Gara-Gara Penat Urus Anak Lumpuh & Sakit Jiwa, Ibu Bunuh Anak Perempuannya Itu!

Gara-Gara Penat Urus Anak Lumpuh & Sakit Jiwa, Ibu Bunuh Anak Perempuannya Itu!

Ibu sepatutnya melindungi anak tapi lain pula dengan kisah ini apabila ibu kandung sanggup membunuh anaknya yang ada masalah mental.

Anak mengalami gangguan jiwa, apa yang harus anda buat? Adakah anda membiarkan dia berseorangan atau sentiasa memberikan kata- kata semangat untuk dirinya pulih?

Sememangnya kebanyakan ibu bapa tidak tergamak untuk menyakiti anaknya sendiri apatah lagi bila tengok badan anak luka atau calar balar tentu kita akan panik dan risau.

Ibu bunuh anak yang mengalami gangguan jiwa

gangguan jiwa

Namun, berbeza pula dengan seorang ibu ini apabila tergamak membunuh darah dagingnya sendiri kerana tidak dapat menerima bahawa anaknya lumpuh dan mengalami masalah gangguan jiwa.

Ibu berkenaan bernama Lasi, 63 membunuh anak perempuannya, Putri Ulandari, 18 dengan memberi alasan yang tidak masuk akal.

Dalam pengakuannya, dia berkata berasa penat menguruskan anak perempuannya itu yang telah lama lumpuh da mengalami masalah gangguan jiwa.

Kejadian menyayat hati ini berlaku di rumahnya sendiri di mana Lasi melemaskan anaknya di dalam bilik tidur.

Perbuatan ibunya itu terbongkar apabila kakak mangsa mengesan sesuatu yang tidak kena dengan adiknya kerana tidur tanpa mengambil ubat penenang. Ini kerana mangsa perlu makan ubat tersebut kerana masalah gangguan jiwanya itu. Tapi, pelik pada hari tersebut dia tidak bangun untuk makan ubat itu.

Semasa masuk ke dalam bilik mangsa, Rini melihat adiknya terbaring atas katil dan berselimut. Lasi juga turut berada berdekatan mangsa.

Akibat rasa curiga yang terlalu tinggi, Rini melihat banyak kesan darah pada selimut lalu beranikan diri membuka dan ternyata adiknya itu sudah pun meninggal dunia.

Lantas dengan itu, Rini terus keluar dari rumah dan meminta bantuan daripada jiran. Kemudiannya, dia melaporkan kepada pihak polis.

Setelah membuat laporan, polis telah menahan suspek dan beberapa barang bukti seperti pisau, selimuat dan pakaian mangsa yang berlumuran darah itu.

Cara untuk mendapatkan rawatan pakar psikiatri

masalah mental

Sebenarnya, tiada beza untuk merujuk kes ini kerana ia sama seperti di bahagian pembedahan, perubatan dan lain-lain.

Penyakit mental dari segi perspektif Islam

Dalam Islam, kepentingan unsur psikologi ini dipaparkan dalam dua unsur iaitu fizikal (jasmani) dan spiritual (roh).

Manusia memerlukan nafkah atau input untuk setiap elemen iaitu fizikal, intelek, emosi atau rohani.

Kekosongan dalam satu elemen menyebabkan seseorang itu tidak mampu hidup dengan hala tuju hidup yang jelas dan bermakna.

Apatah lagi, Islam mengiktiraf penyakit mental atau penyakit psikiatri yang wujud yang diterangkan dalam perubatan moden.

Ini kerana Islam menerima ilmu yang dihasilkan melalui kajian saintifik dan penerbitan moden selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Malah Islam menyuruh umatnya mendapatkan rawatan dengan landasan ajaran Islam. Ini termasuklah rawatan moden di klinik dan hospital atau alternatif yang berpandukan ayat Al Quran dan tiada unsur syirik dan pemujaan jin atau syaitan.

Penyebab seseorang mendapat penyakit menurut Islam

Islam tidak menolak teori bahawa seseorang itu mendapat sesuatu penyakit psikiatri seperti kemurungan, Schizophrenia adalah disebabkan pelbagai faktor.

Ia termasuklah faktor genetik, cara didikan ibu bapa, personaliti, kemelahan iman dan kurang beribadat serta bencana hidup.

Rawatan yang dianjurkan dalam Islam

rawatan psikiatri

Model yang dianjurkan dalam rawatan Islam iaitu “Bio-psycho-social and spiritual model”. Di mana bagi menjamin seseorang mendapatkan rawatan yang komprehensif dan menyeluruh, setiap 4 elemen di atas harus diberi perhatian.

Aspek bio (biologi) termasuk menerima dan makan ubat yang dicadangkan doktor secara berterusan agar risiko penyakit tidak berulag.

Dari sudut aspek psycho sosial pula kaedah kaunseling, penerangan tentang penyakit, kepentingan ubat-ubatan dan sokongan dari keluarga.

Selain itu melakukan elemen agama seperti mendekatkan diri dengan Allah, melakukan amalan yang disuruh dan meninggalkan cara hidup yang menyesatkan atau melalaikan.

Langkah-langkah:

1. Membuat keputusan sama ada hospital atau klinik mana yang menjadi pilihan anda. Dinasihatkan untuk memilih hospital yang terdekat dengan tempat tinggal.

2. Mendapatkan surat rujukan dari mana-mana doktor sama ada doktor di klinik kerajaan atau swasta atau kenalan doktor.

3. Bawa surat rujukan (tidak semestinya bawa pesakit, wakil pun boleh) untuk pergi ke klinik psikiatri.

4. Pihak hospital akan menapis kes emergancy atau non emergency. Selalunya kes tidak kecemasan akan diberi tarikh temujanji. Bawa pesakit pada hari temujanji tersebut.

5. Bagi kes kecemasan, datang terus ke hospital tanpa berlengah ke Jabatan Kecemasan di mana-mana hospital.

Gara-Gara Penat Urus Anak Lumpuh & Sakit Jiwa, Ibu Bunuh Anak Perempuannya Itu!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: The Reporter, Ramli Musa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner