X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Upah Menyusukan Anak, Adakah Boleh Jika Isteri Minta Daripada Suami? Ini Jawapan Mufti

4 min bacaan
Upah Menyusukan Anak, Adakah Boleh Jika Isteri Minta Daripada Suami? Ini Jawapan Mufti

Upah menyusukan anak sejak kebelakangan ini menjadi topik hangat. Ibu menyusu pasti ada tertanya-tanya adakah dibolehkan minta upah.

Penyusuan badan bukan sesuatu yang mudah. Ia fasa mencabar untuk mereka yang bergelar ibu menyusu. Adakah benar seorang isteri boleh meminta upah menyusukan anak daripada suaminya? 

▲▼Isi Kandungan

  • Upah Menyusukan Anak
  • Dalil Disyariatkan Penyusuan
  • Upah Menyusu Bersyarat
  • Tidak Berhak Minta Upah

Upah Menyusukan Anak

Menurut Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengikut Kamus Dewan edisi keempat, penyusuan adalah perihal (perbuatan) menyusui, sedangkan penyusu pula ialah orang yang menyusui. 

Penyusuan dalam Islam dikenali sebagai ridha’ (الرِّضَاع) dan merujuk kepada bayi yang menghisap susu ibu. Istilah ini juga termasuk radh’an (رَضْعًا), ridha’an (رِضْعًا), dan radha’an (رَضَاعًا). Dalam konteks syarak, ia merujuk kepada proses pengaliran susu ibu ke dalam perut bayi dengan syarat-syarat tertentu. Istilah hadhanah, yang bermaksud penjagaan, juga berkaitan kerana penjaga boleh juga menyusu anak yang dijaganya. 

upah menyusukan anak, menyusu anak angkat, menyusu tanpa hamil, menyusu tanpa mengandung, induksi laktasi, induced lactation, cara untuk mengeluarkan susu badan untuk anak angkat, hukum menyusu anak angkat

Dalil Disyariatkan Penyusuan

Al-Qurtubi berkata: “Isteri yang diceraikan, maka bagi anak-anak mereka hendaklah bapa-bapa memberi upah atas penyusuan mereka.” (Lihat Tafsir al-Qurtubi, 18/168)

Dalam menjawab bagi persoalan di atas kami katakan sebahagiaa ulama menyatakan bahawa jika seorang isteri meminta bayaran dari suaminya kerana menyusukan anak-anak, maka suami wajib memberikan upah tersebut. Ini merupakan sebahagian daripada pandangan Mazhab Hanbali. Mereka berdalilkan dengan firman Allah SWT:

فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ

Maksudnya: Jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikan kepada mereka upahnya. (Surah al-Talaq: 6)

Namun apa yang sahihnya adalah jika seorang isteri berada dalam perlindungan suaminya, tidak dibenarkan baginya untuk meminta bayaran sebagai ganti menyusukan anak-anaknya, kerana itu adalah kewajipan baginya, dan pada masa itu dia hanya mempunyai hak untuk mendapat nafkah sahaja. Ini sebagaimana firman Allah SWT:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyususan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. (Surah al-Baqarah: 233)

Upah Menyusu Bersyarat

Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili menyatakan hal keadaan seorang isteri yang layak untuk menuntut upah kerana menyusukan anak adalah sebagaimana berikut:

  • Menurut Mazhab Hanafi, Syafi’i, dan Hanbali, seorang ibu tidak layak menerima bayaran atas penyusuan susu ketika dalam perkahwinan atau semasa dalam iddah selepas talak raj’i, kerana suami bertanggungjawab untuk memberikan nafkah kepadanya.
  • Ibu berhak menerima bayaran atas penyusuan mengikut kesepakatan para ulama selepas berakhirnya perkahwinan dan iddah, atau semasa iddah kematian.
  • Ibu berhak menerima bayaran atas penyusuan susu semasa iddah selepas talaq bain menurut pandangan yang lebih sahih di kalangan sebahagian ulama Hanafi, kerana dia dianggap seperti orang asing. Begitu juga dalam mazhab Maliki.
  • Selain itu, pandangan ini juga dipilih oleh Syeikh Islam Ibn Taimiyyah: Jika seorang wanita berada di bawah tanggungan suaminya, maka yang dia miliki hanyalah hak untuk mendapat nafkah sahaja, dan tidak berhak untuk meminta bayaran. 

Tidak Berhak Minta Upah

Justeru, berdasarkan pandangan ulama sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, adalah jelas bahawa isteri yang menyusukan anak tidak berhak untuk menuntut sebarang bayaran daripada suami kecuali setelah berlakunya penceraian.

Hal ini kerana isteri masih di bawah tanggungan suami dan menerima nafkah daripadanya. Selain itu, tanggungjawab utama isteri adalah untuk menyusukan anak.

bukudrzulkifli.com

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!
LactoMomma, Biskut Milkbooster Yang Membantu Penyusuan Ibu Dengan Rasa Yang Lazat!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Kekerapan & Teknik Lekapan, Berat Anak Bertambah!

Baca juga: Sebelum Susukan Anak, Tambah Ilmu Dengan 7 Perkara Anda Wajib Tahu Ini!

Baca juga: Ini Rupanya Sebab Kenapa Bayi Baru Lahir Terus Pandai Cari Puting Ibu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan
  • /
  • Upah Menyusukan Anak, Adakah Boleh Jika Isteri Minta Daripada Suami? Ini Jawapan Mufti
Kongsikan:
  • Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

    Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

  • Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

    Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

  • Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

    Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

  • Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

    Susu Ibu: Jenis-Jenisnya, Khasiat & Perbezaan Kolostrum, Hindmilk & Foremilk Yang Wajib Ibu Tahu

  • Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

    Bengkak Susu (Breast Engorgement) Selepas Bersalin: Atasi Dengan 11 Cara Ini

  • Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

    Menyusu Badan Ketika Puasa: 10 Tip Menyusukan Anak, Bayi Di Bulan Ramadan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham