Bila Waktu Sesuai Umum Kehamilan Selepas Merasai Tanda2 Hamil? Ibu Ayah Baru Jangan Terburu-Buru Ya!

Tanda2 hamil muda yang dirasai membuatkan ramai ibu berasa teruja. Namun anda dinasihatkan untuk merahsiakan kehamilan pada peringkat awal

Apabila alat ujian kehamilan menunjukkan tanda dua garis, kebanyakan ibu mula merasai tanda2 hamil seperti loya, muntah dan pening kepala.

Meskipun begitu pastinya anda berasa amat teruja untuk memberitahu seluruh dunia tentang kehamilan itu. Tapi ada sesetengah orang tidak menggalakkan pengumuman berita pada awal kehamilan kerana risau akan risiko keguguran.

Tanda2 hamil yang dialami ramai wanita

Ramai ibu ayah menunggu sehingga akhir trimester pertama atau sekitar minggu ke-13 untuk memberitahu rakan dan keluarga mengenai kehamilan mereka. 

Beberapa faktor mempengaruhi mengapa orang menunggu sehingga masa ini untuk berkongsi berita. Ia termasuklah kerana khuatir kandungan tidak menjadi dan memastikan kesihatan ibu serta janin dalam keadaan baik.

Ada beberapa tanda2 hamil yang sering dialami oleh wanita hamil iaitu:

#1. Tidak datang haid

Antara tanda2 hamil yang paling ketara untuk anda kenal pasti ialah tidak datang haid. Namun begitu, tidak semua kes tidak datang atau lambat datang haid adalah disebabkan oleh kehamilan.

Ia mungkin terjadi disebabkan perubahan hormon, kenaikan berat badan, keletihan atau tekanan. Namuna da juga kes yang dia masih datang haid walaupun hamil tetapi majoritinya memang akan terhenti haidnya. 

#2. Sering keletihan

Tanda awal kehamilan yang seterusnya adalah anda cenderung berasa letih sepanjang hari.

Hormon progesteron bukan sahaja menyebabkan payudara menjadi sakit malahan juga mengakibatkan keletihan ketika trimester yang pertama. Keletihan biasanya akan berlaku satu minggu selepas wanita itu hamil.

Pastikan anda makan makanan yang kaya dengan protein dan zat besi untuk terus kekal bertenaga sepanjang kehamilan. 

#3. Perubahan selera makan

Tanda awal kehamilan biasanya membuatkan anda mengidam sesuatu yang pelik atau boleh juga jadi kurang selera makan.

Justeru bagi memastikan kandungan sihat dan tidak mengalami sebarang masalah anda perlu mengambil makanan atau vitamin tambahan untuk memastikan badan ibu dan bayi mendapat nutrisi yang secukupnya.

#4. Muntah-muntah

Muntah-muntah juga antara tanda2 awal kehamilan yang kerap berlaku pada kebanyakan ibu terutamanya pada waktu pagi.

Namun ada juga mengalaminya menjelang petang dan malam.

Punca sebenarnya masih tidak dapat dikenalpasti namun begitu ia sangat berkait rapat dengan perubahan hormon kehamilan.

Pastikan anda makan makanan yang kaya dengan protein ketika kehamilan. Kebiasaanya gejala ini akan hilang dengan sendirinya ketika kehamilan mula mencecah 12 hingga 16 minggu.

#5. Kekejangan dan pendarahan

Tanda2 awal kehamilan yang seterusnya adalah kekejangan dan pendarahan. 

Biasanya ia berlaku sebelum waktu anda datang bulan. Ini merupakan petanda persenyawaan telur anda dengan sperma telah berlaku dan mula melekat pada dinding rahim.

Selain pendarahan, lelehan berwarna putih atau lendir coklat di awal kehamilan juga mungkin akan keluar daripada vagina anda. Lelehan yang tidak berbahaya ini mungkin akan terus keluar ketika kehamilan dan tidak memerlukan sebarang rawatan.

Namun jika lelehan tersebut berbau busuk dan menyebabkan rasa sakit dan gatal, segera berhubung dengan doktor untuk memeriksa sama ada anda mendapat jangkitan yis atau bakteria.

Perut berdenyut awal kehamilan, ari ari berdenyut serta sakit pinggang adalah tanda awal hamil yang biasa juga berlaku kepada wanita hamil. 

Risiko keguguran selepas tanda awal hamil

Sebenarnya, sebab utama kehamilan dirahsiakan khususnya pada awal kehamilan adalah disebabkan risiko keguguran yang tinggi boleh berlaku.

Bukanlah kita mahu atau anggap ia berlaku, tetapi ia lebih kepada pengurusan emosi ibu yang mungkin lebih tertekan sekiranya keguguran terjadi.

Ia sebenarnya lebih kepada mahu melepasi tempoh selamat kehamilan.

Tanda-tanda orang hamil pada trimester pertama merupakan masa perkembangan dan perubahan yang besar untuk ibu dan bayi, tetapi terdapat beberapa risiko bahawa kehamilan mungkin tidak bertahan lama.

Sekiranya bayi mempunyai degupan jantung pada usia tujuh minggu, risiko keguguran turun hingga 10 peratus. Selepas minggu ke 12, risiko keguguran jatuh kepada lima peratus untuk sepanjang kehamilan.

10-25 peratus kehamilan berakhir dengan keguguran dan 80 peratus daripadanya berlaku pada trimester pertama.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan keguguran selepas ibu mengalami tanda-tanda orang hamil.

Namun 50 peratus daripadanya adalah disebabkan kelainan kromosom, dan bukannya disebabkan penjagaan awal kehamilan yang tidak baik oleh ibu.

Beberapa sebab keguguran pada awal kehamilan termasuklah:

  • Ibu ada penyakit
  • Gejala orang hamil disertai dengan ketidakseimbangan hormon
  • Kecacatan fasa luteal (masalah dengan kitaran bulanan wanita)
  • Gejala orang hamil disertai dengan masalah adhesi (tisu seperti parut) pada uterus

Selain itu, faktor lain yang mempengaruhi keguguran adalah faktor usia. Berikut adalah risiko keguguran mengikut umur:

  • 35 tahun ke bawah: 15 peratus
  • 35-45 tahun: 20 peratus -35 peratus
  • 45 tahun ke atas: 50 peratus

Kebanyakan wanita tidak sanggup beritahu berita sedih tentang keguguran sedangkan baru sahaja mengumumkan kehamilan.

Rahsiakan dahulu kehamilan setelah merasai gejala hamil muda

Bagi wanita yang mengalami kesukaran untuk hamil, pernah gugur atau alami kelahiran mati, anda disaran untuk merahsiakan kehamilan terlebih dahulu.

Tetapi bagi kes seperti ini, berkongsi berita gembira setelah gejala hamil muda ada kebaikannya bagi menjaga kehamilan.

Berikut merupakan beberapa kelebihan merahsiakan kehamilan setelah mengalami beberapa gejala hamil muda. Antaranya termasuklah:

  • Risiko keguguran biasanya menurun selepas trimester pertama dan setelah tanda-tanda awal kehamilan lebih pasti
  • Ibu lebih lega selepas membuat scan perut, mendengar denyutan jantung si manja, atau mencapai setelah melalui peringkat kehamilan tertentu.
  • Bebas bertanya soalan di platform tertentu kerana masih kekal anonymous.

Jika ibu masih tidak selesa berkongsi berita itu, doktor mungkin dapat merujuk ibu kepada ahli terapi atau kumpulan sokongan di mana ibu dapat meluahkan berita gembira atau kerisauan di ruang yang selamat seperti di dalam komuniti theAsianparent misalnya.

Ibu bukan sahaja boleh berkongsi berita gembira, malah masih boleh merahsiakan identiti dengan menggunakan fungsi tanpa nama atau 'anonymous'. 

Kekurangan merahsiakan kehamilan pada peringkat awal

Trimester pertama mungkin sukar untuk sesetengah wanita kerana keletihan, mual, muntah, dan gejala lain yang tidak menyenangkan. Memberitahu orang lain khususnya rakan-rakan di pejabat sebenarnya baik untuk menjaga kehamilan ibu.

Sekiranya ibu berahsia, kemungkinan majikan akan memberikan kerja yang tidak sesuai dengan ibu hamil contohnya mengangkat barangan berat, berdiri untuk tempoh masa yang panjang atau terdedah kepada bahan kimia.

Rakan-rakan atau ahli keluarga pula mungkin merasa hairan bila melihat anda berubah seperti menjaga pemakanan, tidak mahu menyertai acara sukan misalnya.

Walaupun tiada bukti mengatakan aktiviti-aktiviti ini secara langsung membawa kepada keguguran, tetapi sebaiknya ibu perlu elakkan risiko yang menyebabkan keguguran. Tanya dengan doktor tentang keselamatan semasa hamil. Ini antara kekurangan yang mungkin berlaku jika anda tidak mengumumkan anda hamil pada peringkat awal:

  • Trimester pertama mungkin sukar tanpa sokongan
  • Terdedah kepada bahaya di tempat kerja jika tidak memberitahu majikan.
  • Kawan dan keluarga mungkin mengetahui dari sumber lain dan bukannya melalui ibu sendiri

Tanda-tanda awal kehamilan, cara umum diri mengandung

Sekiranya ibu sudah bersedia untuk umumkan kehamilan setelah beberapa bulan mengalami tanda-tanda awal kehamilan, mungkin ibu boleh membuat beberapa cara atau hint ini. 

Berita mengenai kehamilan merupakan cerita yang sangat mengembirakan untuk disampaikan. Terutama pada pasangan yang sangat menantikan cahaya mata buat kali pertama.

Selain suami, keluarga juga perlu tahu berita ini setelah beberapa minggu anda mengunci mulut tentang tanda-tanda awal kehamilan yang dirasai.

Berikut merupakan cara unik umumkan kehamilan anda kepada mereka:

  •  Berikan alat ujian kehamilan - pastikan alat ujian yang diberikan itu dengan keputusan positif.
  •  Berikan hadiah - yang menunjukkan tanda-tanda yang anda sedang hamil. Sebagai contoh, hadiahkan suami anda dengan t-shirt dengan tulisan ayah.
  •  Makan di luar dan buat kejutan tambahan - pergi makan di restoran kegemaran suami contohnya. Gunakan peluang yang ada untuk menyampaikan berita kehamilan anda pada masa yang tepat.
  • Berikan kad - buat satu kad kepada mereka. Tulis satu ucapan pendek seolah-olah dari si kecil. Seperti "hai, ayah/atuk/nenek saya tidak sabar untuk jumpa anda lapan bulan lagi".
  •  Beli permainan - beli beberapa barang yang dapat menggambarkan mesej seperti anda sedang hamil.
  • Gambar ultrasound yang menunjukkan bayi itu sihat
  • Memberi petunjuk yang anda sedang teruja mengetahui jantina bayi
  • Apabila sudah mencapai tempoh separuh kehamilan atau pada trimester kedua
  • Baby bump yang comel adalah tanda paling nyata yang anda boleh tunjukkan kepada suami!

Beritahu tentang kehamilan atau tidak, ia bergantung kepada keputusan ibu. Tetapi pastikan ibu mengambil kira setiap yang penting untuk keselamatan bersama janin ya?

1. Cafemom.com (October 19, 2018). 55 Creative Pregnancy Announcement Ideas to Totally Steal. cafemom.com/parenting/210355-pregnancy-announcement-ideas-creative

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Muat Turun Aplikasi Kehamilan Terbaik Ini Dan Ikuti Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Setiap Minggu

Baca juga: Boleh Cegah Komplikasi Kehamilan, Ini 9 Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung

Baca juga: Embrio vs Fetus: Ketahui Perbezaannya Di Awal Kehamilan Anda?

Penulis

Beto Rahman