Boleh kata ramai ibu bapa yang tak tahu bahayanya baby walker. Sememangnya walker baby itu ada gunanya untuk mengajar anak belajar berjalan, tetapi ia juga boleh jadi satu alatan yang sangat bahaya untuk anak.
Menerusi sebuah perkongsian Doktor Redza Zainol, Pakar Perubatan Pediatrik di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini dia baru mendapat satu kes seorang bayi yang menggunakan baby walker. Menurutnya, dia tergamam bila lihat keputusan CT scan otak bayi ini.
Kes itu dikatakan yang mana bayi tersebut menaiki walker baby dan entah bagaimana ia terbalik dan bayi tersebut dilaporkan telah terjatuh di tangga. Biarpun tangga tersebut tidaklah tinggi, tetapi keputusan CT scan mengesahkan sudah ada pendarahan di dalam otaknya serta tempurung kepalanya mengalami keretakan.
Perkara ini sehingga membuatkan Dr Redza sendiri terkelu, jadi dia dan doktor-doktor lain di hospital itu hanya mampu untuk merujuk bayi tersebut ke hospital yang lebih besar untuk dia mendapat rawatan yang lebih baik.
Nyata yang kedua-dua ibu bapa bayi tersebut tergamam dan menyesal juga tiada gunanya. Dr Redza juga menyatakan, “Sebenarnya selain terjatuh, banyak kes bayi dikejarkan ke hospital sebab tersepit dan melecur kulit ketika menggunakan baby walker.”
Tambah Dr Redza lagi, di Kanada, penggunaan baby walker telah pun diharamkan sepenuhnya. Menurut American Academy of Pediatrics, mereka tegas mengatakan yang kereta berjalan bayi ini tidak boleh diletakkan di rumah atau pusat penjagaan kanak-kanak.
Tetapi apa yang mereka cadangkan adalah untuk ibu ayah menggunakan ‘play yards atau playpens.’ Ini di mana ibu ayah boleh mencipta satu ruang selamat untuk meletakkan bayi kita yang dah pandai duduk, menyelar, merangkak, dan berdiri.
Katanya lagi, bila buat sebegini, bayi tidak akan dapat bergerak sampai ke tangga, bawah meja atau dapur tanpa ibu ayah sedar. Sambil si comel bermain dengan permainan yang kita letakkan di ruang selamatnya, ibu ayah juga boleh melakukan tugasan rumah dengan selamat. Malah adik beradik yang lain telah besar juga boleh bermain bersama di ruang itu.
Biarpun tidak menggunakan baby walker, ibu ayah turut disarankan untuk memantau anak kecil supaya sentiasa dalam keadaan selamat.
Instagram Dr Redza Zainol
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Elak Guna Baby Walker Untuk Bayi Cepat Berjalan, Ia Beri Kesan Pada Tulang Belakang
Baca juga: Bahaya Guna Baby Walker, Bayi MAUT Dilanggar Lori, Ini Amaran Penting Buat Ibu Bapa!
Baca juga: Cegah Kecelakaan Di Rumah Dengan Barangan Keselamatan Untuk Lindungi Anak Termasuklah Baby Gate!