Betul Ke Bayi Boleh Lahir Besar Sebab Ibu Makan Vitamin Semasa Hamil?

Betul ke makan suplemen boleh sebabkan baby besar?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Benarkah pengambilan vitamin menyebabkan bayi besar dalam kandungan?

Ada banyak faktor yang memberi kesan kepada berat dan saiz bayi semasa dalam kandungan, yang juga boleh mempengaruhi cara kelahiran bayi. Sekiranya bayi dianggarkan mempunyai berat berlebihan, kemungkinan besar ibu terpaksa menjalani pembedahan czer semasa bersalin.

Pengambilan Vitamin Punca Bayi Besar Dalam Kandungan?

Seorang pengguna aplikasi theAsianparent telah mengemukakan satu soalan berkenaan punca bayi besar semasa kehamilan. Menurutnya, dia berasa risau apabila ramai yang mengatakan vitamin merupakan punca bayi besar semasa hamil?

Adakah perkara ini benar?

Berikut penjelasan Dr Hamid Arshat berkenaan isu ini:

“Ramai wanita yg salah anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yg diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir.  Pil vitamin ini penting utk kesihatan ibu dan utk bina darah utk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil kalsium utk bina tulang, folic utk keperluan semua sel2 baru utk janin dan fish oil sebagai sumber omega3 dan DHA utk sel2 otak bayi utk jadi anak pintar. Setelah bersalin TERUSKAN makan supplemen2 tersebut utk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta utk susu ibu yg berkualiti. Saya cadangkan pil2 tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.” –  Dr Hamid Arshat

Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang dijalankan di Timur London yang menyatakan kandungan vitamin berlebihan boleh menyebabkan bayi besar sejak dalam kandungan.

Pengambilan suplemen dan vitamin dalam dos berpatutan boleh menghindari risiko bayi kurang berat yang boleh menghadapi masalah kesihatan selepas dilahirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi para ibu tak perlu risau ya fikir tentang risiko bayi besar sekiranya makan suplemen tambahan. Lagipun pengambilan vitamin yang dibekalkan doktor bertauliah pastinya diberikan dalam dos yang tepat dan ia untuk kebaikkan ibu serta janin dalam kandungan.

Hakikatnya, ada banyak faktor yang menyebabkan bayi besar dalam kandungan, antaranya:

  • Diabetes Melitus – Paras gula dalam darah ibu tinggi semasa kehamilan.
  • Faktor genetik – Ibu atau ayah dari genetik berbadan besar
  • Ibu yang mengalami obesiti dan atau berat badan naik dengan kadar mendadak saat hamil.
  • Bayi lahir lewat bulan atau lebih dari 42 minggu. 

Dos Suplemen Tambahan Yang Betul Semasa Hamil 

Bagi memastikan janin dalam kandungan mendapat nutrien yang cukup, ibu harus mengambil dos yang bertepatan semasa hamil.

Dos yang terlalu kurang atau berlebihan akan memberikan risiko kesihatan kepada janin dan selepas kelahiran, jadi sebaiknya dapatkan preskripsi doktor berdasarkan keadaan ibu terlebih dahulu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut merupakan dos yang betul semasa kehamilan:

Asid folik

Keperluan sehari: 600 mikrogram.

Ibu perlu mengambil dos sekurang-kurangnya 400mcg, manakala yang selebihnya wanita boleh mendapat dari diet mereka. Folat membantu otak dan sistem saraf bayi berkembang pada awal kehamilan untuk membantu mencegah beberapa kecacatan kelahiran. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber lain: Sayur-sayuran berdaun hijau gelap, kacang, kacang, kacang, dan makanan yang diperkaya dengan asid folik seperti roti, bijirin, tepung, pasta, dan beras. 

Zat Besi

Keperluan sehari: 27 miligram

Zat besi membantu badan bertahan dengan peningkatan darah yang berlaku semasa hamil.

Sumber lain: Kacang putih, lentil, bayam, daging sapi, jambu, ayam, dan makanan berkekuatan besi seperti roti dan bijirin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalsium

Keperluan sehari: 1,000 miligram setiap hari

Kalsium adalah penting untuk membantu tulang bayi berkembang. Bayi akan menarik kalsium dari ibu sendiri jika ia tidak mendapat keperluan kalsium yang secukupnya. Ini boleh menyebabkan si ibu berisiko mengalami masalah tulang pula!

Sumber lain: Susu, yogurt, keju, dan makanan kalsium yang diperkaya seperti tauhu dan bijirin.

Vitamin D

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keperluan sehari: 600 IU

Vitamin D membantu badan anda menyerap kalsium dengan lebih baik.

Sumber lain: Salmon, keju, kuning telur, dan makanan berteknologi vitamin D seperti susu, bijirin, dan jus oren.

Semak Berat Bayi Sepanjang Kehamilan

Sekiranya ibu khuatir dan ingin tahu anggaran berat yang sepatutnya semasa minggu kehamilan, ibu boleh semak dalam aplikasi theAsianparent juga ya! Ibu hanya perlu mendaftar tarikh kelahiran anak dalam aplikasi, dan ikuti perkembangan simanja dalam bentuk gambarajah 3D!

Ibu juga boleh menyemak berat dan saiz anggaran bayi sepanjang kehamilan, selain keperluan ibu dan janin yang bersesuaian mengikut minggu kehamilan. Tetapi ini hanyalah anggaran ya, jadi sebarang kerisauan ibu boleh terus merujuk pada doktor.

Semoga bermanfaat!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: webmd

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkeperluan-pemakanan-semasa-kehamilan-dan-penyusuan

Penulis

Beto Rahman