Vaksin Pneumococcal Cegah Anak Dari Jangkitan Otak, Paru-Paru, Sebab Itu Kena Ambil!

Jika sebelum ini kerajaan tidak memasukkan suntikan vaksin pneumococcal dalam jadual imunisasi kebangsaan, kini ia sudah dimasukkan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika sebelum ini kerajaan tidak memasukkan suntikan vaksin pneumococcal dalam jadual imunisasi kebangsaan, kini ia sudah dimasukkan. 

Jelaslah bahawa kepentingan vaksin ini kepada kanak-kanak dalam mengelakkan pelbagai jangkitan yang boleh membawa maut.

Jika ada ibu bapa yang masih tegar lagi menjadi golongan antivaksin, tak tahulah mahu cakap apa lagi. Tak sayang anak agaknya. Sudahlah tidak sayang anak, merisikokan anak orang lain juga!

Vaksin pneumococcal bukan hanya untuk paru-paru, tapi juga otak

Mesti ada sebab kenapa kerajaan memasukkan vaksin pneumococcal dalam jadual imunisasi kebangsaan ia tidak lain tidak bukan antaranya masuk kanak-kanak di negara ini terhindar daripada jangkitan.

Jangkitan otak dan paru-paru selain boleh menyebabkan kecacatan ia juga boleh menyumbang kepada kematian si penghidap!Bayangkan anak kecil yang langsung tidak divaksin, apakah yang boleh melindungi mereka daripada bahaya jangkitan ini?

Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, penyakit pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae.

Ia boleh menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih cenderung untuk menjangkiti kanak-kanak dan warga tua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk:

◾jangkitan/radang paru-paru
◾meningitis (radang selaput otak)
◾encephalitis (radang otak)
◾sepsis ( jangkitan dalam darah)
◾otitis media ( jangkitan telinga tengah)
◾sinusitis (jangkitan pada sinus)

Jadi jelaskan di sini, bukan hanya radang paru-paru saja boleh dielak dengan pengambilan vaksin ini, adalah banyak lagi penyakit berbahaya lain yang boleh dielak jika anak-anak menerima vaksin ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi adakah anda masih mahu menolak vaksin? Kesiannya anak anda jika anda terus-terusan menolak hak anak untuk mendapatkan perkhidmatan yang sepatutnya mereka dapat.

Boleh dicegah melalui pemberian vaksin

Walaupun terdapat rawatan antibiotik bagi penyakit pneumokokal, beberapa jenis bakteria ini mempunyai ketahanan terhadap antibiotik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh kerana penyakit pneumokokal boleh dicegah melalui pemberian vaksin, maka pelalian adalah cara paling berkesan untuk menghalang jangkitan pneumokokal.

Vaksin pneumokokal ini diberi dalam 3 dos:

◾Dos primer pertama pada umur 4 bulan
◾Dos primer kedua pada umur 6 bulan
◾Dos booster pada umur 15 bulan

Dua jenis vaksin pneumokokal

Menurut portal myhealth, Sehingga kini terdapat dua jenis vaksin pneumokokal iaitu vaksin polisakarida pneumokokal dan vaksin konjugat pneumokokal.

Vaksin ini memberi perlindungan terhadap strain Streptococcus pneumoniae yang terkandung didalamnya yang merupakan strain-strain yang paling penting dan yang paling mungkin menyebabkan penyakit yang serius.

Pelalian bagi golongan dewasa dan kanak-kanak adalah mengikut jadual yang disyorkan untuk kumpulan umur mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana vaksin pneumokokal bertindak?

Streptococcus pneumoniae boleh merebak dengan mudah melalui permukaan yang tercemar dan dari individu ke individu apabila terdapat hubungan secara langsung atau melalui titisan daripada bersin atau batuk dari orang yang dijangkiti.

Bukan semua individu yang terdedah kepada bakteria tersebut akan dijangkiti. Sesetengah individu membawa Streptococcus pneumoniae (biasanya dalam hidung dan tekak) tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit itu sendiri tetapi boleh menyebarkannya kepada individu yang tidak dijangkiti . Kanak-kanak adalah lebih mudah terdedah kepada jangkitan tersebut.

Vaksin memberi perlindungan terhadap banyak jenis dan strain bakteria . Perlindungan sesuatu vaksin bergantung kepada jenis strain yang terkandung dalam vaksin tersebut.

Vaksin pneumokokal akan membantu merangsang badan menghasilkan antibodi terhadap Streptococcus pneumoniae yang menyebabkan penyakit ini. Ini kerana vaksin mengandungi sebahagian daripada bakteria yang dapat mencetuskan badan untuk membina imuniti terhadap bakteria tersebut .

Sekiranya sesorang individu yang menerima vaksin tersebut dijangkiti dengan strain Streptococcus pneumoniae tertentu , antibodi ini akan membantu melindungi individu daripada penyakit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam erti kata lain, vaksin pneumokokal menyediakan vaksinasi terhadap penyakit pneumokokal yang disebabkan oleh strain yang terdapat dalam vaksin tersebut. Vaksin pneumokokal mengandungi strain yang biasanya menyebabkan penyakit pneumokokal.

Jika boleh cegah kenapa tunggu sakit?

Di Malaysia , penyakit pneumokokal adalah sangat kerap dan merupakan penyakit yang boleh dicegah melalui pelalian. Penyakit pneumokokal adalah serius dan boleh membawa maut , justeru itu, langkah-langkah pencegahan seperti pelalian adalah cara terbaik untuk mencegah penyakit pneumokokal.

Malah pelalian merupakan baris pertahanan pertama menentang jangkitan. Vaksin boleh membantu melindungi daripada penyakit yang serius , komplikasi jangkitan disamping menyelamatkan nyawa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, myhealth

Baca juga: 12 Soalan Penting Tentang Suntikan Vaksin Yang Wajib Diketahui Ibu Bapa

Penulis

Lala Annuar