Kesan virus Covid-19 boleh memudharatkan kesihatan anak. Hati ibu bapa mana yang tidak sedih melihat anak kesayangan menderita akibat dijangkiti virus Covid-19. Seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook ini, anaknya dijangkiti virus bahaya tersebut dan sudah dua bulan si kecil itu menderita simptom post Covid.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Kesan virus Covid-19 (post covid syndrome), anak terpaksa kerap ke klinik
- Kesan jangka panjang Covid-19 pada kanak-kanak, Dhuha terpaksa ditidurkan
- Anak yang kuat melepasi fasa kritikal
- Genap seminggu bermalam di hospital, Dhuha akan teruskan ambil antibiotik
- Kesan jangka panjang Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak
Kesan virus Covid-19 (post covid syndrome), anak terpaksa kerap ke klinik
Menerusi kapsyen yang dikongsikannya, anaknya tiba-tiba bernafas dengan laju, batuk tidak henti serta selesema dan sudah hampir dua minggu mereka mendapatkan rawatan di hospital. Dia turut kongsikan tiga rawatan yang dilakukan untuk mengeluarkan kahak iaitu:
- Neb (cair kahak)
- Tepuk precution
- Suction (sedut kahak)
Tambahnya selepas kahak dikeluarkan, anaknya terus rasa lega.
Dia juga berkongsi nasihat doktor bahawa bayi yang dijangkiti virus ini akan mengalami kesan jangka panjang Covid dalam masa empat hingga ke enam bulan.
Kesan jangka panjang Covid-19 pada kanak-kanak, Dhuha terpaksa ditidurkan
Beberapa hari lalu ibu Dhuha, bayi yang mengalami simptom Long Covid, kongsikan di laman Facebooknya, bayi kecil itu telah ditidurkan pada 17 Mei yang lalu.
Anak yang kuat melepasi fasa kritikal
Selepas sehari ditidurkan, ibu ini dapat menarik nafas lega apabila Allah masih panjangkan usia anaknya. Dia turut berterima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan untuk kesembuhan Dhuha.
Kesan jangka panjang Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak
Jangkitan jangka panjang Covid-19 atau Long Covid dalam kalangan kanak-kanak perlu ditangani dengan serius kerana ia boleh memberikan kesan pada tumbersaran dan perkembangan anak.
Antara gejala yang kerap dilaporkan adalah kelesuan, kesukaran bernafas ketika melakukan aktiviti, batuk, kesakitan serta kesukaran untuk tidur. Dan dilaporkan lebih separuh daripada kanak-kanak yang dijangkiti virus ini akan mengalami satu daripada gejala ini dan akan berakhir setelah 120 hari (Kajian oleh USM)
Kanak-kanak yang mengalami simptom Long Covid dilaporkan akan mengalami masalah Multisystem Inflammatory Syndrom in Children atau MIS-C di mana mereka akan mengalami gejala seperti penyakit Kawasaki dan kehilangan fungsi organ dalam badan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Anda Dijangkiti Covid-19? Sediakan Ubat ini Dirumah untuk Rawat Demam, Batuk Dan Selesema
Baca juga: Seawal Bilakah Anak Yang Dijangkiti Covid-19 Boleh Ambil Vaksin? Ini Jawapan Doktor
Baca juga: Pelitup Muka Terbaik Kanak-Kanak Untuk Perlindungan Maksimum Dari Covid-19