TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Titisan Air Liur Atau Hingus Melalui Batuk, Bersin Punca Batuk Kokol Merebak Cepat

3 min bacaan
Titisan Air Liur Atau Hingus Melalui Batuk, Bersin Punca Batuk Kokol Merebak Cepat

Punca batuk yang teruk dan berpanjangan merupakan salah satu tanda dijangkiti batuk kokol disebabkan serangan bakteria (Bordotella Pertussis)

Batuk dan bersin dengan tidak menutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan menjadi punca batuk kokol terjadi. Ia merebak disebabkan jangkitan daripada udara yang dipenuhi dengan titisan air liur atau hingus daripada orang yang bergejala.

Jangan ambil mudah tentang wabak yang mudah berjangkit ini kerana jika dibiarkan berlarutan boleh membawa maut seperti kes kematian yang berlaku di Sabah baru-baru ini. Juga menjadi punca batuk kokol meningkat 986 peratus.

Menurut Dr Samhan, batuk kokol adalah sejenis wabak yang dikira sebagai penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit, melalui hidung dan kerongkong.

“Dalam kebanyakan kes, ia sama dengan batuk yang teruk diikuti dengan bunyi nyaring ketika menarik nafas, berbunyi seperti “whoop”.

Ia mudah merebak tetapi vaksin seperti DTaP dan Tdap boleh membantu menghalang batuk ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa”.

WABAK BATUK KOKOL BOLEH RAGUT NYAWA? Selain strok haba, wabak batuk kokol semakin menular di kalangan masyarakat musim ini. Baru-baru ini juga keluar berita yang mengatakan kes batuk kokol di Sabah telah meningkat 986 peratus! Thread tentang Batuk kokol ! pic.twitter.com/6v1nyXLEnN

— Dr Samhan (@DoktorSamhan) May 2, 2023

Punca batuk kokol

Jelasnya, batuk kokol atau pertussis berlaku adalah disebabkan oleh bakteria. Ia boleh merebak melalui sentuhan dari individu yang dijangkiti bakteria atau terkena tempias titisan air yang dipenuhi kuman halus yang disemburkan ke dalam paru-paru dari individu yang bergejala batuk atau selesema.

punca batuk

Simptom 

Berikut adalah merupakan simptom batuk kokol:

  • Hidung berair
  • Hidung tersumbat dengan mukus
  • Mata merah dan berair
  • Demam
  • Batuk

“Selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi teruk. Batuk yang teruk dan berpanjangan akan merangsang untuk muntah, menyebabkan muka menjadi merah atau biru, menyebabkan kepenatan melampau dan berakhir dengan bunyi “whoop” bernada tinggi ketika bernafas”, kata Dr Samhan.

Makan dalam kuantiti sedikit ketika batuk elak muntah

punca batuk

Oleh sebab itu, Dr. Samhan berpesan bahawa gaya hidup dan rawatan sampingan membantu untuk mencegah penyakit batuk kokol.

Antaranya ialah:

  1. Minum air secukupnya. air , jus dan sup adalah disarankan.
  2. Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit, dapat membantu anda mengelakkan muntah selepas batuk
  3. Bersihkan udara adalah perlu untuk menghapuskan bahan penggalak kepada batuk anda seperti tembakau, asap dan kepulan daripada tempat pembakaran.
  4. Tutup mulut ketika batuk dan cuci tangan selalu untuk menghalang jangkitan daripada merebak.

Beliau turut menyimpulkan bahawa vaksin batuk yang diterima ketika kanak-kanak sudah tidak berkesan dan anak belum menerima vaksin sekurang-kurangnya tiga kali suntikan boleh meningkatkan risiko terkena batuk kokol sebelum mengakhiri perkongsian.

Semoga bermanfaat.

Twitter: Doktor Samhan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kenali 7 Ciri-Ciri Batuk Yang Berbahaya Pada Bayi, Ibu Sila Pantau Elak Gejala Bertambah Teruk!

Baca juga: Ibu Ayah Peka Kesihatan Anak, Batuk Kokol Boleh Berjangkit & Mengakibatkan Kematian!

Baca juga: Bila Anak Batuk Elakkan Beri 5 Jenis Makanan Ini, Boleh Buat Jadi Lebih Berkahak & Batuk Lambat Pulih

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Titisan Air Liur Atau Hingus Melalui Batuk, Bersin Punca Batuk Kokol Merebak Cepat
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham