Kitaran Haid Tak Teratur, Sekejap Ada Sekejap Tiada, Ada Ke Ubat Untuk Merawatnya?

Salah satu masalah yang sering dihidapi wanita adalah kitaran haid tidak normal.

Apabila haid tidak muncul pada waktu yang sepatutnya, adakah ubat untuk datang haid?

Haid merupakan keadaan wanita di mana pendarahan berlaku apabila tidak berlaku ovulasi dalam rahim wanita. Ini juga merupakan salah satu petanda bagi kesuburan wanita, dan kebiasaannya akan berlaku sekali dalam sebulan selama 4-7 hari pada wanita yang mempunyai aturan haid yang normal.

sumber: helloclue

Kitaran Haid Yang Tidak Menentu

Masalah haid yang tidak teratur atau keluar tidak lancar merupakan salah satu isu yang merungsingkan sesetengah wanita. Ada yang terlewat beberapa hari, malah ada juga yang mengalami keadaan di mana haid tidak muncul selama berbulan-bulan!

Apakah antara penyebab keadaan sebegini berlaku?

Penyebab Darah Haid Tidak Muncul Atau Tidak Lancar

  1. Umur  Apabila umur meningkat, tubuh mungkin mengalami ketidakseimbangan hormon dan semasa menopaus, anda mungkin mengalami haid yang tidak teratur iaitu haid sedikit dan sekejap. Ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan hormon.
  2. Berat badan dan diet Berat badan berlebihan boleh menjejaskan haid anda, manakala kurang berat badan boleh juga menyebabkan haid anda menjadi tidak teratur kerana hormon anda tidak berfungsi dengan normal.
  3. Kehamilan  Jika anda hamil, tidak mungkin anda akan datang haid.
  4. Menyusukan anak Hormon penghasilan susu menghalang ovulasi dan menangguhkan haid anda. Ini tidak berlaku kepada semua wanita yang menyusukan anak, tetapi kebiasaannya haid akan muncul lewat, ada juga sehingga bayi mencecah 2 tahun!
  5. Kawalan kelahiran
    Ubat perancang juga boleh menyebabkan darah haid yang sedikit dan tidak lancar. Apabila badan anda tidak melepaskan telur, rahim tidak akan menghasilkan lapisan tebal. Keadaan ini menyebabkan darah haid yang sedikit dan melangkau tempoh haid. 
  6. Tekanan emosi  Stress menyebabkan badan mengubah hormon kitaran haid. Anda mungkin mengalami tempoh haid yang oendek, lewat atau darah haid yang sedikit.
  7. Gangguan pemakanan  Anoreksia nervosa dan bulimia adalah jenis gangguan pemakanan yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur. Masalah ini boleh menyebabkan berat badan kurang, yang boleh mengubah hormon yang mengawal kitaran haid anda.
  8. Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)  Sekiranya anda mengalami masalah darah haid keluar sedikit tapi lama, haid yang tidak teratur atau berhenti menstruasi, ia boleh disebabkan oleh PCOS. Lakukan pemeriksaan dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala ini.

Mercilon, Ubat Untuk Datang Haid

Salah 1 cara untuk melancarkan darah haid yang sedikit ialah dengan mengambil ubat. Ubat untuk datang haid yang boleh digunakan ialah pil perancang Mercilon (oral contraceptive pill).

Mercilon

  • Pil perancang Mercilon merupakan sejenis pil perancang gabungan (combined oral contraceptive pill). Setiap biji pil ini mengandungi sejumlah kecil 2 jenis hormon wanita, iaitu ethinyestradiol (estrogen) serta desogestrel (progesteron). Setiap pil mengandungi dos hormon yang sama, lalu pil perancang ini dipanggil pil monofasik.
  • Pil ini bertujuan untuk mencegah hamil, tetapi ada juga yang menggunakan pil Mercilon supaya haid lebih teratur, mengurangkan pendarahan serta mengurangkan senggugut. Sekiranya pil ini diambil mengikut arahan, ia amat berkesan dalam mencegah kehamilan sehingga 99%
  • Pil ini mampu mencegah kehamilan kerana dos hormon yang dimakan akan menyekat pelepasan telur dari ovari. Sekiranya tiada telur yang dilepaskan, maka anda tidak boleh hamil.
  • Selain itu, disebabkan ia merupakan cara pencegahan hamil maka ia menyebabkan lendir pada pangkal rahim menjadi lebih pekat supaya sperma lebih susah untuk masuk ke dalam rahim.

Semoga bermanfaat!

Saya tidak pasti sama ada saya haid atau keguguran!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: doctoroncall

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comhaid-berhenti-bila-berenang

Penulis

Beto Rahman