Ibu dan ayah sering tertanya-tanya umur berapa sesuai menghantar anak memasuki tadika atau prasekolah. Malah baru-baru ini isu tersebut tular apabila seorang ibu berkongsi mesej guru prasekolah anaknya mengatakan, kanak-kanak berusia 5 tahun itu tidak bersedia belajar. Jadi, pada umur berapa anak bersedia belajar?
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Sebenarnya umur berapa anak bersedia belajar
Penjelasan ini dikongsikan oleh seorang wanita, Siti ‘Aisyah Rozalli yang juga jurupulih cara kerja menerusi hantaran pada Facebook beliau.
Sebenarnya umur berapa anak bersedia belajar
Menerusi hantaran tersebut, beliau menjelaskan, isu itu perlu dipecahkan kepada 5 aspek.
1- Sifat interpersonal tinggi pada anak
Ada anak yang umur 4 tahun, kita tinggalkan di sekolah, dia akan ‘menyeringai’ kegembiraan sebab memang suka berkawan.
Interpersonal intelligence mereka tinggi. Mereka memang sifatnya suka berkawan. Jadi anak jenis ini, sekejap saja dia boleh menyesuaikan diri di sekolah.
2- Tahap keresahan anak tinggi
Ada anak yang dia jenis senang gelisah kalau tiada ibunya. Very attached, bukan salah ibu kalau anak dia attached. Anak jenis ini biasanya mereka lambat warm-up sikit. Bagilah masa seminggu atau 2 minggu. Insya-Allah dia boleh menyesuaikan diri.
Tapi kalau tengok pada aplikasi WhatsApp jam 11 pagi lebih, anak itu sudah berhenti menangis pun.
3- Attention span anak
Anak umur 5 tahun, secara puratanya dia boleh bagi perhatian dalam 10 hingga 25 minit sahaja. Itupun kalau subjek yang dia suka. Malah dia sudah ada kesediaan untuk belajar dalam jangka masa yang panjang.
4- Cara guru mendekati anak
Anak tersebut menangis atau tidak, kalau sudah namanya prasekolah, memang kita kena guna out-of-pencil-paper strategies dalam 2 minggu pertama tersebut. Ia untuk memberikan anak relax dan rasa selesa di sekolah.
Selepas itu, sekiranya anak tersebut menangis, guru perlu tenang. Jika guru pun tinggi suara, lagi tinggi tahap keresahan anak, lagi tinggi tahap keresahan guru, maka jadilah konflik antara anak dan guru serta ibu ayah yang kena menghadapinya.
Percayalah, saya sudah banyak kali jumpa kanak-kanak yang guru A kata dia tidak bersedia lagi. Tetapi guru B kata dia sudah bersedia.
5- Kemahiran sedia ada anak
Tak boleh menyalahkan guru 100 peratus. Apa kemahiran yang kita sudah sediakan kepada anak sebelum mula masuk sekolah pun akan mempengaruhi.
Ibu bercerita atau tidak pada anak tentang sekolah, sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum mula sekolah.
Ibu mula biasakan anak dengan aktiviti yang mungkin akan dilakukan di sekolah atau tidak, 6 bulan sebelum mula sekolah. Ini semua akan bantu tingkatkan survival skills anak.
Anak usia 5 tahun, memang kalau ikut pola perkembangan, kebanyakan mereka sudah boleh menyesuaikan diri. Kita bagi masa 2 hingga 3 minggu, mereka mesti boleh sesuaikan diri. Tetapi bagi masa 4 hari, memang tidak adillah untuk anak tersebut kan.
Bagaimanapun, take note ibu dan ayah.
Ada anak yang akan ambil masa lebih lama untuk relax. Bergantung tahap keresahan kanak-kanak tersebut. Paling lama dalam 3 hingga 4 bulan.
Kalau lebih dari itu, biasanya kita akan cadangkan kepada ibu ayah untuk mendapatkan cadangan pakar. Kenapa anak susah nak sesuaikan diri.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Daftar Prasekolah Untuk Persediaan Pendidikan Terbaik Anak Dengan Senarai Prasekolah Ini!
Baca juga: Anak Kecil Liat Nak Pergi Prasekolah? Cuba Tips Ini, Paling Menjadi No #7!