Bahaya Bermain Ulat Bulu, Boleh Alami Alergi Sampai Mata Bengkak & Kemerahan

Ulat bulu amat berbahaya kepada anak yang masih kecil. Jika kulit tersentuh dengannya, ia boleh menyebabkan rasa gatal dan masalah bengkak agak serius

Sebagai kanak-kanak memang menjadi lumrah mereka untuk suka bermain dengan penuh riang dan gembira tanpa memikirkan apakah risiko yang boleh berlaku. Seperti kanak-kanak perempuan ini yang mengalami alergi ulat bulu selepas menyentuh beluncas tersebut ketika bermain.

Lantas dengan itu, ibunya memberi peringatan kepada ibu bapa yang lain agar sentiasa memantau setiap aktiviti dan permainan anak agar tidak mengalami kejadian mengerikan seperti yang berlaku kepada anak perempuannya yang berumur empat tahun ini.

Baca juga: Anak Anda Suka Pokok & Binatang? Mungkin Mereka Ini Jenis ”Naturalistic Learner”!

Alergi ulat bulu dalam kalangan anak kecil

Susulan perkongsiannya di Facebook, wanita tersebut berkongsi wajah dan mata anaknya yang bengkak setelah memegang ulat bulu itu.

Dia menulis: “Saya selalu mendorong anak saya untuk menyentuh dan menikmati setiap alam semesta namun tidak sangka ulat sekecil ini telah menyebabkan reaksi alergi yang menakutkan,” katanya.

“Walaubagaimanapun, saya tidak menyangka bahawa anak perempuan saya begitu teruja dengan ulat bulu tersebut sampai menyentuhnya berulang kali,” katanya lagi.

Kemudian dia turut memberitahu, wajah dan bibir puterinya itu mula membengkak tidak lama kemudian selepas memegang ulat bulu itu dan ia memang menakutkannya sebagai ibu yang melihat.

Selepas bimbang perkara buruk terjadi, ibu ini pantas memanggil ambulans lalu anaknya diberikan suntiikan sebelum dikejarkan ke hospital.

Semasa dalam perjalanan ke hospital, pembengkakan di wajahnya bertambah buruk sehingga pihak hospital terpaksa memberikan steroid untuk beberapa hari tatkala di tahan di wad hospital.

Menurut doktor, gadis kecil ini mungkin telah bersentuhan dengan ulat yang baru menetas dan rambut serangga itu mengandungi thaumetopoein iaitu bahan yang boleh merengsakan kulit, saluran pernafasan dan mata manusia.

Selepas kejadian itu, Suruhanjaya Perhutanan memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mendekati pepijat dan sebaliknya segera melaporkan ke bahagian yang sepatutnya untuk menghapuskan ulat beracun ini.

5 jenis ulat bulu dengan racun berbahaya

#1. Ulat Sutera Raksasa (Lonomia obliqua)

Ia berasal dari Amerika Selatan dan berbentuk larva dan dianggap sebagai salah satu ulat paling berbahaya di dunia. Bahkan, ulat ini dipercayai telah membunuh ratusan orang dan menyebabkan sejumlah masalah bagi individu yang pernah menyentuhnya.

Ini kerana, racun dari ulat ini boleh memicu kepada keadaan seperti muntah, sakit perut dan kerosakan ginjal jika tidak dirawat dengan baik.

#2. Ulat Puss (Megalopyge opercularis)

credit to sources

Ulat bulu jenis ini sangat beracun hingga boleh menyebabkan sakit kepala, bengkak, mual, kulit melepuh, sukar bernafas dan lain-lain.

Namun, ia biasanya ditemui di Virginia, Amerika Syarikat.

#3. Ulat Bag Shelter (Ochrogaster lunifer)

Ini merupakan sejenis ulat yang tubuhnya ditumbuhi dengan rambut. Malah, ia adalah sejenis beluncas yang berbahaya dan patut dijauhi jika bertemu dengannya.

Ulat bag shelter ini sangat aktif bila tibanya waktu malam dan sangat menyukai pepohon beefwood (Grevillea striata) iaitu sejenis tanaman yang berasal dari daratan Australia Barat.

Ulat ini biasanya bergerak dan duduk secara berkelompok sehingga jelas kelihatan seperti gumpalan rambut manusia yang menempel di atas pohon.

#4. Ulat Saddleback (Acharia stimulea)

Ulat ini ditumbuhi duri yang tajam dan keras, di situlah ia menyimpan racunnya.

Perilaku saddleback ini sangat agresif kerana jika terasa dirinya terancam ia akan menyengat durinya dan menyuntik racunnya itu. Jadi hati-hati ya!

Sengatannya akan menyebabkan bengkak di bahagian tubuh dan mual dalam beberapa hari.

#5. Ular Hag (Phobetron pithecium)

Ulat berbentuk yang sangat aneh dan tubuhnya sering ditutupi dengan rambut coklat yang pendek dan badannya melebar serta sebahagian tubuhnya berbulu memanjang.

Rambut yang tebal itu memiliki kemampuan untuk menyuntik racun ke dalam tubuh manusia dan ia sungguh menyakitkan jika terkena.

*************

Justeru, kami berharap anak perempuannya itu segera sembuh dan dapat bermain seperti selalu. Apapun jadikan kisah ini sebagai pengajaran yang berguna kepada ibu bapa lain di luar sana. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: The Sun, Mongabay

Baca juga: Bahaya Telur Jika Diberi Setiap Hari Pada Anak, Jangan Berlengah Jika Muncul Ruam Merah Ini