Malas Makan Vitamin Semasa Hamil, Adakah Ia Membahayakan Kandungan? Ini Jawapan Doktor
Adakah bahaya jika tidak makan vitamin ketika hamil? Ini penjelasannya.
Biasanya doktor akan memberikan vitamin semasa hamil agar dapat menguatkan kandungan dan memelihara bayi dengan lebih sempurna. Namun, memang ada ibu yang malas nak makan vitamin semasa hamil ini, jadi adakah ia boleh membahayakan kandungan?
Tidak makan vitamin semasa hamil, adakah ia boleh membahayakan kandungan ibu?
Seorang doktor keluarga dari Women’s College Hospital mengatakan tiada masalah yang buruk jika anda tidak makan vitamin semasa hamil kerana vitamin dan mineral itu diberikan supaya tubuh mendapat nutrisi yang lengkap dan lebih banyak dari sebelumnya.
Dr. Natalia dari laman Alo Dokter turut menjelaskan walaupun vitamin dan mineral boleh didapati dalam makanan seharian namun ada ketikanya ia tidak mencukupi untuk keperluan nutrisi tubuh ibu yang sedang hamil supaya perkembangan bayi lebih sihat.
Disebabkan itu, ibu perlu makan vitamin ketika hamil.
3 Vitamin yang perlu makan ketika mengandung
#1. Asid Folic
Asid folic sangat penting bagi pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat sekaligus mencegah cacat lahir pada sistem saraf atau neural tube defect (NTD).
Disebabkan ada kehamilan yang tidak dirancang maka wanita disarankan mengambil 400 mcg asid folic setiap hari bermula sebelum hamil hingga 12 minggu kehamilan.
Meskipun itu, anda juga boleh mendapatkan asid folic dari makanan seperti sayuran berdaun hijau, bijirin, gandum dan kekacang. Namun kadang-kadang ia tidak mencukupi untuk tubuh ibu dalam seharian.
Oleh sebab itu, anda wajib makan vitamin ini supaya pertumbuhan bayi lebih sihat sehingga selamat dilahirkan.
#2. Zat besi
Zat besi diperlukan bagi membentuk sel darah merah yang sangat penting supaya dapat membawa oksigen ke seluruh tubuh ibu dan bayi.
Bahkan, jika ibu kekurangan zat besi ketika hamil ia boleh menimbulkan masalah anemia dan timbul gejala seperti cepat penat, kepala berpusing, badan lemah dan pucat. Malah risiko anemia ini boleh berlanjutan sehingga bayi dilahirkan.
Dalam sesetengah kes, kekurangan zat besi boleh menyebabkan bayi lahir paramatang dengan berat yang terlalu rendah dan ringan.
Namun begitu, vitamin zat besi boleh memberi kesan sampingan seperti sembelit atau cirit birit, sebaiknya minta pandangan doktor O&G anda sebelum mengambil vitamin ini.
Nutrisi zat besi ini boleh didapati dalam daging tanpa lemak, sayuran berdaun hijau gelap seperti bayam, kekacang dan buah-buahan.
#3. Kalsium dan Vitamin D
Biasanya ibu hamil diwajibkan makan 10mcg vitamin D dan 100 mg kalsium setiap hari kerana kedua-duanya penting bagi kesihatan tulang dan gigi ibu serta janin.
Jika kurang vitamin ini ia boleh menimbulkan masalah pertumbuan tulang yang kurang sihat. Namun, vitamin ini boleh didapati juga dalam makanan seharian seperti tauhu, tempe, susu, kacang, yogurt, sayuran berdaun hijau, salmon dan sardin.
Panduan mengambil vitamin ketika hamil
- 400 mcg asid folic
- 400 unit vitamin D
- 200 – 300 mg ofcium
- 70 mg vitamin C
- 3 mg tiamin
- 2 mg riboflavin
- 20 mg niasin
- 6 mcg vitamin B12
- 10 mg vitamin E
- 17 mg zat besi
- 150 mg yodium
Walaubagaimanapun, keperluan vitamin dan mineral setiap orang adalah berbeza-beza dan sebaiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Fadhila Aulia. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga
9 Vitamin Penting Selepas Bersalin Setiap Ibu Baru Perlu Makan