Permintaan ibu bersalin yang aneh
Apabila seorang ibu dari Amerika Syarikat, Carolyn Weiss melahirkan anak melalui kaedah C-seksyen yang dijadualkan, dia telah membuat permintaan yang sangat aneh.
Sejam sebelum bersalin, dia meminta sekeping kain kasa rendaman salina dimasukkan ke dalam farajnya.
Sebelum pembedahan, kain kasa itu dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam bekas bersih yang kedap udara.
Sejurus anaknya lahir, suami Carolyn disuruh menggosokkan kain kasa tadi ke dalam mulut, sekeliling mata dan pada kulit bayi baru lahirnya.
Aneh, bukan? Apakah amalan pelik ini dan mengapa Carolyn berbuat demikian?
Amalan “Vaginal Seeding” yang dibuat ibu bersalin
Amalan yang aneh ini sebenarnya ada sebabnya.
Para ibu yang bersalin secara pembedahan melakukan vaginal seeding kerana mahu anak mereka mendapat kesihatan mikrob yang sama penting seperti bersalin melalui faraj.
Apa bezanya? Mari ketahui lebih lanjut.
Badan kita adalah perumah kepada berjuta mikrob dan menurut laporan The Guardian, sains boleh menjelaskan mengapa amalan ini semakin popular.
Petikan laporan mengatakan:
“Tubuh manusia adalah perumah kepada mikroorganisma yang membentuk ekosistem mikrob yang kompleks. Ahli sains mula memahami peranan mikrob-mikrob ini pada kesihatan manusia.”
Beberapa kebaikan mikroorganisma ini termasuklah memberi faedah pada sistem imun, keupayaan menangani jangkitan dan membantu badan memproseskan makanan.
Walaupun kebanyakkan mikrob dalam badan kita berada dalam perut dan usus, ia juga boleh dijumpai di tempat lain, seperti kulit, mulut, paru-paru dan dalam faraj.
Anak lahir melalui faraj terdedah pada mikrob ibu
Apabila bayi berada dalam rahim, ususnya masih dalam keadaan steril sehingga membran dan air ketuban pecah.
Penyelidik percaya inilah masanya bayi didedahkan kepada mikrob dan bakteria atau mikrob ibu akan menyaluti seluruh badan bayi melalui saluran kelahiran.
Laporan menyatakan selepas bersalin, mikrob pada badan bayi menyerupai bakteria pada faraj ibu.
Dan ini dipercayai boleh memberi perlindungan pada bayi dari patogen dan penyakit yang berbahaya selepas dilahirkan.
Anak C-seksyen terdedah pada mikrob berbeza
Apabila bayi dilahirkan melalui pembedahan, dia tidak akan mendapat pendedahan kepada bakteria ibu seperti bayi yang dilahirkan melalui faraj.
Bayi itu masih akan terdedah pada bakteria, tapi ia adalah mikrob yang terdapat pada kulit ibu.
Kehadiran mikrob lain juga boleh ada, termasuk mikrob dari doktor, jururawat dan juga pesakit hospital lain.
Ini boleh menimbulkan masalah dan bayi itu mungkin lebih mudah “mendapat jangkitan dari patogen berbahaya dan penyakit lain.”
Menurut kajian, bayi yang dilahirkan melalui pembedahan lebih cenderung mengalami masalah seperti alahan, ekzema, asma, dan lebih cenderung mengalami gastroenteritis.
Penyelidik kini percaya ini mungkin disebabkan oleh bayi-bayi yang tidak mendapat dos bakteria faraj ibu apabila mereka dilahirkan.
Vaginal seeding adalah jalan penyelesaian
Dr Maria Gloria Dominguez-Bello, seorang ahli mikrobiologi dari Universiti New York yang telah mengkaji mikrob-mikrob ini selama beberapa tahun supaya bayi c-sekyen boleh mendapat manfaat yang sama seperti bayi kelahiran normal.
Dia telah melakukan kajian di Puerto Rico pada 21 wanita tentang amalan vaginal seeding, di mana bayi akan disapu dengan cecair faraj ibunya.
Cecair faraj ibu disapukan pada mulut, mata dan kulit, kemudian bayi itu diletakkan pada dada ibunya.
Hasil kajian menunjukkan teknik itu memberi kesan positif ke atas mikrob bayi yang baru lahir melalai cara pembedahan.
Dia berharap tekniknya akan digunakan dalam proses kelahiran harian untuk membantu “mengurangkan risiko penyakit pada bayi yang dilahirkan melalui pembedahan.”
Perlindungan dari alahan dan ekzema
Anak perempuan pertama Carolyn yang dilahirkan melalui pembedahan telah mengalami ekzema dan juga ada alahan makanan.
Apabila Carolyn membuat kajian, dia terjumpa maklumat tentang teknik Dominguez-Bello.
Dia memutuskan untuk mencuba vaginal seeding apabila dia hamil anak kedua dan selepas mendapat tahu dia perlu melahirkan anak melalui cara pembedahan lagi.
Carolyn berkata, “Doktor kami menyokong cadangan saya, tapi dia tidak akan melakukannya. Jadi suami saya telah ditugas untuk melakukannya.”
Menurut laporan, vaginal seeding juga mempunyai “beberapa risiko di mana jika ibu bayi itu menghidap penyakit HIV, Step-B negatif serta penyakit kelamin lain, jangkitan boleh merebak kepada bayinya.
Kesihatan ibu perlu disemak dan dia mestilah mempunyai ekologi mikrob-mikrob yang sihat sebelum melakukan amalan ini.”
Tetapi soalan cepu emas ialah, ada tak ibu-ibu yang berani mencubanya?
Apa pandangan anda?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Jangkitan Bakteria Lepas Bersalin Mampu Makan Organ Seperti Kisah Ibu Ini