Oral Rehydration Salts (ORS), air dan garam yang hilang daripada badan dapat diganti semula.
Cara penyediaan ORS ini amat mudah. Anda hanya perlu bancuh satu packet ORS dengan 250ml air masak yang sudah disejukkan dan beri kepada anak anda sedikit demi sedikit.
Pastikan anda mengikut dos cadangan yang sesuai dengan umur anak anda ya!
Apa yang kami suka:
- Sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak bawah 2 tahun, atas nasihat doktor.
- Berperisa oren dan rasa seakan jus oren yang pasti anak anda akan suka.
- Datang dalam paket kecil yang mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Smecta Orange Vanilla Powder
Ubat Untuk Covid Di Rumah Untuk Hentikan Cirit-Birit
Ubat Smecta ini datang dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh dengan air. Ianya selamat diberikan kepada kanak-kanak untuk menghentikan masalah cirit-birit yang mereka alami.
Bagi kanak-kanak yang berusia bawah 1 tahun, dos yang dicadangkan ialah 1 paket Smecta yang dibancuh dengan 50ml air masak, satu kali setiap hari.
Manakala bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas boleh ambil 2-3 paket Smecta yang sudah dibancuh setiap hari.
Apa yang kami suka:
- Mempunyai perisa oren dan vanila yang semestinya sesuai dengan selera kanak-kanak.
- Boleh dibancuh dengan jus oren atau dicampurkan dengan makanan yang cair (semi-liquid), jika perlu.
- Terjamin keberkesanannya untuk menghentikan cirit-birit yang teruk.
Strepsils for Children
Ubat Untuk Covid Di Rumah Bantu Legakan Sakit Tekak
Strepsils asalnya adalah penyelamat kepada masalah sakit dan perit tekak untuk orang dewasa. Kini Strepsils juga sudah mengeluarkan ubat hisap khas untuk kanak-kanak.
Strepsils untuk kanak-kanak ini datang dengan perisa strawberi dan tanpa gula, berkesan untuk melegakan sakit tekak.
Walau bagaimanapun, ubat seakan gula-gula ini hanya sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 tahun dan ke atas.
Apa yang kami suka:
- Perisa strawberi yang semestinya boleh diterima oleh kanak-kanak.
- Datang dalam pek kecil yang mudah disimpan di dalam poket atau beg sekolah.
- Juga berkesan untuk melegakan ketidakselesaan akibat jangkitan dalam mulut yang lain.
Vitaherb Berrycol Syrup Black Elderberry Extract
Ubat Untuk Covid Di Rumah Bantu Kuatkan Imuniti Badan
Digunakan secara tradisional untuk melegakan simptom jangkitan Viral termasuk hidung berair, hidung tersumbat, bersin, sakit tekak, batuk dan keletihan.
Elderberry hitam (Sambucus nigra) telah digunakan selama berabad-abad dan dikenali secara meluas sebagai sumber antioksidan yang kuat dan sifat sokongan imunnya.
Kaya dengan flavonoid, anthocyanin, polifenol, polisakarida pektik dan lektin, yang bertanggungjawab untuk keberkesanannya dalam menguruskan selsema dan selesema biasa.
Sirap Vitaherb Berrycol mengandungi Elderberi Hitam piawai Eropah yanf diekstrak menggunakan kaedah pengekstrakan air dan ultrafiltrasi yang dipatenkan untuk mengekalkan rasa asli dan memberikan manfaat kesihatan antosianin dan polifenol.
Apa yang kami suka:
- Mengurangkan simptom demam dan selesema
- Boleh digunakan seisi keluarga
- Mampu menguatkan imuniti badan
Beacolytic Syrup
Ubat Untuk Covid Di Rumah Untuk Batuk Berkahak
Jenis ubat batuk kategori ini adalah mucolytic iaitu untuk batuk berkahak, batuk yang bermula jauh dari dalam paru-paru kerana mukus (kahak) yang tebal.
Ubat ini akan memutuskan jaringan mukus agar menjadi lebih longgar dan mudah untuk keluar apabila batuk.
Apa yang kami suka:
- Melegakan tekak anak daripada kahak tebal
- Harga yang murah dan mudah didapati di farmasi
- Boleh digunakan seisi keluarga
Axol Liquid Chesty Cough Thick Phlegm Syrup
Ubat Untuk Covid Di Rumah Tidak Menyebabkan Mengantuk
Ubat ini adalah ubat gabungan yang digunakan dalam rawatan batuk dengan lendir kahak. Ia menipiskan lendir dalam hidung, kerongkong, dan paru-paru, menjadikannya lebih mudah untuk dikeluarkan.
Ia juga memberikan kelegaan daripada hidung berair, bersin, gatal-gatal, dan mata berair.
Apa yang kami suka:
- Untuk melegakan batuk dan mengurangkan kahak
- Tidak menyebabkan mengantuk
- Mempunyai perisa anggur yang semestinya sesuai dengan selera kanak-kanak.
Perbandingan Harga Ubat Untuk Covid Di Rumah
Jenama |
Harga (RM) |
Vitaherb Cold And Cough Kids Syrup |
RM12.50 |
Rhinathiol Children Dissolves and Clear Phlegm |
RM12.90 |
Uphamol 250MG (Orange) Syrup |
RM5.99 |
Adezio Syrup |
RM10.00 |
Oral Rehydration Salt ORS plus Orange Flavoured |
RM18.00 |
Smecta Orange Vanilla Powder |
RM16.90 |
Strepsils for Children |
RM12.50 |
Vitaherb Berrycol Syrup Black Elderberry Extract |
RM33.50 |
Beacolytic Elixir Cough Syrup |
RM4.00 |
Axol Liquid Chesty Cough Thick Phlegm Syrup |
RM12.00 |
Bantu Anak Kekal Ceria Semasa Menjalani Kuarantin Di Rumah
Bermain bersama adik-beradik dan kawan-kawan adalah perkara yang paling digemari kanak-kanak. Namun, jika mereka dijangkiti Covid-19 dan terpaksa melalui proses kuarantin, semestinya mereka akan berasa sedih, bosan dan tiada mood sepanjang hari.
Jadi, kami kongsikan beberapa tips untuk bantu anak anda kekal ceria semasa kuarantin di rumah.
1. Sediakan snek yang digemari
Berikan buah-buahan dan sandwich yang dipotong dengan cookie cutter bentuk beruang atau bintang sebagai snek atau semasa waktu minum petang. Jika sesuai, anda boleh selitkan beberapa biji coklat sebagai special treat untuk anak anda.
2. Galakkan anak untuk membaca
Buku adalah teman yang baik semasa menjalani kuarantin. Beli buku cerita atau komik mengikut genre yang anak anda suka. Lebih baik lagi jika anda beli buku cerita yang bersiri supaya mereka tak sabar-sabar untuk baca siri seterusnya.
3. Sediakan mainan atau aktiviti kraf
Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, mainan atau aktiviti kraf lebih menarik minat mereka. Open-ended toys seperti LEGO atau mainan berasaskan STEM kebiasaannya akan membuatkan anak anda lebih fokus bermain untuk tempoh yang lama.
4. Video call bersama keluarga dan rakan
Jika anak anda sudah pandai menggunakan telefon bimbit atau komputer riba, pastikan mereka mempunyai akses kepada internet. Ini adalah supaya mereka dapat berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan semasa dalam tempoh kuarantin untuk menghilangkan bosan dan kesunyian.
5. Menari untuk keluarkan peluh
Ramai pesakit Covid-19 yang mengadu terasa lemau sepanjang tempoh kuarantin disebabkan terpaksa terperuk seorang diri di dalam bilik untuk beberapa hari. Ajak anak anda menari ikut rentak lagu kegemarannya atau senaman ringan juga sudah memadai. Asalkan berpeluh.
Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu ayah yang menjaga anak yang positif Covid-19 di rumah. Ibu ayah juga boleh rujuk pada portal www.myhealth.gov.my untuk maklumat lebih lanjut.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pengalaman Bersalin Ibu Positif Covid-19, Dapat Tengok Bayi 2 Saat Saja, 10 Hari Dikuarantin
Baca juga: Cara Jaga Anak Yang Positif Covid Di Rumah, Ibu Pastikan Buat 11 Perkara Penting Ini
Baca juga: Jenis Aktiviti Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun, Merangsang Daya Sensori & Otak Si Manja