Bagaimana cara kiraan tarikh bersalin atau due date? Bagi ibu yang sudah memiliki sebelum disahkan hamil, mungkin anda berada dalam dilema untuk memilih bertahan meneruskan tugas atau berehat memandangkan simptom pembawakan anak sangat kuat.
Perubahan hormon ketika hamil pastinya tidak dapat dielakkan untuk bakal ibu, oleh itu persiapan daripada segi cara kerja sangat penting menghadapi cabaran yang bakal dihadapi sehingga tarikh bersalin.
Tidak dinafikan apabila berdepan pelbagai kesukaran sepanjang perjalanan kehamilan ini, anda rasa tidak selesa untuk berada di pejabat dan terpaksa tebal muka kerana kerap kali minta cuti dengan boss. Jom ikuti perkongsian ini!
Cara bekerja ketika tarikh hampir bersalin bagi keselamatan diri dan janin
Mungkin timbul kerisauan akan keselamatan dan kesihatan diri ibu dan janin dalam kandungan sekiranya anda meneruskan pekerjaan harian seperti biasa. Namun jika kehamilan tiada sebarang masalah atau normal, anda sebenarnya boleh terus bekerja.
Usia kandungan biasanya antara 38 sehingga 40 minggu. Kiraan tarikh bersalin penting untuk memudahkan proses check-up dan bersiapan barang si kecil.
Formula kira tarikh bersalin:
Tarikh hari pertama haid terakhir (LMP) – 3 bulan + 7 hari
Sebagai contoh kiraan tarikh bersalin: jika haid terakhir anda bermula 30 julai, di tolak 3 bulan (30 april) dan kemudian menambah 7 hari, maka tarikh bersalin akan jatuh pada 6 Mei.
Penting untuk anda tahu kiraan tarikh bersalin terutama buat yang bekerjaya untuk merancang cuti.
Bersalin 1 atau 2 minggu sebelum atau selepas tarikh anggarannya juga masih dianggap normal ya!
Tips menjaga diri dan bayi dalam kandungan semasa di tempat kerja
Masalah berkaitan keselamatan dan kesihatan diri tidak hanya melibatkan masalah-masalah fizikal yang jelas tetapi berkaitan dengan tekanan mental dan fizikal, pergerakan tubuh badan, keadaan sekeliling dan perjalanan ke tempat kerja.
Justeru sekiranya ibu berdepan sebarang kesulitan yang merisaukan, sebaiknya berterus terang sahaja kepada ketua anda. Fasa kehamilan mungkin mendatangkan pelbagai perubahan diri, apa yang pasti beberapa tips ini mungkin boleh membantu mengurangkan masalah anda.
#1. Mengenakan pakaian yang selesa
Ibu hendaklah mengutamakan material pakaian yang selesa dan longgar. Kami cadangkan anda memilih baju diperbuat daripada kain kapas kerana ia dapat memberikan keselesaan sepanjang masa.
Bukan itu sahaja, bahagian kaki adalah sangat penting bagi menahan berat tubuh badan. Pastikan anda mengenakan kasut dengan tumit rendah dan tapak lebih lembut supaya tidak berlaku masalah sakit kaki.
#2. Berehat sebentar jika rasa tidak larat
Letakkan kedua-dua kaki ke atas sekiraanya anda telah berdiri atau berjalan untuk tempoh masa yang lama. Hal ini akan membantu mengurangkan masalah bengkak di kaki dan buku lali dan membuatkan ibu rasa lebih lega.
Bukan itu sahaja, jika tugas anda menghadap komputer di pejabat, jangan lupa untuk melakukan senaman regangan bagi melindungi tulang belakang.
#3. Jaga pemakanan yang sihat
Ibu hamil perlu ambil sedikit masa untuk makan lebih kerap. Anda juga dinasihatkan supaya menambahkan serat dalam pemakanan seharian bagi mengelakkan masalah sembelit.
Walaupun sibuk, jangan lupa untuk mengambil sarapan pagi walaupun ia hanya sekeping roti. Untuk makan tengah hari pula, pastikan anda mengambil menu hidangan berat yang mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin bagi mengalakkan perkembangan janin.
Pertimbangkan juga kemungkinan untuk membawa bekal dari rumah berbanding membelinya dari kedai bagi mengelakkan anda memperoleh makanan yang tidak dimasak dengan baik dan risiko keracunan.
#4. Lawan keletihan yang berlaku akibat hamil
Anda disarankan untuk berdiri dan melakukan regangan ringan setiap 1 hingga 3 jam duduk di meja kerja anda untuk menenangkan minda serta melancarkan perjalanan darah.
Pastikan kekal terhidrat, mengamalkan diet yang seimbang, bersenam dan tidur secukupnya. Keletihan melampau yang anda alami ketika hamil ini mungkin disebabkan simptom anemia. Oleh itu, pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi sangat penting untuk memastikan badan sentiasa kekal bertenaga.
#5. Rancang perjalanan pergi dan balik
Ketika hamil, pastikan anda tidak berada di kawasan yang sesak dan ramai orang. Disebabkan itu, rancang perjalanan pergi dan balik kerja anda. Ini mengelakkan anda tidak terhimpit dalam kesesakan jalan raya atau kepadatan kapasiti pengangkutan awam.
#6. Kawal tekanan anda dengan baik
Tekanan mampu menyebabkan pelbagai kesan negatif terhadap pertumbuhan bayi seperti meningkatkan risiko bayi mengalami keradangan atau masalah pertumbuhan otak. Oleh itu, minimumkan tekanan kerja anda dengan merancang jadual kerja anda sebaiknya.
Lakukan tugasan penting apabila anda sudah selesa dan sedia serta jangan meminta untuk melakukan pekerjaan lain. Anda juga boleh mendaftarkan diri untuk kelas yoga bagi mempelajari teknik relaks yang boleh diaplikasikan di tempat kerja.
Perkara yang boleh membahayakan ibu hamil ketika bekerja
Menjelang fasa akhir kehamilan, anda mungkin berasa cepat letih. Jadi cubalah untuk berehat sebanyak mungkin dan jangan terlalu memaksa diri. Kebiasaannya, tekanan di tempat kerja yang terlalu sukar boleh mendatangkan kesan bahaya terhadap anda.
Justeru, mintalah nasihat daripada doktor mengenai cara bekerja anda.Ketahui kiraan tarikh bersalin anda untuk membuat persiapan. Jika beliau menyuruh mengurangkan aktiviti seharian, jangan malu untuk berbincang dengan majikan tentang alternatif yang sesuai. Anda mungkin dinasihatkan untuk berhenti sekiranya:
- Mengandung anak kembar
- Mempunyai sejarah keguguran
- Menghidap kencing manis atau darah tinggi
- Pernah melahirkan bayi pramatang
Bagaimana menangani stres di tempat kerja
Bagi ibu hamil yang berkerja anda perlu bijak untuk menangani masalah stres ketika berada di tempat kerja. Menurut kajian New England Journal of Medicine mengatakan tekanan pada wanita hamil boleh menyebabkan autisme pada bayi yang dia lahirkan. Oleh itu, sebanyak mungkin, wanita hamil mengelakkan tekanan.
Ketahui cara untuk menangani stres di tempat kerja.
#1. Paksa diri menyiapkan beban kerja
Jika anda merasakan kerja yang anda lakukan ini agak sukar, cari jalan untuk meminta bantuan daripada rakai sekerja yang lain untuk membantu. Jika dibiarkan masalah ini berterusan ia memberi risiko kepada kandungan dan juga ibu.
#2. Berbual-bual
Cari rakan sekerja yang lain untuk berbual jika ada perkara yang anda tidak boleh lakukan. Sebagai contoh, anda tidak boleh melakukan perjalanan jauh sementara hamil, beritahu mereka supaya kerja tersebut diberikan kepada orang lain.
Jangan bebankan diri untuk melakukan perkara yang tidak mampu. Hal ini, akan menjejaskan anda dan bayi dalam kandungan.
#3. Sentiasa berfikir positif
Pastikan anda sentiasa berfikir secara positif supaya semua perkara yang datang kepada anda adalah perkara yang baik dan positif. Pemikiran yang positif juga boleh menjauhkan diri daripada tekanan.
Bagaimana untuk kekal selesa di tempat kerja ketika mengandung
Berikut merupakan beberapa cara untuk kekal selesa di tempat kerja ketika mengandung untuk anda tahu:
- Lepaskan beban. Adakah bahagian bawah anda sakit dan bengkak? terutama pada bahagian kaki? Cara untuk mendapat kelegaan hanya dengan meninggikan kaki. Cari kotak, bakul atau tempat letak kaki untuk meletakkan kaki anda yang letih. Untuk lebih selesa, tanggalkan kasut anda!
- Kencing awal…dan kerap. Jika anda perlu bergerak sepanjang masa, rancang untuk kencing setiap jam, sama ada anda benar-benar perlu atau tidak. Anda akan melegakan tekanan pada pundi kencing yang semakin terhimpit oleh rahim anda.
- Duduk dalam keadaan yang selesa. Kerusi meja anda mungkin dahulu selesa tetapi apabila badan semakin membesar, kerusi anda boleh menjadi musuh yang hebat. Jika kerusi anda berbaring, letakkannya kembali beberapa takuk untuk mewujudkan lebih banyak ruang antara perut dan meja anda.
- Rehatkan tulang. Sentiasa berdiri? Sekarang masanya untuk menyesuaikan diri dengan hari anda. Cari peluang untuk merehatkan kaki anda. Jika semuanya gagal, lakukan beberapa regangan, bersandar pada dinding atau perabot, pakai kasut yang kukuh.
- Regangan kerap. Sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setiap jam, regangkan lengan, leher dan bahu anda sambil duduk di kerusi anda. Angkat tangan di atas kepala anda, genggam jari tapak tangan ke atas dan capai tinggi. Seterusnya, letakkan tangan anda di atas meja atau meja, ke hadapan sedikit dan rentangkan punggung anda. Duduk dan putar kaki anda ke kedua-dua arah. Jika anda boleh membongkok dan menyentuh jari kaki anda – walaupun dari posisi duduk – lakukan untuk melepaskan ketegangan di leher dan bahu anda.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Adakah Normal Jika Tangan Kebas Ketika Hamil? Doktor Jelaskan PuncaCara Mengatasinya
Baca juga:9 Baju Breastfeeding Terbaik, Pilihan dari Dress, Pakaian Kerja Hingga Ke Baju Tidur Untuk Ibu Menyusu
baca juga: Runsing Sebab Terlalu Kerap Buang Air Kecil Ketika Hamil? Ini Cara Menanganinya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!