Bayi 3 Bulan Dijangkiti Covid Tahap 4, Ibu Ini Pesan Elakkan Bagi Orang Pegang Anak

Wabak penyakit Covid-19 jenis Omicron mudah dijangkiti oleh bayi dan kanak-kanak. Seorang ibu menceritakan pengalaman pahit dilaluinya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa sangka Hari Raya, hari yang di mana sepatutnya semua orang boleh bergembira berjumpa dengan sanak-saudara telah menjadi tragedi hitam untuk seorang ibu muda, Akmar Azimi. Wabak penyakit Covid-19 ini telah meragut kegembiraan pada bayinya yang ketka itu baru berusis 3 bulan, Mulan. 

Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini? 

  • Covid-19, wabak penyakit yang tidak boleh diambil mudah
  • Wabak penyakit berjangkit, bayi 3 bulan disahkan Covid tahap 4
  • Tips ketika menguruskan anak positif Covid-19

Covid-19, wabak penyakit yang tidak boleh diambil mudah

Bayi comel berusia 3 bulan ini telah dijangkiti oleh wabak penyakit Covid-19 daripada varian Omicron yang ditakuti oleh semua orang. Luahan hati seorang ibu di laman sosialnya tentang perkongsian penuh si kecil yang berjuang untuk tetap bertahan dari virus ini memberikan inspirasi kepada netizen di luar sana. 

"Darah cuba diambil dari tangan dan kakinya, tetapi susah nak dapat." 

"Tubuh Mulan sampai lembik tak bermaya!"

Menurut ibu pada bayi pejuang ini, dia positif Covid-19 setelah menghadiri kenduri kahwin majlis adiknya. Baby Mulan pula berjangkit daripada kakaknya, Airis yang berusia 5 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tarikh 12 Mac adalah permulaan segalanya apabila Mulan menunjukkan simptom-simptom Covid-19 seperti batuk yang teruk tetapi ketika itu dia belum lagi demam. Suhu badannya mula meningkat pada 19 Mac iaitu 38.5 dan dadanya pula mula melekuk dan berombak. 

Mulan terus dirujuk ke Hospital Klang untuk pemeriksaan lanjut. Ruang kecemasan memang sangat sibuk dengan pesakit-pesakit Covid-19 yang terdiri daripada ibu mengandung, orang tua, kanak-kanak, dan bayi. 

Wabak penyakit berjangkit, bayi 3 bulan disahkan Covid tahap 4

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Anak puan, dah stage 4." Hati ibu mana yang tidak hancur berderai apabila doktor memberitahu tentang keadaan bayi kecilnya ketika itu. Jelas dari hasil imbasan x-ray menunjukkan ada banyak tompok-tompok Covid-19 yang mula menyerang paru-paru Mulan. 

Perjuangan Baby Mulan hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kuatnya dia. Setiap hari nurse akan check, doktor pun akan monitor dari semasa ke semasa. 

"Setiap kali lepas minum susu, Mulan akan batuk teruk."

"Muntah berkali-kali sampai keluar kahak dan demam 38.2."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alhamdulillah, hari ketiga di wad, Mulan sudah dibenarkan discharge pada 23 Mac. Kemudian, diminta untuk kuarantin kendiri selama 2 hari di rumah. 

Bayi pejuang ini akhirnya bebas Covid-19 pada 25 Mac dan kembali semula pada pangkuan keluarga yang tersayang. 

Tips ketika menjaga bayi positif Covid-19

Beberapa tips yang dikongsi ibu muda ini untuk menjaga anak-anak yang dijangkiti virus Covid-19. Antaranya seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Check suhu dan nadi secara berkala
  • Catit segala butiran penting tentang perkembangan bayi dalam borang yang disediakan setiap hari seperti berat pampers, berapa oz susu diminum, berapa kilogram bayi buang air besar, berapa gram bayi buang air kecil, dan sebagainya
  • Sentiasa jaga kebersihan diri khususnya kepada yang menjaga pesakit
  • Sentiasa pakai face mask dan sanitize tangan 

Hari Raya sudah dekat. Sebagai ibu bapa jangan kita terleka dengan kegembiraan sementara ini. Keselamatan dan kesihatan diri dan keluarga itu sangat penting. Ingat virus ini masih ada diserata kita. Hanya sahaja ambillah langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya dalam fasa endemik ini. Risiko itu tidak boleh dielak tetapi usaha perlu dilakukan. Setidaknya kita telah cuba sedaya upaya untuk menjaga kebajikan keluarga dan insan yang tersayang. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kanak-Kanak Perempuan 5 Tahun Maut Covid-19, Tiada Sejarah Penyakit Kronik Pun Boleh Menyebabkan Kematian

Baca juga: Apa Patut Buat Bila Anak Positif Covid-19? Ini 6 Cara Jaga Kesihatan Mereka Elak Jadi Lebih Teruk

Baca juga: Ibu Mengandung Perlu Segera Dapatkan Vaksin Covid-19, Anda Berisiko Tinggi Jika Dijangkiti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan