Umur Berapa Bayi Tumbuh Gigi? Ini Jadual Lengkap Pertumbuhan Gigi Bayi Ibu Kena Tahu

undefined

Umur berapa bayi tumbuh gigi dan apakah tanda gigi tumbuh serta simptom mengenainya sering kali menjadi tanda tanya buat semua ibu dan ayah.

Ibu yang baru mempunyai anak pasti akan tertanya-tanya umur berapa bayi tumbuh gigi kerana tiada pengalaman yang dapat bantu mengenali tanda-tanda bayi tumbuh gigi

Secara lazimnya, bayi tumbuh gigi sekitar usia enam bulan dan kebiasaannya, gigi susu pertama yang tumbuh adalah dua gigi tengah di bawah. Seterusnya, pertumbuhan gigi bayi yang lain pula akan muncul empat gigi tengah di bahagian atas. 

Pada waktu ini, bayi anda akan menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan pada bahagian gigi yang ingin tumbuh. Dengan sedikit pengetahuan mengenai gejala gigi tumbuh ini, anda dapat memberi sedikit bantuan untuk melegakan kesakitan mereka.

Umur berapa bayi tumbuh gigi? 

umur berapa bayi tumbuh gigi, bayi tumbuh gigi, gigi bayi tumbuh, bilangan gigi susu, pertumbuhan gigi bayi

Gigi lain akan muncul perlahan-lahan dan mula mengisi ruang gusi bayi di sisi rahang atas atau di bawah sehinggalah semua 20 batang gigi keluar pada umur 2 setengah tahun sampai 3 tahun. 

Bilangan gigi susu ini bertahan hingga anak berumur 6 ke 7 tahun dan akan tanggal satu persatu bagi menggantikan gigi dewasa atau gigi kekal. 

Di bawah ini kami sertakan umur berapa bayi tumbuh gigi dan tanggal. 

Gigi atas  Umur gigi keluar  Umur gigi tanggal 
Gigi kacip (Central incisor) 8 sampai 12 bulan 6 sampai 7 tahun
Gigi seri kedua (Lateral incisor)  9 sampai 13 bulan 7 sampai 8 tahun
Gigi taring (Canine/cuspid) 16 sampai 22 bulan 10 sampai 12 tahun
Gigi geraham pertama (First molar) 13 sampai 19 bulan 9 sampai 11 tahun
Gigi geraham belakang (Second molar) 25 sampai 33 bulan 10 sampai 12 tahun

Jadual perkembangan gigi susu di bahagian rahang bawah 

Gigi bawah  Umur gigi keluar  Umur gigi tanggal
Gigi kacip tengah (Central incisor) 6 sampai 10 bulan 6 sampai 7 tahun
Gigi seri kedua (Lateral incisor) 10 sampai 16 bulan 7 sampai 8 tahun
Gigi taring (Canine/cuspid) 17 sampai 23 bulan 9 sampai 12 tahun
Gigi geraham pertama (First molar) 14 sampai 18 bulan 9 sampai 11 tahun
Gigi geraham belakang (Second molar) 23 sampai 31 bulan 10 sampai 12 tahun

Fakta mengenai pertumbuhan gigi si manja

  • Secara umumnya, setiap enam bulan, gigi bayi akan mula tumbuh.
  • Gigi anak perempuan lebih cepat tumbuh berbanding anak lelaki
  • Gigi bawah keluar dahulu berbanding gigi atas. 
  • Gigi di kedua rahang biasanya tumbuh berpasangan, satu di sebelah kanan dan satu sebelah kiri. 
  • Ukuran gigi susu lebih kecil dan warna lebih putih berbanding gigi dewasa. 
  • Di usia dua ke tiga tahun, seharusnya gigi susu sudah keluar sepenuhnya. 

Kemudiannya semasa umur empat tahun, rahang dan tulang wajah mula tumbuh dan menciptakan ruang di antara gigi susu. Ia bertujuan bagi menyediakan ruang yang mencukupi supaya gigi kekal yang lebih besar tumbuh. 

Apakah peranan gigi susu?

umur berapa bayi tumbuh gigi, bayi tumbuh gigi, gigi bayi tumbuh, bilangan gigi susu, pertumbuhan gigi bayi

  • Pertahankan ruang bagi gigi kekal
  • Membentuk wajah normal
  • Bantu perkembangan bertutur yang jelas.
  • Bantu anak mendapatkan nutrien yang sempurna. 
  • Gigi susu yang tanggal terlalu awal atau cepat rosak membuatkan anak sukar mengunyah sekaligus membuatnya kurang makan. 
  • Memberi pemakanan sihat untuk gigi kekal.
  • Jangkitan gigi bayi boleh menyebabkan bintik gelap berkembang di bawahnya ketika gigi kekal tumbuh. 

Umur berapa bayi tumbuh gigi dewasa pula? (bahagian gigi atas) 

Gigi atas  Umur gigi keluar 
Gigi kacip (Central incisor)  7 sampai 8 tahun
Gigi seri kedua (Lateral incisor) 8 sampai 9 tahun
Gigi taring (Canine/cuspid)  11 sampai 12 tahun
Gigi premolar pertama (Firts premolar) 10 sampai 11 tahun
Gigi premolar kedua (second premolar) 10 sampai 12 tahun
Gigi geraham pertama (First molar)  6 sampai 7 tahun
Gigi geraham belakang (Second molar)  12 sampai 13 tahun
Gigi bongsu (Third molar / wisdom teeth) 17 sampai 21 tahun

Bila gigi dewasa tumbuh? (bahagian gigi bawah) 

Gigi bawah  Umur gigi keluar 
Gigi kacip (Central incisor)  6 sampai 7 tahun
Gigi seri kedua (Lateral incisor) 7 sampai 8 tahun
Gigi taring (Canine/cuspid)  6 sampai 7 tahun
Gigi premolar pertama (Firts premolar) 9 sampai 10 tahun
Gigi premolar kedua (second premolar) 10 sampai 12 tahun
Gigi geraham pertama (First molar) 11 sampai 12 tahun 
Gigi geraham belakang (Second molar)  11 sampai 13 tahun
Gigi bongsu (Third molar / wisdom teeth) 17 sampai 21 tahun

Berdasarkan jadual atas, gigi dewasa mula muncul ketika usia anak enam tahun dan ia keluar berbeza-beza bagi setiap anak.  Pada usia 13 tahun, sebahagian besar 28 gigi kekal sudah berada pada tempat masing-masing. 

Manakala satu hingga empat gigi bongsu akan tumbuh pada usia 17 tahun hingga 21 tahun sampailah jumlah gigi kekal lengkap 32 gigi. 

Tanda gigi bayi perlu rawatan

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa gigi bayi anda memerlukan rawatan iaitu:

  • Anda boleh mengesan kerosakan gigi pada anak melalui bau mulutnya. Gigi yang rosak akan menyebabkan nafas mereka berbau busuk.
  • Kerak atau plak gigi akan muncul pada permukaan gigi apabila gila mula bertukar warna menjadi kekuningan atau kecoklatan.
  • Anak anda menunjukkan reaksi sakit atau rasa ngilu terhadap gigi mereka yang rosak.

Jika anak anda menunjukkan gejala atau simptom seperti demam, kerengsaan atau cirit-birit atau sebarang tanda yang lain dan anda tidak pasti penyebab ia berlaku, langkah paling selamat adalah membawanya untuk berjumpa dengan doktor gigi.

Pastikan anda tidak meletakkan sebarang ubatan yang tidak disyorkan oleh doktor dan jika ada sebarang kecederaan pada gigi bayi anda, dapatkan juga nasihat doktor.

Makanan yang perlu dielakkan supaya gigi bayi kekal sihat

umur berapa bayi tumbuh gigi, bayi tumbuh gigi, gigi bayi tumbuh, bilangan gigi susu, pertumbuhan gigi bayi

Makanan yang perlu anda elak untuk kekalkan kesihatan gigi bayi anda pada skala yang terbaik adalah dengan:

  • Mengelakkan sebarang penambahan gula pada makanan awal bayi ketika di rumah.
  • Jangan letakkan minuman bergula di dalam botol.
  • Jangan beri anak anak minum minuman bergas atau jus yang djual di pasaran.
  • Kurangkan pengambilan makanan bayi, snek atau pun minuman yang mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi.
  • Elakkan daripada mencelup puting bayi ke dalam madu, gula atau sebarang cecair yang manis.
  • Jangan beri anak anda biskut atau gula-gula.

Bila patut anda bawa anak jumpa doktor gigi? 

Sebaiknya, anak berusia satu tahun perlu membiasakan diri untuk jumpa doktor gigi. Jika anak sudah tidak menggunakan botol dan tidak ambil makanan manis, maksudnya gigi dia tetap sihat dan pada usia dua tahun sebaiknya melakukan rutin ini setiap enam bulan sekali. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

  1. www.mouthhealthy.org (n.d) Baby Bottle Tooth Decay www.mouthhealthy.org/en/az-topics/b/baby-bottle-tooth-decay

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis asal Putri Fitria. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga: “Jangan Sikat Rambut Anak Masa Bayi, Nanti Gigi Jarang,”-Ini Penjelasan Dari Doktor

Baca juga: Anak Suka Gigit Orang Adalah Tabiat Normal, Ia Tanda Anak Belajar Tentang Persekitaran

Baca juga: Gigi Bayi Belum Tumbuh Walaupun Umur Sudah Masuk 8 Bulan, Perlukah Ibu Risau?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!