Jauhkan Diri Jika Mengalami Gejala, Seramai 315 Kanak-Kanak Negara Ini Positif Covid-19

Penularan virus Corona membimbangkan masyarakat seluruh dunia. Sekiranya bergejala, lakukan isolasi di rumah dan jauhkan diri daripada orang tersayang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penularan wabak penyakit dari virus Corona bagaikan tiada kepastian bila ia akan berakhir. Saban hari Malaysia mencatatkan kes terbaharu dan masih terdapat angka kematian pesakit.

Namun, seluruh pihak telah mengerahkan tenaga dalam memikul tanggungjawab masing-masing untuk membasmi virus jahat ini sehingga ke akar umbi serta memerlukan sokongan seluruh rakyat dengan sentiasa duduk di rumah.

Penularan virus Corona terhadap anak kecil

foto: free malaysia today

Setakat 16 April, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan jumlah keseluruhan sebanyak 315 kes positif wabak Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 14 tahun.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia membabitkan enam peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 5 182 kes yang dilaporkan di negara ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 83 orang pesakit kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah dan lima hingga sembilan tahun,''

''Selain itu, seramai 149 pesakit pula adalah berusia 10 hingga 14 tahun,'' ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Dr. Noor Hisham mengatakan bahawa kebanyakan kanak-kanak mendapat jangkitan daripada ibu ayah atau ahli keluarga yang positif wabak Covid-19.

''Biasanya kanak-kanak yang mendapat jangkitan dapat bersama keluarga sama ada ibu atau ayah. Sekiranya mereka sama-sama positif Covid-19, kami akan meletakkannya dalam bilik atau wad sama,''

Tambahnya lagi, jika kanak-kanak tersebut dijangkiti virus Corona, tetapi ibu ayah didapati negatif ujian saringan dan ingin menjaga anak, perlu menandatangi surat persetujuan terlebih dahulu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukna itu sahaja, pihak KKM turut menggalakkan ibu ayah menjaga anak-anak dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sepanjang tempoh mereka di hospital,'' jelasnya.

Terdahulu, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut melaporkan Covid-19 dengan kes baharu iaitu sebanyak 110 orang dengan 5 182 jumlah keseluruhan kes dilaporkan.

Manakala, kes sembuh pula adalah seramai 119, 1 kematian dan 29 orang pesakit memerlukan anak bantuan pernafasan.

Langkah pencegahan awal mampu melindungi kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: atomiyme

Dalam melindungi anak dan keluarga, ibu ayah perlu menerapkan nilai kebersihan termasuklah langkah pencegahan dalam berhadapan isu penularan jangkitan Coronavirus.

Menurut pakar perunding penyakit berjangkit, Datuk Dr Christopher Lee berkata langkah berjaga-jaga boleh diambil bagi mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan.

''Risiko kanak-kanak mendapat jangkitan Covid-19 adalah sama seperti golongan dewasa dan mereka memerlukan langkah pencegahan yang sama,''

Tambahnya lagi, manfaatkan tempoh kawalan pergerakan ini dengan mengehadkan pergerakan anak-anak dan memastikan mereka sentiasa berada dalam rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, ibu ayah perlu mempraktikkan amalan mencuci tangan dengan sabun, tidak menyentuh bahagian mata, hidung dan mulut jika tangan tidak dibersihkan terlebih dahulu.

''Usaha yang dilakukan setiap hari ini lama-kelamaan akan menjadi amalan. Ia dapat membantu mengelakkan sebarang jangkitan kuman dan sekurang-kurangnya anda lebih bersedia dalam membanteras penularan penyakit berjangkit ini,'' ujarnya.

Sistem ketahanan tubuh rendah

foto: time

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengikut ulasan oleh Pakar Pediatrik Hospital Pakar KPJ Selangor, Datuk Dr Zulkifli berkata sehingga kini tiada sebarang kes kematian direkodkan akibat virus Corona dalam kalangan kanak-kanak.

Namun, memandangkan sistem imuniti anak kecil rendah berbanding orang dewasa normal, pihak kesihatan menjangkakan komplikasi penyakit yang bakal dihadapi lebih teruk jika mereka menghidapi pneumonia.

''Selain amalan mencuci tangan dengan sabun, anak-anak perlu mengelakkan diri daripada individu kurang sihat atau bergejala. Elakkan sengaja mendedahkan cahaya mata anda kepada penyakit biarpun sudah mengetahui risiko dan puncanya,'' jelas Dr Zulkifli.

Kongsinya lagi sekiranya berlaku penularan virus dalam kalangan masyarakat, seluruh pihak sememangnya perlu berasa risau. Seperti SARS dahulu, kanak-kanak jarang dijangkiti tetapi apabila dijangkiti, risikonya adalah lebih besar kerana faktor imuniti dan saiz paru-paru yang lebih kecil.

Justeru, penyusuan susu ibu dan vaksinasi amat digalakkan sebagai langkah pencegahan kombinasi terbaik dalam peringkat bayi.

Untuk kanak-kanak pula, ibu ayah perlu memastikan makanan yang disediakan adalah berkhasiat dan seimbang agar sistem pertahanan tubuh badan kuat serta mampu melawan kuman penyakit,'' jelasnya.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian, Selangor Kini

Kredit foto: Sinar Harian, Dream

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: