Ulser mulut bayi adalah perkara yang akan membuatkan mereka merengek sepanjang hari, bahkan di malam hari juga mereka tidak akan boleh tidur dengan selesa. Nak minum susu pun susah, inikan lagi untuk lena. Kasihan, mereka sakit tetapi tidak tahu cara untuk memberitahu ibu ayah. Jadi, menangis dan merengek sahajalah jawabnya.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Ulser mulut bayi akibat penyakit HFMD
- Tips merawat ulser mulut bayi mengikut saranan pakar
Ulser mulut bayi akibat penyakit HFMD
Ibu ayah perlu tahu bahawa penyakit HFMD (Hand Foot Mouth Disease) ini adalah penyakit yang disebabkan oleh Enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan juga Enterovirus 71 (ev71).
Cara virus ini merebak adalah secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis pesakit.
Kebiasaannya, jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti dengan ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut, dan lidah. Jangkitan EV71 ini juga boleh menyebabkan komplikasi yang begitu teruk seperti:
- Encephalitis.
- Pulmonary Edema.
- Myocarditis.
Ia lazimnya berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun.
HFMD juga dikatakan cepat menular dalam kalangan kanak-kanak dan boleh menjangkiti semua golongan umur, namun lebih berisiko kepada anak berumur enam tahun ke bawah.
Jika si manja anda disahkan HFMD, tempoh kuarantin hendaklah dilakukan antara tingga lima hari. Ibu juga perlu mengasingkan mereka dari adik-beradik atau kanak-kanak yang lain.
Tips merawat ulser mulut bayi mengikut saranan pakar
Seorang Pegawai Pergigian iaitu Dr. Iqbal Rosali telah berkongsi langkah-langkah yang boleh ibu ayah lakukan jika ulser mulut bayi terjadi akibat HFMD. Antaranya adalah:
- Memastikan anak-anak cukup pengambilan makanan dan juga minuman.
- Menggunakan ubat tahan sakit dengan nasihat doktor. Boleh juga dapatkan ubat sapuan seperti bonjela untuk memberikan kelegaan sementara. Jikalau sakit tidak berkurangan, sila dapatkan nasihat doktor dalam kadar segera.
- Jika anak-anak sudah pandai untuk berkumur dan meludah, boleh beri mereka ubat kumur (Listerine/Colgate Plax). Atau, boleh juga guna air garam suam. Minta mereka berkumur dalam 30 saat dan pastikan untuk meludah kembali. Elakkan tertelan sebab nanti lagi bertambah pedih.
- Beri anak-anak minuman sejuk kegemaran mereka untuk ditelan, kurang sikit rasa sakit. Aiskrim lebih baik.
- Pantau tanda-tanda dehidrasi anak-anak, seperti bibir kering, lemah, dan pucat.
- Pantau ulser dalam mulut sama ada semakin berkurangan, sembuh, atau bertambah ulser baharu.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Buat Masa Ini Elakkan Bawa Anak Bawah 12 Tahun Ke Tempat Awam, Elak Jangkitan HFMD
Baca juga: Anak Tak Nak Makan & Susu Sebab Kena HFMD, Ibu Boleh Bagi 10 Jenis Makanan Ini!
Baca juga: Kes HFMD Makin Meningkat, Ibu Ayah Dinasihat Amalkan 8 Perkara Ini Untuk Elak Jangkitan!