Patutlah Anak Selalu Meragam & Susah Tidur, Ramai Ibu Ayah Tidak Sedar 5 Kesilapan Ini!

Tahukah anda waktu tidur anak kecil hendaklah diatur sebaik mungkin bagi membantu proses perkembangannya? Namun ramai ibu bapa melakukan kesilapan ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila menyentuh tentang waktu tidur anak yang masih kecil, ramai ibu ayah menggunakan teknik dan rahsia tersendiri. Namun tidak dinafikan ia antara salah satu cabaran terbesar bagi kebanyakan ibu ayah baru.

Sedar ataupun tidak menyuruh anak masuk tidur dan mengharapkan mereka terus melelapkan mata turut mendorong anda melakukan beberapa kesilapan. Sebab itulah anda akan perasan si manja lebih gemar bermain di atas katil sampailah lewat malam.

Kesilapan ramai ibu ayah lakukan ketika menetapkan waktu tidur anak

#1. Tidak konsisten

credit to sources

Mungkin ada masanya si manja berasa tidak mahu berenggang dengan ibu ayah dan ini lebih mudah untuk menidurkannya di atas katil. Atau mungkin anda gemar meletakkan mereka di dalam bilik dan tidur bersama-sama. Tanpa sedar, katil suami isteri telah bertukar menjadi katil keluarga.

Tindakan ini sebenarnya membuatkan anak berasa keliru serta tidak memahami mengapa kadangkala anda membawa ke katilnya sendiri dan pada hari yang lain, ibu ayah membiarkan sahaja mereka tidur di katil anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesannya, anak-anak akan mengamuk disebabkan oleh terpaksa tidur bersendirian setiap malam.

#2. Persekitaran yang terlalu terangsang

Sesetengah ibu ayah gemar meletakkan pelbagai mainan bergantung di katil bayi bagi tujuan dekorasi dan menenangkannya. Namun sebenarnya permainan berputar, mengeluarkan muzik dan cahaya boleh menarik perhatian si manja.

Jika sering terganggu oleh segala peralatan mainan ini, bayi akan terjaga dan tidak mengerti bila tiba masanya untuk tidur malam. Adalah lebih baik untuk meletakkan si manja tidur di dalam bilik yang benar-benar gelap. 

Pastikan persekitarannya tenang bagi membolehkannya bangun keesokan pagi dengan penuh ceria!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Membiarkan anak bermain dan tidur lewat

 credit to sources

Kebanyakan ibu ayah yang bekerja pada siang hari sememangnya mahu meluangkan sedikit masa bersama anak-anak di rumah. Justeru, anda akan bermain dan berharap mereka akan menjadi letih sehingga lama-kelamaan akan tertidur dengan sendiri.

Walau apapun alasannya, ia bukanlah suatu idea yang baik untuk membiarkan anak berjaga. Sebenarnya bayi dan anak kecil yang berasa letih akan membuatkan mereka sukar untuk tidur dengan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Terlalu awal memindahkan anak ke katil yang besar

Sekiranya ibu ayah mengalihkan si manja dari kot bayi ke katil terlalu awal, anda mungkin akan mendapati dia akan merayau di sekitar rumah pada waktu pagi. Ketika si manja belum melangkah usia tiga tahun, dia tidak mempunyai pemahaman serta kawalan diri untuk tetap berada di sekitar sempadan katil.

Justeru, cara terbaiknya adalah ambil sedikit masa sebagai tempoh percubaan untuk membiasakan si manja dengan katil besar. Jika tidak membuahkan hasil setelah seminggu, maka tidak salah untuk ibu ayah mengembalikannya ke kot bayi.

#5. Tiada rutin waktu tidur yang tetap

Ketika masih bayi, ibu ayah mungkin merasakan bahawa rutin tidur biasanya terdiri mandi, tukar lampin dan pakaian atau membacakan buku cerita. Namun apabila usia mereka bertambah, anda mungkin berasakan mereka sudah besar untuk mematuhi rutin tidur atau ibu ayah sendiri berasa bosan bagi meneruskannya.

Menyediakan beberapa aktiviti sebelum melelapkan mata dengan tenang adalah penting dalam membantu si manja memperoleh waktu tidur berkualiti. Sebagai contoh, membaca doa atau mengaji al-quran mampu memberikan ketenangan jiwa buat anak kecil serta seisi keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Anda tidak boleh mengharapkan anak untuk terus tidur apabila masuk sahaja waktu malam. Pekerjaan anak-anak yang sedang membesar adalah sentiasa bermain. Selain itu, ibu ayah juga perlu menyediakan bekalan susu mencukupi sebelum tidur agar bayi atau anak kecil tidak meragam.

Perlu diingatkan bahawa ibu ayah tidak boleh rasa tertekan apabila tibanya waktu malam. Anda hendaklah menenangkan diri dan cuba membelai si manja agar mereka berasa tenang, tidak terganggu dan selamat ketika melelapkan mata.

Belaian mesra dari ibu ayah mampu memberikan aura yang positif terhadap minda si manja. Dari sinilah juga menguatkan rasa kasih sayang dalam hubungan anda dan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: BabyCenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtidur-yang-cukup