Bila waktu lelaki paling subur untuk sperma senang "lekat"?

Ada yang mengatakan waktu subur lelaki adalah pada waktu pagi. Betul ke? Bagaimana ingin membuatkan sperma cepat "lekat" pada telur isteri?

Ada sesetengah pasangan dimudahkan rezeki untuk mendapat cahaya mata. Tapi, ada juga yang mengalami pelbagai cabaran untuk menimang anak sendiri

Apabila pelbagai cara (ehem, atau posisi seks) telah dicuba untuk hamil, tapi anda masih tidak mengandung, sudah tentu stress, kan? Untuk kaum lelaki – mulalah keluar pelbagai nasihat.

Ada nasihat yang mengatakan waktu subur lelaki pada waktu pagi. Jadi, buat seks pada waktu pagi!

Betul ke nasihat ini? Bila waktu subur lelaki? Jom kita semak apa kata pakar…

Waktu subur lelaki: Fahami konsep ini dulu

Sebelum kita bercakap tentang sperma dan waktu subur lelaki, ayuh fahami konsep bagaimana kehamilan terjadi dulu.

Kita tergolong dalam kumpulan mamalia di mana kaum wanita akan memiliki kitaran kesuburan setiap bulan. Kitaran ini dikenali sebagai kitaran haid.

Ini bermaksud, badan wanita akan “menyediakan dirinya” untuk kehamilan pada sesetengah waktu setiap bulan. Waktu ini dikenali sebagai “tempoh subur“.

Tempoh subur biasanya kira-kira 12 atau 14 hari selepas haid. Pada ketika ini, badan wanita tersebut akan melepaskan ovum (atau telur) yang akan mati dalam masa 24 jam.

Namun, sperma lelaki pula boleh bertahan selama satu hingga lima hari!

Jadi, untuk anda yang merancang ingin menimang cahaya mata – target anda ialah “zon masa subur” ini. Namun, ia bukan bermaksud anda kena target satu hari sahaja.

Target dua atau tiga hari sebelum isteri anda mencapai ovulasi hinggalah sehari selepas ovulasi terjadi. 

Jika kitaran haid isteri anda normal, anda boleh guna pelbagai aplikasi kitaran haid untuk mengesan waktu ini.

Waktu subur lelaki: Fakta menarik tentang sperma

Jika anda sudah faham tentang bagaimana proses kehamilan berlaku, kali ini – jom kita ketahui satu fakta menarik tentang sperma ini sebelum kami mendedahkan bila waktu subur lelaki.

Sebuah kajian mendapati, ejakulasi (pancutan suami) yang mengandungi sperma terbahagi kepada 2 bahagian. 

Satu bahagian memiliki nutrisi seperti zat besi dan merupakan sperma yang sihat, ready untuk bercantum dengan telur.

Namun, satu lagi bahagian sperma tersebut mengandungi kimia yang akan membunuh sperma-sperma lain! Alamak! 

Tapi beginilah bagaimana evolusi berlaku dalam melindungi DNA badan kita. Jadi, apa yang harus anda lakukan ialah memastikan bahagian pertama ejakulasi itu masuk betul-betul ke dalam vagina!

Jadi, bila sebenarnya waktu subur lelaki?

Banyak bukti kajian mendedahkan waktu subur lelaki adalah pada waktu pagi. Malah, jumlah sperma lelaki juga paling tinggi pada waktu ini. 

Jadi, mungkin anda berpeluang untuk hamil jika kalian melakukan seks pada waktu pagi. Tapi sebenarnya, lelaki paling subur jika mereka menjaga kesihatan dan gembira!

Walau bagaimanapun, jika kalian masih gagal walaupun sudah mencuba pelbagai cara, ini antara beberapa cara untuk meningkatkan peluang kehamilan buat anda suami isteri:

  1. Kerap buat seks – Kajiian mendedahkan oleh sebab anda hanya ada masa yang pendek saja untuk mengejar telur yang dilepaskan, maka, seks yang kerap akan membantu
  2. Amalkan diet yang sihat dan jaga kesihatan – Jangan merokok, minum alkohol, makan makanan yang terlalu banyak gula/garam
  3. Salin seluar dalam kepada boxer – Suhu akan menjejaskan sperma secara negatif. Jadi jika anda ingin mencuba, apa kata tukar dulu seluar dalam anda.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Dr. Anay Bhalerao dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

https://my.theasianparent.com/air-mani-banyak

Penulis

Ayu Idris