Sampainya Hati! Warga Emas Seharian Kemas, Cuci 2 Buah Rumah Dibayar Upah Hanya RM10 Je!

Sudahlah perlu kemas dan cuci dua buah rumah, diberi upah RM10 saja. Siapalah manusia kejam yang sanggup buat begitu? Semoga dia cepat sedar!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam keadaan pandemik melanda negara, memang ramai yang terkesan. Tapi janganlah sampai menganiaya orang lain. Kisah seorang wanita warga emas ini amat menyayat hati. Hanya dibayar upah RM10 selepas cuci dua buah rumah!

Tidak kiralah siapa pun, sebagai seorang manusia, fikirlah logiknya kerja yang dibuat dengan upah yang dibayar. Tegarkan anda jika ibu anda yang diperlakukan demikian.

Semoga siapa yang menganiaya wanita tua ini sedar akan kekhilafan mereka dan lebih sensitif selepas ini jika mereka mengambil khidmat cuci rumah lagi.

Upah cuci 2 rumah RM10 je, warga emas terpaksa makan nasi berlaukkan garam!

Kredit:: aisyahshahid

Melalui perkongsian Aisyah Shahid di laman twitternya, beliau yang mengetuai kumpulan yang memberikan bantuan kepada mereka yang terkesan pada musim pandemik ini berkongsi mengenai kisah wanita tua ini.

Bukan untuk meraih simpati sesiapa tetapi ia bagi membuka mata ramai pihak bahawasanya sekiranya anda menggunakan khidmat sesiapa, berilah upah dengan kadar yang sepatutnya.

Jika tidak boleh berfikir ikut logik akal, banyakkan bertanya. Jangan pandai-pandai buat andaian sendiri hingga teraniaya orang lain. Cuci rumah bukan kerja mudah ya, penat sangat!

Ikuti perkongsian wanita ini:

Cuci rumah seharian, upah cuma RM10. Beberapa hari lepas, waktu agihan bantuan dijalankan, team sukarelawan kami ternampak aunty ni dalam perjalanan pergi kerja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami maklumkan pada aunty yg kami nak bagi barang keperluan sikit, tapi kotaknya berat. Aunty pun ajak kami masuk. Sempat lah kami berborak sekejap dengan aunty sementara angkat kotak nak bagi.

Kami ingatkan satu rumah yang aunty tu bersihkan untuk dapat upah RM10, rupanya 2 rumah. Allah sedihnya. Tapi aunty ni baik sangat, ramah & bahasa melayunya pun fasih.

Bekerja bukan untuk jadi kaya, tapi untuk dapat makan nasi sehari dua

Dalam usia yang dah senja, masih lagi terpaksa kerja. Bukan untuk jadi kaya, cukup untuk dapat makan nasi sehari dua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aunty ni sempat tunjuk bekalan yang dia bawa. Sedihnya bila dikenang semula. Nasi kanji + garam je buat perasa. Telur pun takde.Jangan kata ayam, daging atau ikan

Bantulah selagi mampu, jangan aniaya

It’s a tough time for everyone. But we have to realise that it is tougher for someone else out there. Be nice, please just be nice to all people.

Jaga tutur kata, perangai & kalau mampu bantu, please bantu mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berapa kadar upah biasa untuk bersihkan rumah?

kredit: tribunjogja

Jika dibuat carian di internet, kadar upah paling minimum bagi cucian dan pembersihan rumah adalah RM20 setiap jam! Jadi RM10 untuk seharian seorang warga emas bekerja sangatlah tidak berperkemanusiaan.

Janganlah dianiaya mereka yang memerlukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips bersihkan rumah dengan cara betul dan berkesan

Buat ibu-ibu di luar sana, kali ini kami kongsikan cara betul dan berkesan untuk bersihkan rumah. Ia adalah hasil perkongsian mereka yang pernah mengamalkannya. Cubalah. Mungkin bole membantu anda!

#1. Habuk tidak melekat pada perabot

Lap perabot dengan menggunakan bancuhan air dan softener pakaian dengan kadar 1:10 atau 1 bahagian softener dengan 10 bahagian air.

#2. Kilatkan lantai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Campurkan pencuci lantai dengan cuka dan air panas. Kemudian mop lantai seperti biasa.

#3. Wangikan rumah

Campur softener dengan cuka. Kemudian spray di sekeliling rumah anda seperti di langsir-langsir dan sofa-sofa jenis fabric. Bau wangi akan tahan lebih lama.

#4. Segarkan bilik air

Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut ke sekitar bilik air anda.

#5. Wangikan peti ais

Matikan suis. Keluarkan semua isi dan makanan dari peti ais. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais. Selepas kering, sapu sedikit esen vanilla ros pada tuala tadi dan sapukan pada keseluruhan peti ais.

Tutup peti ais selama 30 minit sebelum memasukkan semula isi dan makanan ke dalamnya.

#6. Hilangkan kotoran sinki stainless steel

Potong lemon menjadi dua, kemudian gunakan lemon tersebut untuk menyental bahagian kerak-kerak di sinki. Campurkan sedikit garam dan gosok menggunakan berus gigi terpakai. Kemudian bilas dengan air panas.

#7. Hilangkan bau bilik atau rumah yang baru dicat

Ambil bawang besar dan potong dua bahagian. Letak di penjuru bilik atau rumah dan biarkan semalaman. Bau cat akan hilang dengan segera.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: aisyahshahid

Baca juga: 8 Cara Bijak Untuk Melibatkan Anak Anda Dalam Kerja Rumah

Baca juga: Ajar Anak Bersihkan Rumah Dengan Panduan Mengikut Umur Ini

Baca juga: Cabaran 52 minggu untuk membersihkan rumah!

 

Penulis

Lala Annuar