6 Sebab Kenapa Wanita Mahu & Mesti Bekerjaya, Jangan Ingat Mereka MALAS Jaga Anak!

Tak tahulah mengapa, ada yang kata wanita bekerjaya ini sebenarnya nak elak tugas di rumah. Tahukah anda ini 6 sebab kenapa mereka pilih bekerja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah maksud wanita bekerjaya? Jangan ingat suri rumah tiada kerjaya ya. Jika dia ada buat side income seperti menjadi peniaga dalam talian, ia juga dikira bekerjaya.

Ada 1001 satu sebab kenapa ramai yang mahu jadi wanita bekerjaya. Selain sebagai persediaan sekiranya berlaku sebarang perkara kepada suami yang menjadi tempat bergantung, ada banyak sebab lain yang membuatkan mereka mahu ada kerjaya.

Tapi ada pula yang mengecam, mereka yang bekerjaya ini jika ada anak sebenarnya malas jaga anak, mahu lari dari tanggungjawab ada anak dan sebagainya.

Wanita bekerjaya ada sebab masing-masing

Kredit: arenaLTE

Bukan mahu memihak kepada sesiapa, tetapi tidak adil jika dikatakan wanita bekerjaya ini sengaja mahu elak jaga anak. Anda mahu tahu kenapa ramai yang memilih untuk memiliki kerjaya?

#1. Ringankan beban suami

Ini antara salah satu sebab kenapa wanita memilih untuk bekerjaya. Mereka rasa bersalah jika dibiarkan suami saja menangggung semuanya sedangkan itu memang tanggungjawab lelaki.

Bagi mereka, mahu menyumbang sekurang-kuranya sedikit untuk membantu suami juga sudah cukup menggembirakan hati. Bukanlah banyak pun kadang kala yang boleh dibantu, tetapi sekurang-kurangnya ada.

Ini antara sebab paling asas dan selalu didengar jika ditanya pada ibu-ibu atau isteri yang ingin mempunyai kerjaya.

#2. Kejar cita-cita

Hidup ini hanya sekali. Walaupun sudah berkeluarga, tidak semestinya adan perlu menguburkan cita-cita anda. Menyesal tak sudah pula nanti.

Perlu diingat, jangan biarkan orang lain kawal ‘sayap’ anda. Kejarlah cita-citamu wahai wanita. Jangan terus mengorbankan cita-cita anda yang diimpikan lama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Impian adalah sesuatu yang wajar kita raikan selagi mana kita mengimpikannya. 

#3. Belajar berdikari

Apabila mempunyai kerjaya seseorang itu secara automatik anda menjadi seorang yang pandai berdikari. Mereka akan berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

Sifat berdikari amat penting untuk survival seseorang individu. Jadi ini antara sebab yang menjadikan wanita memiliki kerjaya. 

#4. Bantu ibu bapa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: faceagingMN

Ada dalam kalangan mereka ini yang merupakan tonggak dalam keluarga sebelum berkahwin. Jadi mereka sudah terbiasa membantu ibu bapa dan adik beradik terutama dalam urusan kewangand dan sebagainya.

Tidak kira dia anak pertama atau yang ke berapa, tetapi tanggungjawab terhadap ibu bapa yang membesarkannya menjadikan dia memilih untuk bekerjaya. Jadi dia boleh membalas semula jasa mereka.

Dalam kes ini, mutahil untuk mereka meminta-minta kepada suami sedangkan mahu memberinya kepada ibu bapa sendiri. Jadi lebih baik mereka ada kerjaya sendiri. 

#5. Lebih seimbang, fokus dalam kehidupan seharian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika bekerja di rumah, mungkin mereka akan hantar anak ke taska. Bekerjaya bukanlah bermaksud mahu mengabaikan keluarga, anak dan sebagainya.

Tetapi ini akan menjadikan mereka lebih fokus dalam kehidupan. Selesai saja kerja di pejabat atau jika buat perniaagaan atas talian di rumah mereka boleh tumpukan kepada suami dan anak-anak di rumah.

Jadi kehidupan akan lebih berfokus tanpa perlu memendam rasa tertekan dan sebagainya. Mereka juga boleh berjumpa dengan rakan-rakan dan apabila balik ke rumah, akan menumpukan sepenuhnya perhatian kepada keluarga.

Tidak semestinya jika sudah berkeluarga semuanya perlu ditinggalkan begitu saja.

#6. Meneruskan legasi

Kredit: ukm

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada daripada golongan wanita ini yang memang meneruskan legasi keluarga. Biasanya yang berkait dengan bidang perniagaan. Jadi, hasrat untuk meneruskan legasi keluarga membuatkan mereka memilih untuk bekerjaya.

Takkan lah mahu biarkan saja legasi runtuh begitu saja. Sudah pasti mereka perlu ambil alih dan teruskan legasi yang sudah dibina sejak sekian lama.

Jadi kenapa ada yang masih lagi ditakuk lama menganggap wanita yang memilih untuk bekerjaya ini sebenarnya malas mahu jaga anak atau malas mahu menumpukan kepada keluarga. 

Mereka ini antara tulang belakang keluarga yang sepatutnya terus disokong inisiatif mereka jika memilih untuk menjadi wanita bekerjaya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 Perkara Yang Selalu Dikatakan Kepada Ibu Bekerja Yang Membuatkan Mereka Rasa Dihakimi

Baca juga:  Apa yang anak anda rasa sebenarnya apabila ibu bapa sibuk bekerja?

Baca juga: Jika Anda Seorang Ibu Bekerja, Pasti 7 Perkara Ini Pernah Terlintas Di Fikiran Anda Kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar