Tidak Dapat Keluar Menjaja Kerepek, Nenek Terpaksa Catu Makanan Anak & Cucu Di Rumah

Ujian hidup terpaksa dilalui meskipun ia agak sukar. Tempoh PKP yang diteruskan pada kali ini telah memberikan impak yang mendalam terhadap kehidupan rakyat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan ketika ini dilihat benar-benar memberikan kesan yang teramat besar kepada kehidupan rakyat. Mana tidaknya ramai berdepan ujian hidup tidak boleh keluar mencari rezeki, bahkan ada yang sudah ‘mati akal’ apabila semua barang makanan telah habis di rumah.

Bukan sahaja mereka yang tinggal di bandar, golongan susah di kampung juga terpaksa berdepan nasib sama sehingga sampai tahap meminta bantuan dari orang lain.

Ujian hidup yang terpaksa dihadapi ketika musim pandemik 

Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: zain asri

Berdasarkan laporan oleh Sinar Harian, seorang nenek telah mengambil keputusan untuk merantau ke luar negeri dan tidur di stesen bas bagi mencari rezeki menampung keperluan harian. 

Difahamkan dia tidak tinggal seorang diri, malah bersama dengan tiga anak dan enam orang cucunya.

Siti Bidah Mahmud yang berusia 63 tahun menjual pelbagai jenis kerepek terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ‘ketua keluarga’ dan merantau ke Kuala Terengganu.

Hal ini kerana tiga orang anaknya tidak mampu untuk keluar bekerja dan perlu memberikan tumpuan sepenuhnya menjaga tiga orang cucu yang juga orang kurang upaya (OKU).

Meskipun Siti Bidah menghidapi penyakit kronik iaitu masalah jantung, kencing manis, paru-paru berair dan darah tinggi, namun dia sudah tiada jalan lain dan terpaksa menyara keluarga demi kelangsungan hidup mereka.

”Saya akan pergi dari satu kawasan ke kawasan yang lain untuk menjual kerepek. Kemudian saya tidur di stesen bas di Kuala Terengganu selepas menjaja kerepek berkenaan.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keluarga malang terpaksa berdepan ujian hidup

”Walau bagaimanapun sejak sekatan pergerakan penuh pada 1 Jun lalu, saya terpaksa pulang ke Kota Bharu bagi menunggu panggilan mendapatkan suntikan vaksinasi. Keadaan ini telah menyukarkan saya kerana telah hilang punca pendapatan dan tidak dapat keluar bekerja.” jelasnya.

Siti Bidah memiliki tujuh orang anak kesemuanya, namun tinggal bersama dengan tiga anak perempuan iaitu Rosilawati Zakari, 35, Rosmaherah, 26 dan Rosyahana, 24 serta enam cucunya (di mana tiga daripada mereka adalah OKU).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Warga emas yang juga merupakan ibu tunggal itu turut memberitahu, ketiga-tiga orang anaknya sudah berkeluarga.

Mereka juga menerima bantuan bulanan daripada bekas suami, namun masih tidak mencukupi dalam menanggung keperluan cucunya yang sedang membesar.

”Kami terpaksa makan nasi berlaukkan enam biji telur untuk 10 orang kerana tiada lauk lain. Kadang-kadang kerap juga berlaku perselisihan faham kerana akibat ketiadaan wang dan sebagainya.”

”Namun kami bukannya jenis suka meminta. Kalau ada orang bagi, barulah kami ambil. Setakat meminta tolong dari adik-beradik itu sangat biasalah.” kongsinya yang mengalami masalah luka di lutut kerana mencari lokan sejak lima tahun lalu.

Manakala anak keduanya, Rosmaheran berkata dia dan kakak terpaksa berhenti kerja kerana perlu menjaga anak-anak mereka yang mengalami masalah autisme dan hiperaktif. Mereka memerlukan pemantauan setiap masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sukar bekerja kerana perlu urus anak kurang upaya (OKU)

credit to sources

”Sebelum ini saya bekerja dan anak akan dihantar ke sekolah. Tapi sampai satu tahap, cikgu tidak mampu mengawal anak kerana dia memerlukan pemerhatian yang khusus. Keadaan sama juga berlaku kepada kakak saya sehingga menyebabkan kami mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan jaga sendiri anak-anak.”

”Jadi sekarang kami hanya bergantung pada nafkah bulanan bekas suami. Itupun masih tidak cukup untuk menyara keperluan keluarga besar ini,” luahnya.

Selain itu, Rosmaheran turut memberitahu bahawa dia tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan amat berharap ada pihak yang sudi membantu mereka sekeluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anda yang ingin menyalurkan bantuan atau sumbangan, boleh terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Siti Bidah- 0310029000503769 atau hubungi Rosmaheran menerusi talian 017-8059148.

Sudah tentunya tiada siapa yang ingin berdepan ujian hidup seperti yang dilalui keluarga ini. Kami mendoakan agar mereka tabah dan segera memperoleh bantuan daripada orang ramai.

Sumber: Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tiada Duit Untuk Beli Susu, Keluarga Ini Terpaksa Beri Anak Kecil Minum Air Rebusan Beras

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan