X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Sebab Vagina Berair, Rahim Kembang Jika Minum Banyak Air Masa Pantang, Ini Jawapan Doktor!

4 min bacaan
Sebab Vagina Berair, Rahim Kembang Jika Minum Banyak Air Masa Pantang, Ini Jawapan Doktor!Sebab Vagina Berair, Rahim Kembang Jika Minum Banyak Air Masa Pantang, Ini Jawapan Doktor!

Benarkah vagina berair jika minum banyak air semasa pantang? Ikuti jawapan daripada doktor yang kami kongsikan ini. Moga bermanfaat!

Benarkah vagina berair jika anda minum banyak air semasa pantang? Sebab itu ibu-ibu zaman dulu pesan masa pantang jangan minum air banyak. Kena catu!

Kami kongsikan jawapan doktor ini, semoga ia membuka mata dan memberi ilmu bermanfaat kepada anda semua.

Ya. Memang betul vagina berair jika banyak minum air masa pantang. Tapi itu untuk ibu-ibu yang bersalin pada zaman dahulu. Ia tidak betul untuk ibu-ibu yang bersalin zaman sekarang.

Vagina berair, becak jika minum banyak air masa pantang

Vagina berair

Menurut Pakar Perunding Obstetrik & Gynaecology, Dr Imelda Balchin, ini petua orang zaman dulu, yang hanya relevan untuk ibu yang bersalin zaman arwah nenek moyang dulu-dulu.

Katanya, zaman dahulu, semua ibu bersalin di rumah dan tiada perkhidmatan ‘skilled birth attendant’ iaitu tiada perkhidmatan doktor Gynae atau bidan bertauliah. 

Pada zaman dulu, jika ibu-ibu yang ada masalah bersalin, mereka tak boleh mendapat perkhidmatan pembedahan Caesarean Section, maka ada ibu-ibu yang meneran berhari-hari sehingga terjadinya koyakan besar di antara pundi kencing (bladder) dan vagina. Koyakan ini dinamakan ‘Obstetric Fistula.’

Obstetric fistula punca vagina becak

Vagina berair

Katanya, pada zaman dahulu juga lebih ramai perempuan ada masalah bersalin sebab lebih ramai kanak-kanak perempuan dikahwinkan pada usia yang terlalu muda sebelum tulang pinggulnya sudah membesar dengan cukup untuk melahirkan bayi.

Ibu-ibu yang tak berjaya bersalin juga selepas meneran berhari-hari kebanyakannya meninggal dunia bersama anak di dalam kandungannya. Kadar Kematian ibu bersalin zaman dulu-dulu ialah 20 kali ganda lebih tinggi dari kadar kematian ibu zaman sekarang. Jika ibu-ibu yang meneran berhari-hari berjaya bersalin, ada kadar kematian bayi sangat tinggi dan risiko ibu mendapat Obstetric fistula juga sangat tinggi.

Apa akan terjadi kepada ibu-ibu yang dapat obstetrics fistula?

Vagina berair

  1.  Ada lubang di antara pundi kencing dan vagina.
  2. Setiap kali ibu ini minum air, air kencing yang masuk dalam pundi kencing akan terus mengalir keluar melalui lubang itu dan keluar melalui saluran vagina. Sebab itulah vagina menjadi berair, becak dan berbau busuk.
  3. Jika ibu ini bernasib baik, lubang Obstetric Fistula kecil saja dan boleh sembuh sendirinya jika ibu minum sedikit saja air. Untuk lubang yang kecil berjaya sembuh sendiri, pundi kencing mesti dikosongkan supaya lubang itu tertutup. Jika ibu dibenarkan minum banyak-banyak pundi kencing akan membesar sebab penuh air kencing yang banyak dan lubang itu juga tidak boleh tertutup sebab air kencing sentiasa mengalir keluar dari lubang yang tidak tertutup.
  4. Jika ibu tidak bernasib baik lubang Obstetric Fistula nya besar, dan lubang yang besar ini tak boleh sembuh sendiri tanpa pembedahan Obstetric Fistula repair di mana pakar bedah menjahit untuk menutup lubang itu. Selagi lubang besar tak sembuh, maka ibu ini akan sentiasa becak, dan ramai ibu-ibu ini ditinggalkan oleh suami mereka.
  5. Selepas pakar bedah membuat pembedahan obstetric fistula repair, nasihat untuk ibu-ibu ini ialah larangan membuat hubungan kelamin selama 100 hari supaya tiada kecederaan yang boleh membuka lubang ini semula sehingga ia sembuh dan untuk mengelakkan jangkitan kuman bakteria sehingga pembedahan ini sembuh. Inilah pantang bersama suami 100 hari pada zaman dulu-dulu.

Sistem perubatan Malaysia sudah maju, tiada lagi kes obstetric fistula

Menurut Dr. Imelda, sekarang di Malaysia, tiada lagi Obstetric Fistula. Ini sangat jarang berlaku pada zaman sekarang. Kami juga sentiasa prihatin dan akan pastikan ibu-ibu yang baru bersalin boleh kencing dengan normal sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Sekiranya ada kecederaan pada pundi kencing, doktor-doktor gynae tidak membenarkan ibu pulang ke rumah sehingga masalah pundi kencing dibetulkan. Masalah lubang fistula di antara pundi kencing dan vagina yang kita selalunya jumpa pada zaman sekarang ialah akibat kanser yang merebak dari pangkal rahim ke pundi kencing dan bukan sebab masalah bersalin.

Sekarang di Malaysia, doktor-doktor tak pernah suruh ibu yang baru bersalin catu minum air, dan kami benarkan semua ibu-ibu yang baru bersalin minum sebanyak mana yang mereka suka dan perlukan untuk membuat susu ibu secukupnya dan mengelakkan dehidrasi.

Maka, petua lama yang menghadkan air minum ibu yang baru bersalin ialah petua yang tidak relevan lagi zaman sekarang dan tak perlu ikut lagi. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Alamak, Tak Selesalah Miss V Selalu Berair, Ini Cara Mengatasi Faraj Berair PALING Berkesan

Baca juga: Kepada semua gadis dan wanita – Faraj anda tidak sepatutnya bau seperti bunga

Baca juga: Bertangas - Rawatan Berpantang Selepas Bersalin Untuk Penjagaan Miss V

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Sebab Vagina Berair, Rahim Kembang Jika Minum Banyak Air Masa Pantang, Ini Jawapan Doktor!
Kongsikan:
  • Ibu Hamil Makan Durian Kurang Mengalami Stres & Buatkan Tidur Menjadi Lebih Lena

    Ibu Hamil Makan Durian Kurang Mengalami Stres & Buatkan Tidur Menjadi Lebih Lena

  • Sembelit Semasa Hamil? Para Ibu Boleh Cuba Petua Mudah & Berkesan Ini!

    Sembelit Semasa Hamil? Para Ibu Boleh Cuba Petua Mudah & Berkesan Ini!

  • Ketahui Kadar Denyutan Nadi Normal Ibu Mengandung, Ia Penting Elak Sebarang Komplikasi!

    Ketahui Kadar Denyutan Nadi Normal Ibu Mengandung, Ia Penting Elak Sebarang Komplikasi!

app info
get app banner
  • Ibu Hamil Makan Durian Kurang Mengalami Stres & Buatkan Tidur Menjadi Lebih Lena

    Ibu Hamil Makan Durian Kurang Mengalami Stres & Buatkan Tidur Menjadi Lebih Lena

  • Sembelit Semasa Hamil? Para Ibu Boleh Cuba Petua Mudah & Berkesan Ini!

    Sembelit Semasa Hamil? Para Ibu Boleh Cuba Petua Mudah & Berkesan Ini!

  • Ketahui Kadar Denyutan Nadi Normal Ibu Mengandung, Ia Penting Elak Sebarang Komplikasi!

    Ketahui Kadar Denyutan Nadi Normal Ibu Mengandung, Ia Penting Elak Sebarang Komplikasi!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.