Ulser Mulut: Cara Hilangkan Ulser Di Bibir Dengan 7 Petua Berkesan, Cubalah

lead image

Ulser mulut menyebabkan rasa tidak selesa, pedih dan sakit tak tertanggung rasanya. Doktor ini kongsi cara rawat dengan betul

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ulser mulut atau mata ikan boleh jadi amat menyakitkan terutamanya jika ia berlaku pada kawasan yang terdedah dengan makanan atau gigi. Selalunya ia terjadi disebabkan tergigit dalam bahagian pipi secara tidak sengaja dan tidak menjaga kebersihan gigi.

Keadaan Ulser Mulut

Ulser mulut, walaupun kecil, boleh buat kita rasa macam dunia nak runtuh bila makan atau bercakap! Ia biasanya muncul sebagai tompok putih atau kekuningan dengan tepi merah menyala di dalam mulut contohnya di bibir, lidah, gusi atau bahagian dalam pipi. Kebanyakan ulser mulut bukanlah serius, tapi rasa perit. 

Perbezaan Ulser Mulut Dan Kudis Herpes

Ramai yang keliru antara ulser mulut dan kudis herpes (cold sores) kerana kedua-duanya boleh menyebabkan kesakitan di kawasan mulut. Tapi sebenarnya, dua-dua ni berbeza dari banyak aspek.

Ulser mulut, atau dikenali juga sebagai canker sores, biasanya berpunca daripada faktor seperti stres, kekurangan vitamin (terutamanya B12 dan zat besi), atau kecederaan kecil dalam mulut contohnya tergigit lidah atau bibir secara tak sengaja.

Ia muncul di dalam mulut, termasuk di bahagian bibir, gusi, lidah, atau pipi dalam. Bentuknya ialah tompok kecil berwarna putih atau kekuningan dengan lingkaran merah di sekeliling, dan ia tidak berair serta tidak berjangkit. Sakitnya pula memang terasa setiap kali makan atau minum, boleh buat kita rasa nak menangis!

Berbeza pula dengan kudis herpes, ia disebabkan oleh jangkitan virus herpes simplex jenis 1 (HSV-1), dan sangat mudah berjangkit. Kudis ini biasanya muncul di luar mulut, terutamanya di sekitar bibir.

Ia bermula sebagai rasa kebas atau gatal, kemudian muncul lepuh kecil berisi air yang boleh pecah dan menjadi kudis. Selain menyebabkan kesakitan, ia juga membawa risiko jangkitan kepada orang lain melalui sentuhan langsung atau perkongsian barang seperti sudu dan lip balm.

Jadi, penting untuk tahu perbezaan antara keduanya supaya kita dapat merawat dengan betul dan elak daripada menyebarkan jangkitan (kalau herpes).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara Hilangkan Ulser Di Bibir

Letih tahan sakit bila makan pedas atau minum air suam pun rasa menyucuk? Jangan risau! Berikut beberapa cara berkesan untuk rawat ulser mulut yang sering muncul bibir:

1.Air Garam

Anda boleh letak garam dengan membilas mulut dengan air garam mampu menjadi salah satu cara semula jadi dalam merawat masalah ini, walaupun menyakitkan, ia dapat membantu mengeringkan ulser mulut.

2.Soda Penaik

Anda juga boleh gunakan soda penaik yang dapat mengembalikan keseimbangan pH dan mengurangkan masalah keradangan, yang dapat menyembuhkan mata ikan. Caranya, larutkan 1 sudu teh baking soda dalam 1/2 cawan air. Kumur larutan ini selama 15 sehingga 30 saat, kemudian buangkannya.

3.Madu

Madu terkenal dengan elemen antibakteria dan antiradang. Menurut kajian, madu berkesan untuk mengurangkan sakit, mengecilkan, dan meredakan kemerahan ulser. Hanya sapukan madu pada tempat yang sakit sebanyak empat kali sehari.

4.Minyak Kelapa

Minyak kelapa boleh melegakan kerana mempunyai kemampuan antimikroba. Ia boleh menyembuhkan ulser yang disebabkan oleh bakteria dan mencegahnya daripada merebak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5.Suplemen Vitamin B Kompleks

Kebarangkalian untuk mendapat ulser mungkin lebih kerap berlaku sekiranya anda mempunyai diet rendah vitamin B-12.

6.Minum banyak air kosong

8 gelas air atau lebih setiap hari diperlukan dalam proses penyembuhan mata ikan. Selain itu, elakkan minum kopi dan air bersoda, kerana ia dapat merengsakan lagi dan menghalang proses penyembuhan yang betul.

7. Ubat Farmasi

Beberapa produk yang boleh anda dapatkan di farmasi tanpa preskripsi seperti bonjela – Gel penenang untuk ulser. Mudah sapu dan cepat melegakan. Selain itu, Oral Aid – Mengandungi antiseptik dan bahan kebas untuk redakan sakit. Difflam Spray – Semburan yang boleh bantu kurangkan keradangan dan sakit. Kenalog in Orabase – Krim yang mengurangkan keradangan dan bantu proses pemulihan.

Walau bagaimanapun, usah bimbang kerana ulser kebiasaannya tidak akan menyebabkan kesakitan yang berpanjangan. Sebilangan besar ulser mulut akan sembuh secara sendiri dalam masa beberapa hari atau minggu, bergantung pada saiz dan tahap keparahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Rawat Kayap Ular Secepat Mungkin, Elak Komplikasi Lebih Teruk

Baca juga: Risaunya Bila Bayi Sawan Tangis, Ibu Cuba 5 Petua Ini Bantu Si Manja Lebih Tenang

Baca juga: Titisan Air Liur Atau Hingus Melalui Batuk, Bersin Punca Batuk Kokol Merebak Cepat

Penulis

Noorhidayah