TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Vasektomi Dalam Islam, Maksud & Risiko Vasektomi Yang Perlu Dipertimbangkan

4 min bacaan
Vasektomi Dalam Islam, Maksud & Risiko Vasektomi Yang Perlu Dipertimbangkan

Vasektomi ialah kaedah pemandulan kekal untuk lelaki yang berkesan dalam mencegah kehamilan. Namun, adakah kaedah ini dibenarkan dalam islam?

Vasektomi ialah prosedur pemandulan kekal bagi lelaki yang berkesan untuk mencegah kehamilan. Namun, dalam Islam, vasektomi sering diperdebatkan kerana ia melibatkan perubahan kekal pada tubuh yang dianggap bertentangan dengan prinsip menjaga keturunan dan larangan mengubah ciptaan Allah.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Vasektomi?
  • Bagaimana Vasektomi Dilakukan?
  • Vasektomi Dalam Islam Menurut Ulama
  • Panduan Umum Tentang Perancangan Dan Pemandulan Dalam Islam
  • Adakah Vasektomi Sesuai Untuk Anda?
  • Tips Sebelum Memilih Vasektomi

Apa Itu Vasektomi?

Vasektomi ialah prosedur perubatan untuk lelaki bagi pencegahan kehamilan secara kekal. Ia melibatkan pemotongan atau penyegelan saluran vas deferens yang menghalang sperma daripada memasuki air mani ketika ejakulasi.

Ia merupakan salah satu langkah efektif dan kekal untuk mereka yang yakin tidak mahu menambah zuriat lagi.

Bagaimana Vasektomi Dilakukan?

Biasanya ia dilakukan dalam tempoh 15 hingga 30 minit dengan anestesia tempatan.

Doktor pakar akan memotong atau menutup saluran vas deferens yang menghalang sperma daripada bercampur dengan air mani.

Selepas vasektomi, mungkin ada sedikit bengkak atau ketidakselesaan biasanya hilang dalam beberapa hari. Tetapi, jangan risau ia tidak mempengaruhi tahap libido atau keupayaan mencapai orgasme.

Vasektomi Dalam Islam Menurut Ulama

Dalam Islam, isu pemandulan kekal seperti vasektomi adalah sensitif. Umumnya, Islam membenarkan perancangan keluarga yang bersifat sementara, namun pemandulan kekal dianggap tidak dibenarkan kecuali atas sebab-sebab kesihatan yang terdesak.

Pada Persidangan Majma’ al-Fiqh al-Islami pada tahun 1988, diputuskan bahawa pemandulan kekal adalah haram kecuali jika terdapat darurat yang diakui syarak.

Begitu juga, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun 1991 membenarkan penggunaan kaedah Norplant dalam perancangan keluarga, asalkan tidak melibatkan pemandulan kekal.

Bagi sebahagian ulama, kaedah perancang kehamilan ini dianggap bercanggah dengan konsep “keturunan yang baik” dalam Islam.

Walau bagaimanapun, kelonggaran mungkin diberi dalam kes-kes di mana vasektomi diperlukan untuk mencegah risiko kesihatan yang serius kepada pasangan.

Panduan Umum Tentang Perancangan Dan Pemandulan Dalam Islam

1. Membataskan Anak Keturunan

Sebilangan besar ulama melarang pembatasan keturunan kerana dianggap menyerupai amalan Jahiliyyah yang membunuh anak kerana takut miskin, seperti yang dinyatakan dalam Surah al-An‘am 6:151.

2. Perancangan Anak Keturunan 

Perancangan keluarga sementara dibolehkan, seperti menjarakkan kelahiran melalui kaedah pil perancang, IUD atau ejakulasi luar rahim dengan persetujuan pasangan dan tanpa menjejaskan kesihatan.

3. Pemandulan

Islam melarang pemandulan kekal kerana dianggap mengubah ciptaan Allah, kecuali dalam situasi darurat seperti apabila kehamilan membahayakan nyawa ibu.

Adakah Vasektomi Sesuai Untuk Anda?

Dari segi keberkesanan, vasektomi adalah kaedah yang sangat berjaya dengan kadar kejayaan yang tinggi dalam mencegah kehamilan.

Kelebihan lain ialah ia tidak menjejaskan tahap hormon atau kesihatan seksual lelaki.

Prosedurnya juga singkat dan biasanya dilakukan secara rawatan harian tanpa memerlukan kemasukan ke hospital.

Namun, kaedah ini juga mempunyai kekurangannya. Pertama, ia adalah kaedah pemandulan kekal yang sangat sukar untuk dibalikkan, jadi keputusan untuk menjalani vasektomi perlu dipertimbangkan dengan teliti.

Vasektomi juga tidak melindungi daripada jangkitan kelamin kerana ia hanya mencegah kehamilan.

Selepas prosedur, pemulihan mungkin memakan masa beberapa minggu sebelum kaedah ini berfungsi sepenuhnya.

Tips Sebelum Memilih Vasektomi

1. Fikirkan Kesihatan Dan Masa Depan Anda

Vasektomi adalah keputusan besar. Pastikan anda benar-benar yakin tidak mahu menambah anak lagi dan berbincanglah dengan pasangan.

2. Rujuk Kepada Pakar Perubatan dan Ulama

Untuk umat Islam, vasektomi melibatkan pertimbangan agama. Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan mengenai risiko dan pakar agama tentang hukumnya.

Stories Rakan Kongsi
A Quick Look At How Asian Parents Teach About Money
A Quick Look At How Asian Parents Teach About Money
Infant safe products for your home
Infant safe products for your home
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About
Detik-detik Peralihan Sepanjang Kanak-kanak Membesar: Masihkah Anda Ingat Semua Ini?
Detik-detik Peralihan Sepanjang Kanak-kanak Membesar: Masihkah Anda Ingat Semua Ini?

3. Kesediaan Emosi dan Hubungan Keluarga

Vasektomi boleh memberi impak emosi kepada individu dan keluarga. Adakah anda bersedia? Berbincanglah secara terbuka dengan pasangan tentang keputusan ini.

Kaedah ini boleh menjadi penyelesaian pencegahan kehamilan yang efektif untuk lelaki yang yakin dengan keputusan ini. Namun, ia adalah keputusan besar yang harus dipertimbangkan dari segi kesihatan, pandangan agama dan persediaan emosi.

JAKIM, upm.edu.my

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kaedah Merancang Keluarga Paling Berkesan, Ini Senarai dan Kos Pembedahan Vasektomi Di Malaysia

Baca juga: (Video) Prosedur Vasektomi, Kaedah Kontraseptif Kekal Untuk Lelaki Cegah Isteri Hamil

Baca juga: 13 Cara Mencegah Kehamilan Zaman Kuno Yang Pelik, Tak Boleh Diterima Akal, Jijik Pun Ada!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Vasektomi Dalam Islam, Maksud & Risiko Vasektomi Yang Perlu Dipertimbangkan
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham