Selamat Hari Raya Aidilifitri! Masih sempat lagi untuk menyampaikan ucapan hari raya buat keluarga dan sahabat tercinta di pagi hari raya ini.
10 Ucapan Hari Raya & Pantun 2024
Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dengan rasa suka.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Tiba kita di musim perayaan, Ramai juga yang shopping sakan,
Salam lebaran daku ucapkan, Di hari raya saling bermaafan, Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Yang jauh itu Waktu, Yang dekat itu Mati, Yang besar itu Nafsu, Yang berat itu Amanah,
Yang mudah itu Berbuat Dosa, Yang panjang itu Amal Soleh, Yang indah itu Saling Memaafkan.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Katak kenyang lalu tertidur, Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur, Ku pohon keampunan dari jauh.
Satu Syawal menjelang tiba, Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa, Ampun dipinta dihari mulia, Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.
Bakar lemang sambil berdiri, Untuk juadah Aidilfitri,
Sekarang nak hantar kad raya sudah tidak relevan lagi, Ucapan Whatsapp aje penggganti diri, Maaf Zahir dan Batin.
Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi,
Whatsapp dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan tak luput di hati,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.
Tiba kita di musim perayaan, Ramai juga yang shopping sakan,
Salam lebaran daku ucapkan, Di hari raya saling bermaafan, Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Buat meriam pasang pelita, Asap keluar bunyi tak ada,
Ucapan raya maaf dipinta, Harap tiada yang mengguris jiwa.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Antara Kenangan Raya Dulu-dulu Ini, Mana Satu Yang Anda Rindu? Ini Betul Menggamit Memori!
Baca juga: Pertunjukan Seni & Perang Ketupat, Ini 11 Cara Masyarakat Luar Negara Sambut Aidilfitri
Baca juga: 10 Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri Mengikut Sunnah Nabi