TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bahaya Guna Baby Walker, Bayi MAUT Dilanggar Lori, Ini Amaran Penting Buat Ibu Bapa!

12 Jun, 2019
Bahaya Guna Baby Walker, Bayi MAUT Dilanggar Lori, Ini Amaran Penting Buat Ibu Bapa!

Siapa sangka sebenarnya, penggunaan baby walker ini membawa bahaya. Jadikan kisah ngeri ini sebagai pengajaran ya ibu ayah? Pantau anak anda!

Tragik. Hanya itu yang mampu diucapkan apabila mendengar berita tentang bahaya penggunaan baby walker ini. 

Penggunaan baby walker telah banyak menimbulkan pro dan kontra. Pakar masih berdebat apakah manfaat dan bahaya baby walker. Namun baru-baru ini, tak sangka penggunaan baby walker akhirnya membawa padah!

Seorang bayi dilaporkan menggunakan baby walker untuk berjalan, lalu dilanggar lori apabila baby walkernya tiba-tiba meluncur ke jalan, tanpa sempat dielak lori tersebut!

Kronologi kejadian penggunaan baby walker membawa padah

penggunaan baby walker, bahaya baby walker, baby walker, walker untuk bayi, keburukan penggunaan baby walker, baby walker sesuai umur berapa, umur bayi yang sesuai naik walker, baby walker yang bagus untuk bayi, penggunaan baby walker bila

Dipetik dari Bangkok Post, seorang bayi dilaporkan maut ketika menggunakan baby walker akibat dilanggar lori di hadapan kedai milik ibu bapanya. 

Insiden itu terjadi di Soi Suksawat, bandar Phra Samut Chedi, Prakan, Thailand pada hari Khamis pukul 2 petang waktu tempatan. 

Pemandu lori tersebut, Sanan Sopapong (61) mengatakan, dia sedang memandu lorinya, dan tiba-tiba di tengah perjalan, sebuah baby walker meluncur laju ke tengah jalan dalam jarak yang sangat dekat.

Dia yang terkejut cuba untuk mengelak, tetapi baby walker itu masih terkena roda belakang lori terbabit. 

Setelah insiden itu terjadi, polis segera ke lokasi kejadian dan menemui Wilawan Pitpan (30), ibu mangsa, menangis dan memegang tubuh anak lelakinya itu. Kepala dan lutut kanan bayi tersebut cedera parah. 

Lori yang melanggar mangsa diparkir sekitar 5 meter hadapan kedai, sambil pemandunya menanti ketibaan polis. 

Kecelakaan Akibat Penggunaan Baby Walker

penggunaan baby walker, bahaya baby walker, baby walker, walker untuk bayi, keburukan penggunaan baby walker, baby walker sesuai umur berapa, umur bayi yang sesuai naik walker, baby walker yang bagus untuk bayi, penggunaan baby walker bila

Sambil menangis, ibu mangsa menjelaskan sebelum kematian bayinya ini, dia memang meletakkan mangsa di dalam baby walker untuk bermain. Bayinya itu dikatakan bermain berhampiran pintu masuk kedai mereka.

Namun, terdapat penghalang yang berukuran satu meter di hadapannya.

Ketika sibuk chatting dengan saudaranya, bayi itu telah melanggar penghalang terbabit dengan baby walker yang digunakannya, mengakibatkan walker itu meluncur laju ke jalan dan berhadapan dengan lori yang sedang melalui jalan tersebut. 

Kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan takziah buat keluarga mangsa. Kejadian ini haruslah dijadikan pengajaran buat semua ibu bapa di luar sana agar lebih berhati-hati dan tidak lalai ketika mengawasi anak yang duduk dalam baby walker. 

Bagaimana Memastikan Penggunaan Baby Walker Yang Selamat?

penggunaan baby walker, bahaya baby walker, baby walker, walker untuk bayi, keburukan penggunaan baby walker, baby walker sesuai umur berapa, umur bayi yang sesuai naik walker, baby walker yang bagus untuk bayi, penggunaan baby walker bila

Disadur dari Parenting Firstcry, sangat disarankan untuk ibu bapa agar tahu langkah berjaga-jaga yang selamat jika ingin memberi anak guna baby walker secara aktif. 

Berikut antara langkah keselamatan yang penting untuk penggunaan baby walker:

  • Pastikan baby walker diguna hanya di permukaan datar dan rata
  • Jauhkan bayi dan baby walkernya dari tangga atau lopak air
  • Anda atau orang dewasa lain harus sentiasa dekat dengan bayi untuk mengawasinya
  • Lepaskan benda atau permukaan yang tajam dan runcing dari sekitar baby walker sebelum digunakan. Benda yang berat dan mudah pecah di sekitar area bermain bayi juga harus dipindahkan

Dari kes ini, kita sebagai ibu bapa haruslah pengambil pengajaran. Pengawasan teliti harus dilakukan jika bayi anda menggunakan baby walker.

Jika anda harus melakukan benda lain dan tidak boleh mengawasi bayi yang sedang menggunakan baby walker, mintalah bantuan orang terdekat. Tidak pun, jangan letak bayi dalam baby walker tersebut. 

Waspada dan berhati-hatilah ketika mengawasi anak ya? Semoga Tuhan sentiasa melindungi buah hati kita. 

Semoga bermanfaat.

Artikel ini asalnya ditulis oleh Nia Lara Sari dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Elak Guna Baby Walker Untuk Bayi Cepat Berjalan, Ia Beri Kesan Pada Tulang Belakang

Stories Rakan Kongsi
Is Your Little One Getting Vaccinated Soon? Tips On What You Should Do Before & After Each Jab
Is Your Little One Getting Vaccinated Soon? Tips On What You Should Do Before & After Each Jab
Start your day with FREE breakfast this October
Start your day with FREE breakfast this October
7 tips for busy pregnant mums to meet nutritional requirements – every pregnant mum’s every day nutrition guide
7 tips for busy pregnant mums to meet nutritional requirements – every pregnant mum’s every day nutrition guide
Real Mum Review: Skinature By Drypers
Real Mum Review: Skinature By Drypers

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bahaya Guna Baby Walker, Bayi MAUT Dilanggar Lori, Ini Amaran Penting Buat Ibu Bapa!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham