Seorang remaja perempuan hampir diculik di sekitar kawasan sekolahnya oleh tiga lelaki yang menaiki van putih dan menjadikan gula-gula ‘lolipop’ untuk memancing mangsa.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Van putih, lolipop penculik guna untuk culik mangsa
- Lelaki cuba rentap bahu anak
Keadaan yang mencurigakan menyebabkan mangsa menolak pemberian itu.
Van putih, lolipop penculik guna untuk culik mangsa
Menurut perkongsian seorang wanita di laman Facebook, Azie Irfantasha, beliau menjelaskan anak perempuannya hampir diculik ketika pulang dari sekolah.
Ikuti perkongsian wanita ini:
“Azie buat report ini sebab tidak mahu orang lain terkena dan jadi iktibar kepada kita semua. Benda kalau nak jadi sekelip mata, jangan tanya kenapa ini semua.
“Anak Azie memang balik sekolah pukul 6.35 petang. Atuk dia yang akan datang ambik, tapi disebabkan atuk terlupa, jadi dia pun tunggulah sampai 7.10 malam.
“Agaknya dia dah rasa lewat sangat, dia pun jalanlah balik rumah. Dalam perjalanan balik depan YCB Bakery, datang satu van putih bertentangan dengan dia ada tiga orang tapi turun seorang saja, pakai face mask hulur lolipop pada dia dan paksa suruh ambil.”
Lelaki cuba rentap bahu anak
Menurut wanita ini, apabila anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Dato Harun menolak namun lelaki itu cuba merentap bahu remaja berkenaan.
“Sebab Tasha ni dah besar, jadi dia takdalah nak ambil dan terus jalan. Tapi bila dia nak cuba jalan macam biasa tiba-tiba lelaki yang turun tadi rentap bahu dia dan paksa suruh ambil lolipop. Dengan tindakan tu, Tasha terus lepaskan diri dan berlari laju.
“Tapi sempatlah Tasha toleh belakang, tengok mereka dan mereka semua macam pandang saja agak lama baru berlalu pergi.
“Kalau van tadi tak bertentangan, mesti dah kena tarik masuk dalam van seperti kata inspektor polis.
“Kalau kata kenapa kami tak ambil, dah tahu anak tak balik-balik rumah? Semalm Azie kerja terlalu penat, terus tertidur memang tak sedar. Untuk ayah dia balik dari kerja tengok anak takda, terus dia pergi cari anak dia.
“Dapatlah jumpa separuh jalan. Masa jumpa Tasha dia bagi tahu ‘ayah dia sakit perut, sebab lari laju sangat, ayah pun fikir takda apa.
“Tapi bila sampai rumah dia share pada kami kejadian itu. Jadi kat sini kita ambillah iktibar kejaidan anak Azie. Sedangkan kami cukup berjaga-jaga anak kami.
“Tapi nasib masih menyebelahi kami dan Tasha masih lagi selamat berada di sisi kami.”
Mereka kemudiannya membuat laporan polis bagi melaporkan kejadian itu. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat ibu ayah agar sentiasa peka dengan keberadaan anak-anak.
Dengan kes jenayah zaman kini, ibu ayah rancanglah jadual pengambilan anak di sekolah dengan sebaiknya. Jika perlu, bergilir-gilir dengan pasangan atau upah perkhidmatan van kerana ia lebih selamat. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Isteri Terlalu Inginkan Anak, Suami Terpaksa ‘Beli’ Dari Sindiket Culik & Jual Bayi!
Baca juga:”Dia Parking Van Depan Rumah & Turun Nak Ambil Raudhah!” Ibu Kongsi Detik Hitam Cubaan Menculik
Baca juga: Terlalu Inginkan Zuriat, Pasangan Ini Culik Anak Majikan & Bawa Pulang Ke Kampung