Nampak Macho Dalam TV, Tapi 15 Selebriti Ini Juga Pernah Ada Masalah Depresi

Walaupun mereka nampak tampan, seksi dan macho dalam kaca televisyen, namun tak siapa sangka mereka juga pernah alami masalah depresi dan kemurungan yang teruk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masyarakat umum kini makin terbuka untuk mengetahui tentang isu kemurungan. Tahukah anda, sememangnya tiada sesiapa boleh terlepas dari cengkaman isu ini. Artis terkenal turut tidak terlepas dari ujian kemurungan dan depresi yang pastinya memberi kesan dalam jangka masa yang panjang.

15 selebriti Hollywood ini tidak segan atau ragu-ragu untuk berkongsi pengalaman mereka itu yang berjuang dengan penyakit mental yang membabitkan depresi dan stres yang teruk. Sekiranya anda juga sedang berjuang melawan penyakit kemurungan ini, maka anda perlu mendapatkan sokongan, bantuan dan kaunseling bagi membantu anda.

Siapa 15 selebriti Hollywood yang alami ujian kemurungan ini? Mari kita lihat siapa mereka.

15 Selebriti Alami Ujian Kemurungan Dan Depresi

#1. Selebriti alami ujian kemurungan – Jon Hamm

Aktor tampan ini kehilangan ibu kandungnya dan kemudian bapanya ketika dia masih menuntut di sebuah Kolej di  University of Texas.

Menurutnya, dia bergelut dengan kemurungan kronik dan berada dalam keadaan yang sangat teruk. Walau bagaimanapun, dia berjaya keluar dari kemelut itu setelah menjalani beberapa sesi terapi.

#2. Selebriti alami ujian kemurungan – Chris Evans

Chris Evans merupakan pelakon hebat dalam Captain America juga memiliki hari yang buruk dalam hidupnya. Bintang filem Marvel ini telah mengalami kegelisahan dan kemurungan hingga pada awalnya menolak pelawaan untuk membintangi filem Captain America kerana takut kegagalan.

Kemudian, dia bertanya dan mengambil pandangan rakan terdekat sama ada ingin melakukan filem itu atau tidak, dan akhirnya dia bersetuju serta menjalani terapi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. James Franco

James mengalami kemurungan semasa umurnya 17 tahun dan benar-benar berada dalam keadaan yang sangat teruk hingga dirinya tidak bersosial.

Kemudian selepas 10 tahun, pada usia 27 tahun, dia mula menyedarinya meskipun kerjayanya sedang meningkat naik semasa itu, namun dia rasa terpencil dan kesepian. Apa yang dibuat bagi menghilangkan kemurungan itu adalah dengan melayari internet dan menari yang dianggap sebagai hobi baru.

#5. Jim Carrey

Pelakon dan pelawak, Jim Carrey juga tidak terkecuali dari ujian kemurungan dan depresi. Kemudian, dia beransur-ansur pulih pada tahun 2017.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Robert Pattinson

Aktor tampan, Robert Pattinson yang juga pelakon dalam filem Twilight turut mengalami kegelisahan dan kemurungan.

Namun, dia bersyukur kemurungan yang dialami tidak lama dan menasihatkan orang ramai agar menjaga kesihatan mental dengan sebaiknya.

#7. Eminem

Penari rapper, Eminem mempunyai sejarah masalah kesihatan mental dan ketagihan yang berpanjangan. Malah tekanan yang dialami itu membuatkannya mengalami kemurungan yang sangat kronik. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang dilakukan olehnya adalah dengan cara berlari atas treadmil untuk membakar kalori.

#8. The Rock

Pada awal tahun 2018, bekas bintang WWE ini membuka sejarah tentang kemurungan yang dialami keluarganya sendiri hingga membuatnya berjuang melawan masalah ini.

Meskipun berjaya dalam hidup namun kelurganya masih mengalami hari-hari yang membabitkan stres dan depresi.

#10. Owen Wilson

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Owen Wilson pernah cuba membunuh diri pada 2007 hingga ramai peminatnya tertanya-tanya mengapa dia bertindak sedemikian.

Walau bagaimanapun, Wilson tidak mahu mengulas lanjut tentang masalah kesihatan dan depresi yang dialami sekiranya ada wartawan yang bertanyakan hal itu. Malah ia adalah hal personal yang tak perlu diperbesarkan.

#11. Hugh Laurie

Hugh Laurie memberitahu The Evening Standard tentang kemurungan yang dialami hingga menjejaskan hubungan keluarga dan sahabatnya. Malah dia merasakan sengsara dan memerap diri bersendirian.

Walaubagaimanapun, Hugh berkata dia mempunyai cara tersendiri untuk pulih dari dilemma yang sangat teruk itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#12. Brad Pitt

Meskipun Brad Pitt pelakon lelaki terkacak, namun dia juga pernah mengalami kemurungan dan memberitahu The Hollywood Reporter pada tahun 2012 bahawa kemurungan yang dialami itu semasa dia berada di puncak kejayaannya.

Sebenarnya Brad Pitt sangat sakit dan sering menyembunyikan masalah itu. Semasa mengalami ujian kemurungan itu, Brad Pitt banyak merokok hingga tidak menghiraukan kesihatannya.

Namun akhirnya dia tersedar semasa melawati Casablanca apabila melihat kehidupan insan lain yang dalam kemiskinan dan melakukan banyak kerja amal bagi membantu mereka yang susah. 

#13. Ryan Reynolds

Ryan menceritakan masalah yang dialami itu pada The New York Times di mana dia juga tidak terkecuali mengalami kebimbangan dan kecelaruan yang teruk.

#14. Prince Harry

Putera Harry kehilangan ibunda tercinta sejak dari kecil lagi, hingga dia bergelut dengan masalah kemurungan namun akhirnya dipulihkan melalui terapi.

Menurut Prince Harry, dia kehilangan ibu pada umur 12 tahun dan mengalami masalah emosi selama 20 tahun hingga memberi kesan yang agak serius.

Oleh sebab itu, dia menubuhkan pertubuhan penyakit mental yang diasaskan bersama abangnya, Putera William pada tahun 2016 yang dipanggil Heads Together.

#15. Brandon Marshall 

Brandon Marshall yang merupakan seorang pemain kriket turut mengalami kemurungan dan menghadiri sesi terapi di hospital bagi merawat masalah kesihatan mental yang dialami.

Kemudiannya, dia mencipta sebuah organisasi yang dipanggil Projek 375 dan bekerjasama dengan Bring Change 2 Mind.

Doktor memberitahunya, kesihatan mental meliputi rasa sakit yang berpanjangan, selalu bersembunyi dengan perasaan dan menyimpan depresi itu seorang diri. 

Semoga kita sama-sama tangani tekanan dengan cara yang terbaik. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Menshealth

Baca juga 

https://my.theasianparent.comdepresi-setelah-melahirkan